Monday 17 December 2012

GEMPAR: LAGI KUIL DIROBOHKAN DI PERAK


Apa masalahnya lagi ni.  Ada lagi kuil kena roboh le pulak.  Tapi kali ni kat Perak.  Betul ke?Perangai puak-puak Pakatan Rakyat kalau bab memfitnah dah jadi No.1 dalam hidup deme.  Sebab deme suka dengan fitnah memfitnah ni.  Sian teman tengok menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir  nak menjawab tuduhan dan fitnah puak-puak Pakatan Rakyat ni.  Sengaja deme ni nak timbulkan isu, sebab deme dah kantoi robohkan kuil di Selangor.  Deme pusing cerita pulak. Tanya la dulu, jangan jaja cerita tak betul kat ceramah melulu kome tu!

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya kerajaan negeri mengarahkan supaya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merobohkan sebuah kuil berusia lebih 100 tahun di Tanjung Rambutan dekat sini.

Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai keterlaluan, Zambry memberikan amaran kepada semua pihak supaya menghentikan perbuatan memainkan sentimen perkauman dengan melemparkan pembohongan seumpama itu semata-mata demi kepentingan politik.

''Saya sudah mendapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar (Datuk Roshidi Hashim) tentang perkara ini dan beliau menjelaskan bahawa tiada langsung rancangan atau arahan untuk merobohkan kuil di situ.

''Bagi saya, tuduhan ini keterlaluan, sangat keterlaluan. Ada pihak sengaja menyebarkan berita yang tidak betul. Jadi saya minta hentikanlah perbuatan ini kerana tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Beliau mengulas penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan kononnya Datuk Bandar Ipoh mengarahkan supaya sebuah kuil di Tanjung Rambutan dirobohkan.

Zambry berkata, berdasarkan daripada penjelasan MBI, ada cadangan daripada pihak pengurusan kuil di situ yang mahu membina bangunan setinggi empat tingkat yang turut menempatkan sebuah dewan.

''Memandangkan banyak kuil kecil lain juga terdapat di situ, maka MBI jelaskan bahawa jika mahu dibina sebuah bangunan baharu, memerlukan ruang yang luas dan mungkin ada (kuil) yang terjejas jika cadangan itu mahu diteruskan.

''Tidak timbul soal kita mahu merobohkan mana-mana kuil di situ. Tuduhan ini sangat berbahaya kerana melibatkan sentimen keagamaan," jelas beliau.

Ditanya sama ada tuduhan itu bermotif politik, Zambry berkata, berdasarkan perkembangan semasa, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

''Maklum sahajalah, mungkin ada pihak yang geram apabila mereka (pembangkang) mengalami masalah (kuil) di negeri mereka di Selangor. Apa pun, saya minta hentikanlah perbuatan-perbuatan sebegini," ujarnya.

Dalam konteks Perak katanya, jika wujud isu berkaitan agama atau kedudukan rumah-rumah ibadat, pihak terbabit akan datang bertemu sendiri dengan beliau bagi menyelesaikan sebarang masalah.

''Saya selalu terbuka dan mereka datang berjumpa dengan saya. Selama ini pun, tiada masalah yang dibangkitkan tidak dapat penyelesaian, kita bincang dan selesaikan masalah secara baik," katanya. (UTUSAN)






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...