Showing posts with label Politik BN DS Najib Anak Muda. Show all posts
Showing posts with label Politik BN DS Najib Anak Muda. Show all posts

Tuesday, 1 January 2013

PERUTUSAN PM SEMPENA TAHUN BARU 2013



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Isnin mengajak rakyat untuk bersama-sama beliau menanam azam tahun baru ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Najib berkata jika diberi mandat yang jelas, beliau dan kerajaan pimpinannya berikrar akan menggunakan kepercayaan yang diberi dengan sebaik-baiknya dengan menepati segala janji dan komitmen yang diberi seperti yang telah dibuktikan selama ini.

"Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti. Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2013 yang disiarkan melalui radio dan televisyen pada malam Isnin.

Perdana Menteri berkata, beliau dan kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dukungan padu daripada seluruh rakyat.

Najib juga berkata negara amat memerlukan sumbangan daripada rakyat dalam setiap perancangan yang dibuat di mana bagi kerajaan tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan untuk melakukan sesuatu.

"Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai.

"Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan hala tuju yang jelas.

"Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak dibawa," katanya.

Menyimpulkan kesan transformasi kerajaan pada tahun 2012 sebagai positif selepas berakhir fasa pertama prakarsa transformasi yang melibatkan kerajaan, ekonomi dan politik, Perdana Menteri berkata angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa telah meningkat secara yang membanggakan.

Najib berkata ia terbukti melalui laporan Bank Dunia, "Doing Business 2013" meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan "World Competitiveness Yearbook 2012" telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.

Beliau berkata di sebalik semua yang berlaku, kerajaan tetap perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman lalu dalam menangani cabaran yang bakal mendatang tahun depan dengan meneruskan dan menambah baik apa yang terbukti baik dan terbukti berjaya serta setiap kegagalan ditamatkan dan dijadikan teladan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyarankan empat asas daripada Dasar Transformasi Nasional yang perlu diteruskan, ditingkatkan dan dipastikan dalam memastikan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi tercapai.

Pertama, katanya, perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan falsafah 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Kedua, usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial akan diteruskan di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan.

"Ini diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan di mana setiap rakyat yang memerlukan bantuan akan memperolehnya," katanya.

Ketiga, katanya meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu tidak hanya dihadkan oleh daya imaginasi.

Beliau berkata sebaliknya daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupanindividu berkenaan untuk bekerja keras dengan gabungan kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.

Najib berkata asas keempat yang perlu diteruskan dan ditingkatkan adalah memastikan Malaysia menjadi tempat terbaik untuk membina kehidupan berkeluarga dengan segala aspek dan keperluan hidup seperti keselamatan, kejiranan, kesihatan dan pendidikan dipenuhi sebaiknya. -- BERNAMA
-

Monday, 31 December 2012

ANWAR CHINA DOLL MESTI TERKENTUT PUNYA



Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa meletakkan kebajikan rakyat di tempat paling utama dalam pelaksanaan program dan pembiayaan peruntukan serta belanjawan kerajaan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata ini bagi memastikan keadilan sosial di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama sentiasa berlaku sewajarnya.

"Walaupun kerajaan tidak mencanang retorik politik sebuah negara kebajikan, namun segala usaha yang dilakukan kerajaan selama ini adalah untuk memakmurkan negara melalui usaha menjana pertumbuhan ekonomi dengan matlamat mensejahterakan kebajikan rakyat.

"Sebab itu, kerajaan memperuntukkan suatu jumlah yang besar misalnya pada tahun 2012 sahaja sejumlah 33.2 bilion diperuntukkan kerajaan dalam bentuk subsidi terus kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di sini, Ahad.

Abdul Rahim berkata daripada jumlah itu, peruntukan bantuan sosial kepada golongan memerlukan khususnya ditujukan kepada golongan kelompok miskin adalah berjumlah RM9.8 bilion.

"Sebagai lambang keperihatinan kepada rakyat dan golongan pekerja khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah hanya 1.7 juta sahaja golongan pekerja dewasa yang membayar cukai berbanding jumlah keseluruhan 12.8 juta pekerja dewasa.

"Jumlah sumbangan pendapatan golongan pekerja yang dikutip oleh kerajaan hanya RM14 bilion sahaja. Mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah adalah dikecualikan membayar cukai dan di atas keprihatinan pemerintah, kerajaan akan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua pada tahun 2013," katanya.

Beliau berkata rakyat juga tidak seharusnya lupa bahawa kerajaan memberi pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah serta penjagaan kesihatan percuma kepada rakyat yang mana sudah tidak banyak negara melakukannya.

"Mereka yang memiliki kenderaan persendirian juga mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa setiap liter petrol yang mereka beli mendapat subsidi kerajaan yang banyak iaitu misalnya pada tahun 2012 berjumlah RM17 bilion dan menjadikan harga minyak di Malaysia kedua terendah di kalangan kalangan negara Asean selepas Brunei.

"Pemberian subsidi kepada minyak masak khusus bagi golongan isi rumah dan peniaga makanan juga mendapat subsidi RM1.2 bilon setahun suatu jumlah yang besar demi kesejahteraan rakyat," katanya.

"Jika jumlah tersebut dapat disalur semula bagi pelbagai pembangunan kemudahan awam khususnya di luar bandar, saya percaya kawasan luar bandar akan lebih membangun tetapi ini adalah antara analisis kos dan faedah yang patut dipertimbangkan kerajaan," katanya. - BERNAMA
-

Saturday, 22 December 2012

HOT: Pakatan Rakyat Kehabisan Modal Spin Isu Calon



Senarai calon Barisan Nasional (BN) akan melalui proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Kita akan merujuk nama-nama calon ini kepada SPRM, dan jika mereka mempunyai fail yang masih boleh dipertikaikan, maka mereka tak mungkin lulus tapisan SPRM," katanya.

"Ini merupakan sesuatu yang sedang kita lakukan pada masa sekarang. Pendirian BN ialah setiap calon mesti melalui tapisan SPRM," katanya kepada wartawan Malaysia yang mengikuti lawatan kerja beliau ke India Jumaat.

Mengenai calon yang akan mewakili BN, Perdana Menteri berkata apa jua perubahan yang dilakukan terhadap senarai calon itu nanti bergantung kepada maklumat terkini walaupun pada saat akhir. "Senarai calon adalah satu proses yang berterusan," kata beliau ketika ditanya sama ada senarai calon BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 telah dimuktamadkan. "(Walau bagaimanapun) Sampai saat kita umumkan, sudah tentu proses ini boleh berubah... maknanya, walaupun kita ada senarai, kalau ada input dan maklumat terkini, (ia boleh diubah). Selagi belum diumumkan, nama itu boleh dipindah," katanya.

Ditanya berhubung tarikh pilihan raya mungkin diadakan, Najib secara berseloroh berkata, "Soalan lain... satu percubaan yang bagus, satu percubaan yang bagus." -BERNAMA
-

Tuesday, 4 December 2012

THUMBS UP ANAK MUDA! GOLONGAN YANG DIHARGAI



Pengiktirafan kerajaan BN terhadap anak-anak muda dan generasi Y belum bernoktah.  Keseimbangan ekonomi Islam terus diberi peluang kepada 'Suara Anak Muda atau "Suara Generasi Baru" untuk bertapak dan mencari ruang secukupnya.  Kejarlah peluang yang ada dan timbalah ilmu yang berguna.  Gunakan platform yang terbaik dan bukannya demontrasi jalanan ajaran pembangkang yang sesat dengan agenda tersendiri. Pembangkang hanya pandai bermain dengan isu.  Tapi pelaksanaan langsung tiada.  Skema la pulak!heee..

JOHOR BAHRU 4 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa ekonomi Islam melakukan perubahan bagi memanfaatkan sumber terbesarnya, iaitu golongan belia.

Bercakap pada pembukaan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kelapan di ini beliau berkata belia tidak wajar dilihat sebagai liabiliti, sebaliknya sebagai aset, sumber yang belum diteroka bagi membolehkan negara membangun dan moden.

"Kita mesti meletakkan keyakinan ke atas belia Islam sebagai peserta ekonomi penuh, sebagai pengguna, pekerja dan usahawan.

"Kita tidak perlu takut dalam menggalakkan perubahan dalam institusi dan tidak menyekat peluang golongan muda untuk melakukan perubahan dalam perkhidmatan awam, menyokong pelantikan berdasarkan merit dan sentiasa berjaga-jaga dalam usaha membanteras rasuah," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata terpulanglah kepada para pemimpin untuk menunjukkan kepimpinan dan membangunkan ekonomi yang bersiap-siaga untuk masa depan.

Ekonomi Islam katanya mesti bersedia untuk menangani andaian lama dan menggunakan teknologi baharu, membuka ekonomi dan melakukan perubahan dalam politik yang tidak mudah, berikutan cabaran dan ketidaktentuan.

"Namun, perubahan perlu dan sejarah menunjukkan kita betul. Tempoh pengaruh terhebat Islam merupakan paling terbuka secara intelektual," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demografi dalam negara Islam pada masa ini melalui “gelembung belia" yang ketara, dengan 60 peratus pada 2010 berusia kurang dari 30.

Menjelang 2030 katanya, umat Islam akan menyumbang 26 peratus daripada penduduk dunia, dengan 30 peratus daripadanya terdiri daripada golongan belia.

"Belia Islam mahukan peluang ekonomi. Respons kita mestilah bersedia untuk membuka ekonomi yang terbuka dan mampan, dengan perubahan dalam bidang pendidikan dan ekonomi yang membolehkan golongan muda meneruskan cita-cita mereka," kata Najib. - BERNAMA

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...