Sunday 16 December 2012

Foto & Video: Nu'est Buat Peminat Malaysia Menangis, Panik, Pengsan



Tidak puas bertemu peminat sewaktu kunjungan pertama mereka pada pertengahan November lalu, kumpulan 'urban electro' dari Korea Selatan yang menggelarkan diri mereka Nu'est (New Established Style and Tempo) ini kembali. Selama dua hari di Kuala Lumpur, kali ini mereka benar-benar mengambil kesempatan mahu kenal rapat dan meluang masa lebih lama dengan L.O.Λ.E Malaysia (gelaran fans).

Atas nama The Face To Face in Malaysia, malam tadi Nu'est bukan saja buat 600 peminat mereka histeria tapi ada yang menangis, ada yang panik malah ada juga hampir pengsan di showcase yang berlangsung di Pusat Pameran Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC). Manakan tidak, selepas 'menyapa' peminat dengan single hits mereka, Face, bukan saja persembahan nyanyian diberikan tapi lima peminat bertuah dipilih bersama mereka di atas pentas untuk 'sesi game' (boleh lihat video di akhir artikel ni). 


Gamat suasana bila Minhyun bertentang dengan peminat pilihannya sambil menyanyikan lagu cinta - terharu dengan keikhlasan anggota tinggi lampai ini, peminat tersebut hampir mengalirkan airmata. Sementara anggota paling cantik, Ren dengan senang hati memenuhi permintaan - 'act cute'. Sementara peminat pilihan Aron lebih bertuah apabila dapat bergambar (selca) bersama dengan rapper kegilaan ramai ini. 

Kalau itu belum cukup, giliran JR buat peminat pilihannya tak mampu berkata apa-apa apabila ketua kumpulan Nu'est ini mempamer aksi tarian seksi. Baekho juga tak mahu mengalah. Tanpa disuruh peminat yang dipilihnya, vokalis utama ini telah memeluk (back hug) pasangannya. Panik gadis tersebut dek tindakan spontan Baekho manakala penonton yang melihat, ada yang 'hampir pengsan' - cemburu...






Itu saja dulu untuk pusingan pertama. Ballroom MIECC kembali rancak apabila Nu'est mendendangkan lagu I'm Sorry dan Not Over You diiringi sorakan peminat. Tak kurang, ramai yang ikut nyanyi bersama. Kemudian sesi game bersambung semula - lima lagi peminat dipilih. Cabarannya? Bersama pasangan masing-masing, mereka perlu mempamerkan gaya ala model profesional. Gamat satu dewan bila penonton menyaksikan macam-macam gaya lucu dari setiap pasangan sebelum mereka akhiri persembahan dengan lagu Action.




Selama satu jam 15 minit bersama peminat-peminat di hari pertama benar-benar memberikan sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakan penonton. Lebih-lebih lagi apabila selesai showcase, semua penonton berpeluang menyertai sesi high 5 dengan Nu'est. 

NU'EST The Face To Face in Malaysia dianjurkan oleh Rhythm Land sekaligus ini juga merupakan persembahan K-Pop terakhir dalam kalendar konsert artis luar negara di Malaysia untuk tahun 2012.

Pun begitu, agenda Nu'est bersama peminat masih belum habis kerana di hari kedua (Ahad) diadakan pula hari sukan bersama seramai 200 peminat. Acara tersebut berlangsung di sebuah sekolah di Kampung Pandan, Ampang, jam 11 pagi, hari ini. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...