Friday 21 December 2012

Surat Terbuka Kepada Kekanda Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am Pas



Ini satu lagi tatapan yang harus dibaca.  Sesuatu yang perlu difikir dengan semasak-masaknya bagaimana DAP dapat memerintah negara.  Satu surat terbuka yang dituju khas buat Nik Aziz yang teman kutip dari satu artikel kolumnis Utusan Malaysia, Zaini Hassan.

SAYA menerima sepucuk surat melalui e-mel daripada seorang sahabat. Saya mengenali beliau lama dulu semasa saya masih menjadi pemberita muda puluhan tahun lalu. Semasa itu beliau ialah Dekan Fakulti Pergigian di Universiti Malaya. Sehingga kini kami masih bersahabat karib. Dari masa ke masa kami keluar minum bersama, serta mempunyai minat yang sama iaitu melukis.

Nama beliau ialah Dr. Hashim Yaacob. Semua orang mengenali beliau. Beliau juga ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaya.

Hashim Yaacob berasal dari Kampung Batu Hitam, Tanah Merah, Kelantan.

Bapa dan ibunya penoreh getah yang tidak pernah bersekolah. Dia belajar di Tanah Merah dan Kuala Krai, Kelantan dan mempunyai kawan daripada berbilang bangsa dan tidak pernah meminggirkan kawan-kawannya itu.

Sebagai pelajar kampung yang tidak pernah memasuki sekolah-sekolah besar seperti MCKK, RMC dan Alam Shah, beliau akhirnya diberi peluang menjadi doktor pergigian, dekan, profesor dan Naib Canselor Universiti Malaya.

Ini ialah kerana jasa kerajaan Melayu yang prihatin terhadap nasib orang Melayu yang serba ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain.

Sewaktu Hashim Yaacob menjadi Dekan, beliau pernah melantik orang Cina dan India menjadi Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan. Sewaktu beliau menjadi Naib Canselor, beliau pernah melantik orang Cina dan India menjadi Dekan, Pengarah dan Timbalan Dekan.

Ramai pelajar di Universiti Malaya tidak mengira bangsa memanggilnya ‘Ayahanda’.

Begitulah Hashim Yaacob yang tidak meminggirkan bangsa-bangsa lain.

Sangkanya bangsa lain pun begitu juga terhadap bangsa Melayu. Tetapi dalam pemilihan jawatankuasa pusat DAP minggu lepas ternyatalah bahawa bangsa-bangsa lain telah menunjukkan ketidakpedulian mereka terhadap bangsa Melayu yang telah banyak membantu mereka kerana tidak seorang pun bangsa Melayu yang telah diundi untuk menduduki jawatankuasa itu.

Kebimbangan beliau ialah: Kalaulah parti itu nanti berpeluang untuk memerintah negara, apakah akan terjadi kepada bangsa Melayu?

Belum pun DAP berkuasa, sudah nampak ketiadaan toleransinya kepada bangsa Melayu. Apakah orang-orang kampung seperti Hashim Yaacob akan terbela dengan sifat DAP yang sebegitu?

Orang bandar pun tidak akan terbela kerana sikap mereka yang meminggirkan orang Melayu.

Jawapannya tuan-tuan sendirilah yang menjawabnya. Tidak ada gunanya kita menjadi manusia yang taksub mengenai sesuatu pandangan walaupun hakikat tidak menyokong pandangan itu.

Kalau orang DAP telah bersatu sebegitu kental, orang Melayu mestilah bersatu padu demi kesinambungan ‘Bangsa dan Agama’. Itu adalah harapan beliau.

Sila baca surat terbuka beliau kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terlalu taksub dalam perjuangannya dengan DAP, demi politik dan kuasa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...