Tuesday 18 December 2012

PECAH BERITA: DAP DENGKI PENJAWAT AWAM MELAYU


DAP ni memang dengki dan khianat dengan orang Melayu.  Orang Melayu dikutuk dan dihina keran mendominasi dan monopoli perkhidmatan awam.  Teman pun pelik, kenapa sekarang ni beriya-beriya nak sibuk-sibuk nak perjuangkan komposisi kaum dalam perkhidmatan awam.  Bukan ke kome yang beriya-iya nak mengurangkan penjawat awam dan memansuhkan jawatan-jawatan tertentu dalam perkhidmatan bila kome memerintah.  Tiba-tiba nak jadi hero!

Teman lagi pelik, kenapa dominasi Melayu dalam perkhidmatan awam menjadi isu pokok.  Bukan ke DAP mendakwa parti DAP adalah parti berbilang bangsa!  Kenapa isu dominasi Melayu dalam perkhidmatan awam sahaja yang diperjuangkan?  Bukankah itu namanya rasis dan berniat jahat.  Tiada isu dominasi dan monopoli jawatan dalam perkhidmatan awam.  DAP hanya suka mengembar-gembur cerita dan supaya orang Cina melihat DAP memperjuangkan hak dan kedudukan orang Cina dalam semua aspek.  Itu lah DAP yang cakap lain buatnya lain. Perjuangan DAP hanya untuk satu bangsa sahaja.  DAP yang lebih rasis dan cauvanis.

Setahu teman, bukan Melayu khususnya orang Cina kurang berminat untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam kerana lebih suka untuk berniaga sendiri yang telah menjadi darah daging tok nenek moyang deme.  Deme jugak tidak mahu terkongkong dengan berbagai-bagai peraturan.  Faktor gaji jugak deme melihat tak dapat menampung keperluan mengikut citarasa deme.  Itulah yang sebenarnya.  Jangan nak buat-buat cerita karut marut bagi tujuan mendapat undi semata-mata.  Ada mata, tengok la, ada telinga dengar-dengar la!...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...