Wednesday 13 March 2013

BREAKING NEWS 4.30 PM : Tentera Laut Filipina Memintas 35 Pengikut Sultan Sulu di Perairan Tawi Tawi


Menurut Laporan PhilStar.com, Angkatan Tentera Laut Filipina telah memintas pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III ketika rondaan di dalam dua buah bot di perairan wilayah Tawi-Tawi pada pagi Rabu.

Jurucakap Tentera Laut Lt Komander Gregory Fabic berkata bahawa bot yang sarat dengan sekurang-kurangnya 35 pengikut Sultan Sulu tersebut telah dipintas di perairan Bandar Andoligan pada sekitar 6:30 pagi.

Fabic berkata bahawa unit rondaan Tentera Laut merampas senjata api dan peluru dari dua bot tersebut.. Salah seorang pengikut adalah perempuan.

Pihaknya masih lagi menyiasat samada bot tersebut menuju ke Sabah atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...