Thursday 13 December 2012

PAS DAH KENA LUDAH DENGAN DAP


Teman dah agak!  Memang macam tu la perangai parti PAS yang diwar-warkan begitu dan boleh jadi penentu keputusan dalam Pakatan Rakyat.  Cakap tak serupa bikin.  Jenis nak menipu orang je.  Teman memetik dari Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri memutuskan menangguhkan serta-merta penguatkuasaan semua syarat lesen kedai gunting rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang membabitkan masyarakat bukan Islam.

Teman nak gelak dan jadi bahan lawak semua orang.  Baru kena ludah dengan Karpal Singh dan Guan Eng, terus padam cerita.  Terus tangguh perlaksanaan.  Katakan sebuah Parti yang kuat tapi baru kena smash sikit oleh rakan pakatan, terus diam dan jadi lembu kena cucuk hidung.  Teman nak flashback balik kata-kata PAS yang deme boleh laksanakan Undang-Undang Hudud jika memerintah Malaysia.  Apa kata deme ni!  Baru kat Kelantan, tak boleh nak buat!  Baru nak buat DA dah melompat.  Kome boleh percaya ke?  Kome ingat DAP boleh duduk diam ke bila nak laksana Undang-Undang Hudud.  Bukti isu salon ni dah kome boleh buka mata.  PAS tak mampu laksanakan Undang-Undang Hudud waima laksanakan Undang-Undang Islam sekalipun.  Rakan dalam Pakatan Rakyat secara terang-terangan menentang sekeras-kerasnya.  PAS jajalah kat merata ceramah palsu deme, kata deme nak laksanakan Undang-Undang Hudud.ptuii!  Janji palsu bertujuan untuk mendapatkan undi Melayu Islam.  Kome jangan kena tipu dengan puak-puak khawarij ni..heeee

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...