Tuesday 11 December 2012

HOT! FARID KAMIL BUAT ATM PENING


Teman nak ulas sikit pasal isu Farid Kamil memakai pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya dekat sini pada 1 Disember lalu.  Teman lagi pening bila ATM dalam kenyataannya di mStarOnline, Pelakon Farid Kamil bukan sahaja tidak mendapat kebenaran untuk memakai uniform pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya dengan Diana Danielle tetapi telah mengenakan pakaian yang cacamarba.

Eh! Kenapa pulak jadi macam tu!  ATM kata pakaian tu cacamarba, sikit TUDM, sikit Tentera Darat..Lagi pening pada teman tak faham langsung pasal ni.  Lepaih tu, Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman kata pakaiannya tak melambangkan imej sebenar PDRM. Ish! lagi pening ni!  ATM nak bagi surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut.  PDRM pulak bagi menggunakan khidmat pasukan berkuda bagi mengiringi perkahwinannya.  Eh! lagi pening weh!  Yang best nye "Farid telah banyak bekerjasama dengan pihak PDRM sebelum ini dalam pelbagai acara yang mungkin tidak diketahui umum dan rasanya tidak menjadi masalah bagi pihak PDRM untuk membantu melancarkan perkahwinannya.

Ye le.  Teman tak kata apa, mungkin jasa Farid Kamil pada PDRM dah banyak yang tidak diketahui umum.  Tak pa la.  Bukan nak kata apa, takut nanti Anwar China Doll pulak guna pakaian istiadat yang serupa macam Farid Kamil pakai tu sekali dengan  “sword bearer” (lalu bawah pedang) serta pasukan berkuda bagi tujuan kepentingan peribadi dia pulak.  Nanti kome yang tak tau nak jawab pa!..Teman sebagai rakyat biasa tak boleh mimpi nak buat macam tu! Tengok orang gembira sudah! Itu le yang termampu.. Cuma tumpang lalu.  Jangan mare ek!heeee..peace..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...