Wednesday 12 December 2012

EH! ABBY ABADI PUN JOIN SAMA! ABBY IBU TUNGGAL KE?



Hot sungguh.  Ustazah Segera PAS Abby Abadi tak join ke?  Kan ke mike jugak ibu tunggal.  Baik mike join, baru le betul-betul pejuang.  Setakat dalam twitter je, teman pun tau weh!  Kalau mike join, mesti Khalid Ibrahim tak tido malam dibuatnya.  Asyik teringat kat mike je.  Tak pun teringat kat lebih 3 ribu ibu tunggal kemukan saman terhadap kerajaan Negeri Selangor sebab nak tuntut elaun bulanan berjumlah RM16.3 juta. Kome dah janji dalam manifesto PRU12 hari tu, kome jawab le.  Weh kome, deme dah cakap manifesto bukan janji.  Yang kome undi dulu tu buat ape? heeee..

SHAH ALAM 12 Dis. - Sebanyak 3,011 ibu tunggal hari ini mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor bagi menuntut tunggakan elaun bulanan berjumlah RM16.3 juta yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners bagi pihak kesemua ibu tunggal berkenaan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Hulu Langat, Zainarini Mohd. Sidek di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.40 pagi ini.

Mereka selaku pihak plaintif menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP sebagai defendan pertama manakala Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri defendan kedua. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...