Wednesday 12 December 2012

BUSUK! SIAPA YANG KENTUT, DIA LA DAPAT BAU!


Eeeii! Busuk!  Siapa yang kentut ni!  Adoi! heee..Ye le, sendiri kentut, sendiri bau la.  Jangan bagi lain bau.  Lepaih ni tak tau nak muka kat mane kan.  Malu eh! Mazlan Aliman dah tau nak sorok muka sebab kentut merata-rata.  Tu le! Fitnah main ikut suka mulut mak bapak mike je.  Kalau kena saman dengan Felda nanti, mike bayar la sendiri.  Anwar China Doll tengok aje.  Dia gelak je tengok mike masuk lokap sebab tak dapat bayar saman tu!  Haramkah Daily dan Suara Yang Tak Adil tu banyak duit, bilion-billion wooo! Boleh bayar saman "at any time".  Mike ada apa? hampagas ada le..heeee..


KUALA LUMPUR 11 Dis. - Felda menghantar notis tuntutan kepada Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan berikutan didakwa membuat tuduhan yang Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata tuduhan itu tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah.

"Malah, ia telah menjatuhkan imej Felda sebagai sebuah konglomerat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru, beliau berkata Felda menerusi peguamnya telah mengambil tindakan awal untuk menyaman Mazlan, Harakh dan Suara Keadilan mengenai kenyataan-kenyataan itu, yang turut disiarkan di laman web sosial Facebook Mazlan.

"Notis tuntutan telah dihantar oleh pihak peguam kepada pihak-pihak yang terlibat pada 10 dan 11 Disember," katanya.

Isa berkata Felda mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis, pengarang, ketua pengarang, penerbit dan pencetak akhbar “Harakah" yang didakwa selaku pihak-pihak bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah terhadap Felda.

Tindakan sama turut diambil terhadap Parti Keadilan Rakyat yang mengendalikan akhbar “Suara Keadilan", katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Felda memberi tempoh 14 hari kepada Mazlan dan kedua-dua akhbar itu untuk memohon maaf, menarik balik kenyataan itu dan menawarkan pampasan yang setimpal kepada Felda di atas tindakan mereka.

"Jika mereka gagal berbuat demikian, Felda akan mengarahkan pihak peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang telah diberikan sebelum ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...