Saturday 15 December 2012

FARID KAMIL TAK BERANI BUAT KENYATAAN, DAVID TEOH PUSING KENYATAAN


Farid Kamil masih lagi membisu.  Ye le. Tengah honeymoon tuh!  Isu pakaian pengantin menyerupai uniform pasukan keselamatan menjadi suram sedikit. Petikan daripada Malaysia Digest isu pelakon Farid Kamil menggayakan pemakaian istiadat ketenteraan ketika majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini akan ditangani majikannya, Metrowealth International Group (MIG), dalam masa terdekat ini.  eh!  MIG pulak nak jawab ke apa?  Kenapa pulak Davis Teoh nak pergi selesaikan nih! Musykil!

Teman nak petik sedikit kenyataan David Teoh, "aspek pakaian bukan di bawah bidang kuasanya, tetapi mengakui hanya menjadi perantara antara pihak pengantin dan ATM".  Pada masa sama David tidak mahu menyesali apa yang sudah berlaku kerana setiap kesilapan boleh diselesaikan, jika kena dengan caranya.

Halo! Apa cerita nih!  David Teoh jadi perantara antara Farid kamil dan ATM,..ok fine! Tapi kenyataan ATM tempohari tiada pun permohonan yang dibuat baik dari Farid Kamil, atau David Teoh.  Macamana nih!  Ini kenyataan ATM di mStar Online pada 11 Disember 2012,
Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar,”

Ini pun mau berlakon jugak ke apek!  Lepaih tu, teman tertanya-tanya pulak kenyataan David Teoh yang berkata setiap kesilapan boleh diselesaikan, jika kena dengan caranya.  Ada apa-apa makna ke?  Semacam je bunyinye.  Jangan macam tu la apek.  Ini undang-undang la.  Orang lain sudah kena denda dan penjara pasai ini macam punya keleje.  Lu mau selesai apa cala la apek!








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...