Showing posts with label Artis Shila Amzah. Show all posts
Showing posts with label Artis Shila Amzah. Show all posts

Monday, 11 February 2013

Psy Gangnam Style VS Shila Amzah di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang


Memang Gangnam Style! Perghh! Hebat sungguh! Psy Gangnam Style dengan Shila Amzah berkongsi pentas membuat persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang. Dua-dua artis ni mantap. Shila Amzah memulakan persembahan dengan sebuah lagu mandarin yang teman sendiri tak faham tapi memang hebat lah! Setaraf dengan Psy. Lagu terakhir Shila Amzah yang teman rasa sedih sikit, sebab lagu sedih! Adeess! Lagu "Patah Hati". macam ada makna jer..

Teman kongsi gambar-gambar yang sempat teman snap tadi untuk tatapan peminat-peminat Shila Amzah dan Psy! Tapi bersesak-sesak tak ada ruang langsung nak tangkap gambar. Ini yang terbaik yang teman dapat. Psy nyanyi 1 lagu jer tapi 2 kali..adeehh!  Tapi hebat dan puashati. Teman nak kongsi jugak gambar-gambar ni. Lantak la! pencacai-pencacai nak spin, lantak la. Deme ni memang jenis tak puas hati apa sahaja Kerajaan BN buat! Teman nampak tadi banyak blogger-blogger PR menyibuk kat situ tadi. Lantak deme la..









-

Psy Gangnam Style Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang

Sekitar gambar-gambar Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang sebentar tadi. Ribuan pengunjung telah hadir memeriahkan majlis tersebut yang turut dihadiri Perdana Menteri, DS Najib dan pemimpin BN Negeri Pulau Pinang. Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan pentas oleh Penyanyi Shila Amzah dan Psy Gangnam Style. Gambar aksi penyanyi tersebut? Tunggu!!



-

Sunday, 10 February 2013

Shila Amzah Akan Bergandingan Psy Gangnam Style Esok


Di sebalik kontroversi yang melanda penyanyi popular, Shila Amzah, anak penyanyi ND Lala itu sah akan mengadakan persembahan pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di sini, esok.

    Shila akan berkongsi pentas bersama penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy pada majlis yang akan berlangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.
      Pengesahan itu dibuat pengurusnya kepada pengerusi penganjur, Oh Tong Keong.
        Tong Keong yang juga Ketua Pemuda BN berkata, Shila akan mempersembahkan lima hingga enam lagu pada majlis berkenaan. Sinar
        -

        Thursday, 10 January 2013

        Kesian Shila Amzah, Kena Kongkong Dengan Sharnaaz


        Kesian Shila Azmah. Baru jadi kekasih Sharnaaz, dah kena kongkong. Belum jadi isteri lagi. Teman pun ta tau nak kata apa. Pelakon Sharnaaz Ahmad secara terbuka mengakui dakwaan kononnya dia mengongkong pergerakan teman wanitanya iaitu penyanyi Shila Amzah.

        Sharnaaz dipetik berkata "Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan". "Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya,". 

        Ye la! tapi belum jadi isteri yang sah lagi. Kalau nak kawal pun, biar lah berpada-pada. Jangan la sampai Shila Amzah nanti meluat kerana jenis lelaki macam ni. Rasa teman, ramai wanita-wanita yang jenis tak suka dikongkong keterlaluan. Kalau boleh nasihatlah cara yang terbaik. Pastikan menjaga maruah diri dan keluarga. Itu yang penting.kankan..

        -

        LinkWithin

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...