Sunday 27 January 2013

Teori William Mungkin Terjatuh Ke Dalam Longkang


Adakah kanak-kanak berusia enam tahun, William Yau terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan ke Sungai Klang?

Itu antara beberapa teori yang sedang dikaji pihak polis selepas mereka menemui longkang kira-kira 200 meter dari kawasan William dilaporkan hilang di Putra Heights.

Jalan bertar menuju ke longkang dari kawasan di mana William keluar dari kereta ketika ibu bapanya singgah di sebuah kedai barangan elektrik pada 16 Januari lalu.

Polis dengan kerjasama kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran menemui longkang tersebut sewaktu memeriksa kawasan itu selepas William hilang.

"Penemuan itu menunjukkan William mungkin terjatuh ke dalam longkang dan dibawa arus yang kuat.

"Namun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerana kita sedang meneliti setiap sudut," kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Ramli ketika dihubungi.

Polis akan mengambil keterangan daripada penduduk di Bukit Lancong semula dengan harapan dapat menemui lebih banyak petunjuk.

"Selepas operasi mencari dihentikan, kami akan fokus menyiasat bagaimana mayat William boleh dihanyutkan ke Kampung Sungai Sireh, Klang," katanya.

Yahaya turut merayu kepada sesiapa saja yang pernah melihat William selepas 16 Januari untuk tampil.

"Kami akan merekodkan lebih banyak keterangan dari ibu bapa dan ahli keluarga yang lain," katanya. (mStar Online)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...