Thursday 31 January 2013

Peserta #KL112 Yang Kena Kejar di Polis, Padan Muka Kome



Adeeeh! Biar kecut perut. Polis dah cari tu weh! Gambar dah ada. Kisah mak budak deangan bapak budak bawak budak-budak tak cukup umur ke Himpunan Beruk-Beruk di Stadium Merdeka KL112 tempohari. Kome dah buat salah tu weh! Ngaku je la.heee..

Polis mengedarkan 14 keping gambar peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR KL 112) yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam pelanggaran syarat oleh pengajur perhimpunan pada 12 Januari lalu.  

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, syarat yang dipercayai dilanggar penganjur itu adalah peserta membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun bersama menyertai perhimpunan.

"Orang ramai yang mengenali mana-mana individu yang gambarnya disiarkan oleh media supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang gambarnya disiarkan dan sedang dikesan itu, boleh hubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat Asisten Superitendent Tonny Lunggan ditalian 014-6225262 atau pejabat 03-90516222  

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001. Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...