Tuesday 29 January 2013

Kutipan Duit Tin Milo Bayar Gaji Pemimpin PAS

Cerita duit tin milo dah banyak dibangkit. Setiap kali ceramah PAS mesti tin milo berlegar-legar minta diisi. Bayangkan dah berapa banyak duit tin milo dikumpulkan. PAS masih membisu tentang kemana duit tu digunakan. Duit rakyat jugak tu..

"elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800..."

Itulah pengakuan samada tersengaja atau memang ikhlas hanya Allah saja yang tahu. Pengakuan dari Ketua Pemuda Pas Malaysia bahawa beliau dibayar gaji oleh parti. Mi tidak akan perincikan matematik di sini terhadap pengakuan harta benda beliau, cuma nak kawan-kawan pembaca merenung pengakuan beliau tentang GAJI yang DIBAYAR parti.

Timbul persoalan, bagaimana dengan barisan kepimpinan yang lain. Bagaimana dengan Presiden Parti, Ketua Wanita dan Ahli jawatankuasa Pusat ? Bagaimana pula dengan Ahli Majlis Syura, apakah mereka tidak menerima apa-apa imbuhan seperti elaun minyak petrol untuk hadir mensyuarat, elaun penginapan sebab bukan semua ahli Majlis Syura Pas tinggal di Kuala Lumpur atau elaun bulanan seperti yang diterima oleh Ketua Pemuda Pas Pusat.

Bagaimana pula dengan nasib Timbalan Presiden Parti ? Mat Sabu yang semua orang tahu bahawa beliau bukan Adun atau Ahli Parlimen. Apakah cukup elaun yang diterima sebagai Ahli Lembaga Pengarah Air Pulau Pinang ? Khabarnya RM 8000 sebulan ? Cukupkah sebanyak itu elaun yang beliau terima untuk sara ahli keluarga dan juga untuk jalankan kewajipan sebagai orang No 2 parti ?

Lagi baca SINI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...