Thursday 31 January 2013

Isu RCI Sabah : Pendedahan Mengejutkan !



Isu RCI sabah sedang dalam proses soal siasat.

Isunya mengenai dakwaan kerajaan malaysia memberikan ribuan IC kepada warganegara luar sekitar tahun 1990 an yang menjurus dan membolehkan mereka ini LAYAK MENGUNDI sewaktu pilihanraya 1995.

Benarkah dakwaan ini ?

Dakwaan yang mengatakan kerajaan memberikan IC kepada warganegara luar untuk membolehkan mereka mengundi BN pada pilihanraya 1995 ?

LIHAT KENYATAAN MALAYSIAKINI 2 MINGGU LEPAS.


Mohd Nasir Sungip merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (Negeri Sabah) mengesahkan jabatannya pernah menyertai operasi durian burok dari tahun 1992-1995.

operasi ini bertujuan untuk memberikan kewarganegaraan ( IC BIRU) kepada warganegara yang layak lantas membenarkan mereka ini mengundi.

tambah nasir sungip, ini adalah arahan SPR.

SOALAN ?
benarkah ini arahan SPR ?

lihat jawapan di bawah yang dikeluarkan oleh malaysianinsider semalam.

1) bekas pengarah JPN , ramli kamarudin telah menjual 16 ribu resit JPN dengan harga RM1 juta, lantas memberikan warganegara peluang untuk mengundi. ramli memberitahu beliau melakukan demikian kerana wang.


2) bekas pengarah JPN, datuk abdul raouf sani telah menjual 6305 resit JPN dengan harga RM 167,300.00. datuk raouf juga mengaku dalam sesi soal jawap semalam, beliau melakukan tindakan tersebut atas kapasitinya sendiri dan tanpa arahan pihak atasan.

KESIMPULANNYA.

seramai 94 orang termasuk 24 pegawai JPN telah disumbat ke dalam ISA kerana isu penjualan IC BIRU  ini.

2 bekas pengarah JPN di atas antara yang telah  mengaku mereka melakukan perkara sedemikian adalah disebabkan mahu extra duit dan penjualan IC BIRU tersebut dilakukan tanpa arahan dari pihak atasan.

cubaan pembangkang untuk memburukkan nama bekas perdana menteri dr mahathir dan SPR semakin tidak berjaya kerana hampir kesemua yang terlibat mengaku mereka memberikan IC atas dasar mahu mencari keuntungan peribadi.

itu pasallah tun m kata dia sedia disiasat dan didakwa... tada hal punya kata tun m..!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...