Sunday 27 January 2013

Ini Sekor Lagi Meraban Tak Tentu Pasal Menang PRU 13


Teman nak gelak dah weh! Macam-macam gimik la deme ni buat. Meraban tak tentu pasal. Bagi bagi persepsi rakyat supaya menganggap Pakatan Rakyat ni kuat dan berpengaruh.Taktik ni orang tak guna dah weh! ketinggalan zaman. Zaman tok kaduk boleh la. Ini zaman teknologi, "Facts and figure"!

Yakin bebenor le Pakatan Rakyat ni boleh menang PRU 13. Dalam diam rakyat pun dah meluat. Terbaru, Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran berkata  "Kita rasa ada kemungkinan besar kita boleh dapat lebih daripada majoriti mudah. Lawak la weh! Tema rasa nak guling-guling dah ni! Tulun..tulun..Nak kumpulkan orang banjiri KL112 di Stadium Merdeka pun, sasaran pun dah "failed" Failed banyak. 1 juta jadi 50,000, tak sampai 10 peratus pun..Adeesss!!!!

Pakatan Rakyat hanya berasaskan hasil kajian menunjukkan Pakatan Rakyat berpeluang untuk menggugat kedudukan Barisan Nasional bagi membentuk Kerajaan Pusat. Teman nak tanya jugak, kajian yang mana satu. Meh tunjukkan kat teman. Bagi teman tengok apa pulak methodologi yang kajian ni pakai. Kalau nak pakai setakat seratus dua responden, baik tak payah. Kalau nak bandingkan jumlah pengundi melebihi 13 juta, teman boleh kata "absurd". Kajian tong sampah boleh la. Kalau kajian macam ni dijadikan kajian untuk Phd, confirm penyelia buang dalam tong sampah tak pun kena lempar kat muka balik..Kesian..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...