Showing posts with label China Doll. Show all posts
Showing posts with label China Doll. Show all posts

Friday, 22 March 2013

U Ulang I Saman! I Saman! U Ulang! Apa Macam?



Adeeh! Macam mana nih! U Ulang, I Saman, I Saman, U Ulang! Ok tak! Baru la fair and square. Patut-patut la, Ingat dia sorang je boleh buat macam-macam. orang lain tak boleh! Semua video dah nak keluar! Warna lagi tu! Apa macam? Sandiwara jugak kah? heee

Menurut laporan Utusan,

Menurut Rahim, Datuk Shazryl Eskay memberitahu beliau bahawa dia telah diekori dan dihubungi oleh beberapa orang individu yang tidak kenali yang meminta beliau agar menandatangani satu surat pengakuan sumpah, bahawa video tersebut hanyalah satu konspirasi dari pihak tertentu.

“Cerita Datuk Eskay pada saya, beliau telah diekori dan dihubungi oleh beberapa individu yang tidak dikenali untuk tukar pengakuannya. Kata Datuk Eskay, individu tersebut cuma mahu dia menandatangi satu surat yang telah pun disiapkan untuk menukar dakwaannya tentang video seks tersebut.

“Ceritanya lagi pada saya, jika dia menandatangani surat pengakuan sumpah tersebut, dia boleh sebut berapa sahaja jumlah wang yang dia mahu sebagai imbuhan dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaunnya baik di dalam ataupun di luar negara,” jelas beliau dalam satu sidang media yang diadakan di bangunan Risda Jalan Ampang di sini hari ini.

Sidang media tersebut pada awalnya dijadualkan diadakan bersama dengan Datuk Shazryl Eskay namun di atas faktor-faktor keselamatan, beliau dinasihatkan untuk tidak hadir di dalam sidang media itu.

Bagaimanapun Rahim memberitahu, setakat ini hanya Datuk Eskay sahaja yang dihubungi oleh individu tersebut manakala beliau dan Datuk Shuib Lazim masih tidak mendapat tawaran sebegitu dari mana-mana pihak berhubung pendedahan video seks tersebut.

Seterusnya, beliau menegaskan bahawa cubaan pihak tertentu untuk memujuk dengan menawarkan imbuhan sejumlah wang yang besar itu adalah satu perbuatan yang sia-sia kerana beliau, Datuk Shazryl Eksay dan juga Datuk Shuib Lazim tidak akan berganjak dari kenyataan mereka sebelum ini.

“Saya nak nasihatkan mereka jangan buang masa. Apa yang kami dedahkan itu adalah satu perjuangan dan pengorbanan kami bertiga dan ianya bukanlah untuk dijual beli. Kami hanya mahu menegakkan kebenaran.

“Kami bukan seperti sesetengah orang yang boleh membuat u –turn dengan menjual harga diri mereka. Melihatkan dengan usaha intensif sesetengah pihak ini untuk memujuk Trio Dato T, khususnya Datuk Eskay, maka saya mengadakan sidang akhbar ini untuk mendedahkan modus operandi mereka,” tegasnya.

Beliau hari ini sekali lagi mengulangi kenyataan, bahawa beliau, Datuk Eksay dan Datuk Shuib menegaskan bahawa Anwar Ibrahim adalah individu yang terlibat di dalam video tersebut.

“Video tersebut sudah kita hantar kepada beberapa pakar untuk diperiksa baik di dalam mahu pun di luar negara untuk membuktikan video tersebut adalah tulen, bukannya diedit dan sebagainya. Jika sebelum ini Anwar berkata, U Ulang I saman, maka hari ini saya nak ulang sekali kenyataan kami sebelum ini, bahawa beliaulah individu di dalam video tersebut.

“Dan jika Anwar mahu menyaman kami dipersilakan dan sekiranya ini berlaku, maka kita mempunyai peluang untuk menegakkan kebenaran tentang siapa fitnah siapa dalam isu video seks ini di dalam mahkamah,”akhiri beliau. (UTUSAN)
-

Wednesday, 27 February 2013

Kenyataan Yang Buat Anwar Ibrahim Meroyan



KENYATAAN YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI MANIFESTO PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat telahpun  membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini. Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. 

Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :

Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. 

Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”. Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. 

Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.

Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. 

Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. 

Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur” seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.Apa yang ditawarkan pada analisa akhirnya lahirlah manusia-manusia yang teguh kedudukan material yang lazimnya mudah menonjolkan sifat-sifat keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan demi mengejar “superiority material”. 

Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka. 

Kita sudah menyaksikan bagaimana masyarakat barat melalui proses untuk mencapai tahap kemajuan dan kesejahteraan material seperti yang dibangga-banggakan. Atas tekanan material semata-mata akhirnya masyarakat dibebani dengan berbagai penyakit masyarakat samada yang timbul daripada masyarakat itu sendiri atau yang diimport daripada luar. 

Rata-ratanya masyarakat tidak mempunyai benteng pertahanan untuk mempertahankan keutuhan nilai-nilai sosio budaya, akhlak, budi pekerti dan tata susila dan kekuatan dalaman yang sangat diperlukan untuk menongkah cabaran abad yang berikutnya.Seperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. 

Yang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan “manifesto bukan satu perjanjian”. 

Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.

Para penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari. 

Pakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis. 

Ketika itu pihak yang menawarkan bintang dan bulan tersebut mudah mencuci tangan sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.

Bagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. 

Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. 

Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi. Seandainya BN juga dalam masa terdekat ini dapat mengemukakan manifesto mereka, maka bolehlah rakyat membuat penelitian dan mengambil satu posisi terhadap kedua-dua manifesto tersebut.  Ba

Barulah rakyat boleh menilai yang mana yang lebih munasabah dan yang mana yang boleh dipercayai serta yang mana yang mempunyai kredibiliti untuk diberi mandat di dalam PRU ke 13 nanti.

Setakat yang  dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan. 

Harga rumah yang rata-ratanya melambung tinggi menjadi penyebab orang-orang Melayu di Pualu Pinang dan Selangor keluar mencari tempat kediaman di kawasan-kawasan pinggiran bandar, luar bandar dan kawasan terpencil menghampiri hutan simpan yang mampu dimiliki sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka.    

Seperkara lagi bagi Pakatan Rakyat mereka boleh janjikan apa sahaja. Lantaran kemungkinan untuk memenangi Putrajaya masih jauh daripada yang diangan-angankan. 

Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja. Beri rakyat bulan dan bintang. Manalah tahu, kalau ada di antara rakyat yang boleh terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat.

Hanya rakyatlah yang semestinya bijak. 55 tahun kita merdeka, sepatutnya tidak ada golongan rakyat di Malaysia yang masih boleh digula-gulakan. Tidak ada lagi golongan rakyat di negara ini yang sanggup diperkotak-katikkan kebolehan minda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Rakyat Malaysia sudah dimasukkan ke dalam kumpulan rakyat yang berpendidikan. 

Rakyat yang boleh menentukan masa depan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya sendiri. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
25 Februari 2013  
-

Thursday, 21 February 2013

Muka Tak Ada Seri Anwar Ibrahim! Dah Asyik Doll Doll Doll


Sekali teman tengok muka Anwar China Doll ni, naik kesian pun ada. Macam tak ada seri langsung. Tapi bila teman cakap gini, ada pulak macai-macai yang marah kata teman. Maklum la Anwar China Doll ni dah macam "Tokong" pada deme ni.

Pada teman, apa yang Anwar China Doll dah buat selama ini, Allah nak tunjukkan sedikit demi sedikit. Mula-mula pada raut wajah supaya mudah dilihat rakyat. Nikmat dan paras rupa ditarik perlahan-lahan oleh Allah kerana lidah bercabang. Asyik menabur fitnah merata-rata. Tambahan pulak semuanya disapu depan belakang. Tak gitu??

-

Wednesday, 20 February 2013

Anwar Memang Kaki Penipu! Tak Payah Cerita Dah!



Dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia hampir muflis adalah satu pembohongan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata negara sebaliknya mempunyai sumber yang banyak serta pendapatan yang lebih besar.

"Anwar kata kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah hampir muflis, saya hendak tanya pegawai kerajaan yang ada di sini, siapa yang tidak dibayar gaji? Ketua kampung, siapa yang tidak dapat elaun?

"Dia pergi ke seluruh pelusuk dunia bercerita tentang kezaliman, penindasan, tidak ada pembelaan, rakyat terabai dan semua kaum hidup menderita. Itu satu pembohongan besar," kata timbalan pengerusi BN itu ketika berucap pada Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Kegiatan Kemas Sungai Siput di sini, Selasa.

Beliau berkata rizab negara yang dikumpul jauh lebih banyak berbanding negara lain.

"Tahun lepas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) maklumkan kepada kami dalam Kabinet bahawa buat pertama kali dalam sejarah, cukai pendapatan tidak naik tetapi pungutan cukai mencapai RM125 bilion," katanya.

Beliau berkata pungutan hasil itu diagih-agihkan dalam bentuk bantuan yang diberikan kepada rakyat.

Muhyiddin berkata dalam usaha membantu meringankan beban rakyat, kerajaan menyediakan lebih 200 produk 1Malaysia antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia dan Klinik Rakyat 1Malaysia.

"Kesemua bantuan yang diberikan kerajaan bertujuan menurunkan kos hidup supaya rakyat tidak terbeban dengan masalah itu. Kalau begitu halnya, adakah betul yang disebutkan oleh Anwar bahawa kerajaan kita bankrap, kerajaan kita sudah tidak mampu?" katanya.

Beliau berkata bantuan yang diberikan oleh kerajaan menunjukkan kerajaan B Nmampu membela nasib rakyat.

"Kita minta rakyat beri mandat untuk (BN) terus terajui negara lepas pilihan raya umum akan datang supaya negara boleh kekal menjadi negara yang aman dan tenteram dan rakyat boleh hidup dengan selesa," katanya. - BERNAMA
-

Monday, 18 February 2013

GEMPAR : Video Panas Perdana Menteri Masuk Pasaran Antarabangsa


Adeeh! Macamana boleh jadi gini ni. Video ni pun laku ke? Ada ke orang nak beli. Teman sendiri pun tak larat nak tengok. Siapa punya video ni? Cepat mengaku. cepattt!!!

Siapa lagi kalau tak video yang dikaitkan dengan Anwar China Doll tu la. Hebat jugak ek! Dah masuk pasaran antarabangsa. Boleh bangga weh! heee...

Sumber Foto
-

Tuesday, 12 February 2013

Majlis Syura Tolak Anwar Jadi Perdana Menteri



Desas-desus berhubung penolakan golongan ulama di dalam Pas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memegang jawatan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 turut didedahkan beberapa blog politik tempatan.

Desas-desus itu turut diperkukuhkan dengan pendedahan mengenai pertemuan antara Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dengan Anwar di rumah tokoh ulama berkenaan di Bangi, Selangor pada 4 Februari lalu.

Menurut blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com, pertemuan itu bertujuan meminta Haron memujuk Dewan Syura Ulama Pas berhubung penetapan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri pembangkang seperti diputuskan dalam mesyuarat 3 Februari lalu.

"Keputusan dewan ulama itu telah bocor ke telinga Anwar. Sebab itulah selang sehari, Anwar segera memalukan diri untuk memujuk Haron Din mendesak dewan berkenaan menarik balik keputusan mengenai status Perdana Menteri," demikian menurut blog berkenaan dalam entri bertajuk 'Apa Sebenarnya Berlaku Pada 4 Februari' semalam.

Mingguan Malaysia hari ini menimbulkan persoalan mengenai siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang ekoran tercetusnya ura-ura Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar menduduki jawatan berkenaan.

Menurut sumber, walaupun kesahihan pendirian Majlis Syura Ulama Pas itu masih belum dipastikan namun keputusan tersebut didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan.

Sebahagian besar para ulama di dalam Pas merupakan ahli majlis syura ulama berkenaan serta anggota dewan ulama parti itu.

Sementara itu, blog http://medan-info-kita.blogspot.com menjelaskan, kedatangan Anwar ke rumah Haron dibuat sejurus selepas mendapat tahu keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang tidak mencalonkannya sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

"Pertemuan pada malam 4 Februari (berlaku) di rumah Dr. Haron Din di Bangi. Anwar bergegas ke sana untuk minta nyawa dengan Timbalan Mursyidul Am itu.

"Mesyuarat majlis syura telah menetapkan bahawa mereka tidak akan terima Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan berjaya menawan Putrajaya. Majlis syura berpendirian calon yang lebih layak adalah Presiden Pas sendiri iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang," menurut blog tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, blog http://www.anwaraidc.com/ pula mendedahkan berhubung putar belit seorang individu melalui blognya yang menyebut Haron yang mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Sedangkan menurut blog itu, berdasarkan sumber dalaman mereka, Anwar yang bertemu dengan Haron dan bukan sebaliknya.

"Individu terbabit, orang Anwar, dia terbalikkan cerita kata Haron jumpa Anwar, walhal Anwar yang pergi jumpa Haron Din.

"Dia sengaja spin (putar belit) cerita, dia nak tunjuk Anwar masih relevan hinggakan Haron terpaksa datang melutut kepada Anwar," kata sumber blog tersebut.

Ketika ditanya keperluan Anwar bertemu Haron, sumber blog itu menjawab: "Anwar minta nyawa daripada Pas."

Khamis lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, rakan-rakannya di dalam Pas mendedahkan penolakan Majlis Syura Ulama Pas terhadap Anwar ketika ini semakin kuat.

Zahrain berkata, keadaan itu berlaku ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang lain.

Kenyataan beliau disokong beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura tersebut.

-

Monday, 11 February 2013

Anwar Sendiri Angkat Bakul, Tak Malu


Inilah manusia tak sedar diri. Angkut bakul diri sendiri. Adehh!! Teringin sangat nak jadi Perdana Menteri. Dah siap booking la tuh! Entah-entah kena kantoi dengan DAP. Baru padan muka.

Teringin nak ke Putrajaya! Seingat teman bukan ke PAs pernah kata nak lelong Putrajaya tu! Tapi terbalik pulak dah. Nak tawan Putrajaya. Adeeh! Lidah bercabang rupanya. Serupa la jugak negara slogan PAS pun boleh bertukar dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Gara-gara Anwar China Doll, semuanya bertukar! Macam cerita Transformer la pulak! "Bertukar"..kahkahkah..
-

Thursday, 7 February 2013

PANAS! PKR Di Sabah Lumpuh, Ahli Isytihar Keluar PKR



Ini lagi buat Anwar China Doll pening kepala. PKR di Sabah akan lumpuh. Ahli-ahli dah isytihar keluar parti. Apa cerita? Kalau dengarkan ceramah, boleh rampas Sabah tapi satu-satu ahli keluar parti..Adeehh!!

Sebanyak 24 anggota Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Penampang dekat sini hari ini mengisytiharkan keluar parti.

Sungguhpun tidak mengumumkan sebarang alasan berhubung tindakan itu, Ketua Wanita PKR Penampang, Winnie Juani yang mengetuai sebahagian wanita itu berkata beliau mempunyai alasan tersendiri dan meletak kesemua jawatan dalam parti berkuat kuasa 27 Januari lepas.

"Saya memutuskan untuk keluar parti atas keputusan peribadi. Tiada parti, tiada alasan dan tiada komen buat masa ini. Saya belum buat keputusan untuk sertai mana-mana parti. Kami akan umum apabila pilihan raya nanti," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Winnie yang pernah dilantik Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah berkata, beliau komited kepada perjuangan parti selama berkhidmat sejak 2007 tetapi menolak untuk disenaraikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Winnie berkata beliau mengambil keputusan itu juga bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

Parlimen Penampang kini disandang Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu, Tan Sri Bernard Dompok. BERNAMA
-

Lawak! Mahasiswa Nak Lawan Najib di Parlimen Pekan


Ini satu cerita lawak. Ada sekor dua beruk mengaku mahasiswa nak bertanding melawan Perdana Menteri DS Najib di Parlimen Pekan pada PRU 13 nanti. Adeehh! Apa la kerja bodoh kome buat nih! Mak bapak hantar suruh pergi belajar, kome pulak sibuk berpolitik.


Kumpulan mahasiswa dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa PRU13 mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang (Meloyakini).


Kome tengok la mahasiswa bukan Melayu, sibuk menelaah buku, menumpu usaha untuk berjaya dalam pelajaran, anak-anak Melayu sibuk berpolitik sampai belajar pun tak habis. Sebab itulah ramai nak Melayu tak berjaya, kerana jadi bodoh ikut bontot Anwar China Doll. Asyik nak memberontak aje. Tak tau hujung pangkal terus bantah. Jadi bodoh jilat bontot Anwar China Doll tu. ptuii!!!
-

Tuesday, 5 February 2013

The Next PM of Malaysia, Leader of LBGT

Inilah muka pelakon handalan Malaysia yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dia ni semuanya boleh. Berlagak imam pun boleh,boleh menyerupai syaitan, dajal, gay dan sebagainya. Tapi ada juga yang bangang termakan kata-kata manis dan menyokong membuta tuli. 

Kalimah Allah pun dia bersengkongkol dengan PAS dan jual pada DAP. Itu pun ada yang masih tak nampak kedajalan dia ni. Penyokong dia ni dah macam kenan santau dan mundram je..hee..
-

Saturday, 2 February 2013

Anwar Ibrahim Kena Tendang Keluar Dari Permatang Pauh



Hah! Teman dah lama dengar cerita Anwar China Doll ni dah tak diterima oleh pengundi Parlimen Permatang Pauh. Pengundi pun dah meluat tengok muka yang dah tak ada seri ni. Jadi tidak hairan la ada gerakan dalam PKR Permatang Pauh dan Pulau Pinang untuk menjatuhkan Anwar China Doll ini. Teman difaham pengundi-pengundi Parlimen Permatang Pauh dah meluat tengok perangai Anwar China Doll terutamanya sokongan beliau kepada isu Kalimah Allah. ada yang sanggup bertentang mata dengan Anwar China Doll untuk berhujah tentang isu ini. Apa cer? Orang kampung dah marah! Adeehh!!!

Sekumpulan ahli akar umbi PKR di Pulau Pinang dikatakan sedang menggiatkan gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konconya kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan parti itu.

Kumpulan itu kini dalam proses mengumpul ahli sebelum mengadakan perbincangan terperinci sebagai persiapan untuk memastikan matlamat menolak kepemimpinan Ketua Umum PKR itu menjadi kenyataan.

Gerakan itu didedahkan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang turut diminta menyertai gerakan itu baru-baru ini oleh ahli PKR kampung Anwar di Cherok Tok Kun, dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.

“Jika di kawasan Anwar sendiri ahli parti itu boleh berpaling tadah, bayangkan di kawasan lain yang tidak diwakilinya.

Mungkin keluar parti

“Ketika ini gerakan menjatuhkan Anwar memberi tumpuan untuk memastikan perubahan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13).

Tidak mustahil juga kumpulan itu akan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepemimpinan PKR,” katanya kepada BH.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...