Thursday 21 February 2013

Sampai Hati Hampa Buat Aku Macam Ni


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendesak supaya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat dan mengaudit isu dan dakwaan yang ditimbulkan oleh kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Ketua Wanita Umno itu berkata, ia merupakan tanggungjawab kerajaan negeri Kedah untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Jangan lepas tangan sahaja. Mereka mesti bertanggungjawab,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan dengan lima wakil di kalangan kakitangan dan enam peguam.

Beliau menambah, sayap itu menawarkan nasihat perundangan secara percuma kepada mereka.

Dilaporkan satu kumpulan yang diwakili kakitangan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, baru-baru ini.

Kakitangan itu berkata, mereka turut berharap agar Azizan dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sejak empat tahun lepas.

Ini termasuk kenaikan gaji, bonus, potongan gaji dan anak syarikat Kuin sedia, yang didakwa oleh kakitangan itu bahawa ia tidak memberi keuntungan kepada kolej universiti itu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...