Tuesday, 19 February 2013

DAP, PKR Bergaduh Teruk Di Johor: Jui Meng Dituduh Dalang



Amat menarik melihat gelagat pengkhianat BN,  Datuk Dr. Chua Jui Meng, yang dikatakan kini menjadi “pengkhianat” yang cuba memecah-belahkan Pakatan Haram Johor menjelang PRU ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Bukan cerita dibuat-buat, namun kenyataan Pengerusi DAP Johor,  Dr Boo Cheng Hau baru-baru ini menjelaskan betapa “busuk”nya gerakan bekas Menteri Kesihatan itu…

Dr. Boo berkata, dia percaya bahawa Jui Meng merupakan dalang di sebalik “gerakan bawah tanah” yang kerap menyerang DAP Johor sejak beberapa bulan yang lalu seolah-olah tidak mahu parti pimpinan Karpal Singh itu kuat di negeri tersebut.

Antara serangan Jui Meng terhadap DAP sebagaimana yang didakwa Dr Boo ialah sikapnya yang mengkritik hasrat DAP yang mahu meletakkah Ahli Parlimen Bukit Bendera untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah yang disifatkan sebagai “tidak matang”.

Menurutnya lagi, Jui Meng juga selamba mengumumkan diri akan bertanding di Gelang Patah sedangkan rundingan pembahagian kerusi untuk PRU ke-13 di kalangan parti Pakatan Haram di sana masih lagi belum selesai.

Sebagai orang lama di Johor, Dr. Boo mengatakan bahawa Pakatan Haram Johor aman damai, tenteram dan tidak pernah berpecah belah selama ini.

Namun setelah kehadiran Jui Meng di sana pada tahun 2009, Pakatan Haram di negeri itu kucar-kacir dan porak peranda dengan pelbagai masalah dalaman yang agak payah untuk diselesaikan oleh pucuk pimpinan pembangkang di negeri itu.

Sehingga kini, Pengerusi DAP Johor itu terpaksa mendesak Anwar Ibrahim agar turun ke negeri paling selatan itu untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Jui Meng tersebut.

Begitulah prestasi dan kedudukan Jui Meng sebenarnya di Johor. Diam tidak diam, dia buat hal pula di Johor. Mujurlah dia sudah keluar dari MCA. Kalau tidak, mungkin MCA akan “demam, tak kebah-kebah” sampai PRU nanti…

Persoalannya, apakah Anwar mampu menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Jui Meng itu? Walaupun gaya rambut dan raut wajah Jui Meng seakan-akan mirip Anwar, apakah “pemimpin anugerah Yahudi” itu akan menyebelahinya?

Sebagaimana maklum, Anwar cukup terkenal dengan sikap bermuka-muka dan gemar membodek DAP untuk memenuhi hasratnya menjadi Perdana Menteri. Dalam ertikata lain, Anwar dilihat menumpang pengaruh DAP untuk mendapat undi kaum Cina…

Di Johor, Jui Meng dilihat oleh masyarakat Cina sebagai “api dalam sekam” atau “gunting dalam lipatan”. Dia dikatakan cuba “menikam rakan sendiri dari belakang” di mana sikap ini menjadi satu kepantangan di dalam budaya kaum Tiong Hua.

Gelang Patah sebelum ini menyaksikan calon PKR, Zaliha Mustafa, tewas ditangan calon BN, Tan Ah Eng. Dari sudut strategik, Parlimen itu dikatakan menjadi “favorite” untuk ditandingi oleh calon dari kalangan kaum Cina.

Soalnya, sama ada Jui Meng atau Liew bertanding di Gelang Patah, calon Pakatan Haram boleh menang, kah? Berebutkan tempat yang kalah dan menjangkakan diri sendiri menang di kawasan itu hanya berbekalnya alasan “kaum”?

Saya yakin jika Jui Meng bertanding di Gelang Patah, berkemungkinan besar dia akan kalah teruk memandangkan dia dilabel sebagai “pengkhianat” rakan sendiri. Dan jika Liew pula yang bertanding di sana, apakah DAP fikir Jui Meng akan berdiam diri?

DAP jangan terkejut nanti jika tiba-tiba saja ada sabotaj dari PKR Johor di Parlimen Gelang Patah. Sudahlah disabotaj, berdepan pula dengan calon BN yang bukan calang-calang kekuatannya di Johor, mungkin calon Pakatan Haram akan jadi “lauk” nanti, kan?

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...