Friday, 22 February 2013

Bekalan Air: Khalid Ibrahim Punca Malapetaka?


Saya amat terkejut apabila sumber memberitahu tentang satu malapetaka besar berhubung masalah air bakal menimpa hampir 1.6 juta rakyat di Selangor dan sekitar Lembah Klang pada bila-bila masa dari sekarang.

Sumber itu memberitahu bahawa keadaan bumbung di sebuah kolam takungan air di Loji Rawatan Air Sungai Langat sedang berada di dalam keadaan kritikal sedang menunggu masa untuk roboh dan rebah ke bumi.

Sekiranya ini berlaku, dijangka insiden gangguan bekalan air akan berulang di Selangor sekali lagi dan kali ini ia dikatakan akan berlarutan selama berbulan-bulan lamanya. Bayangkan sebuah loji takungan air yang runtuh menyembah bumi, apa yang jadi?

Kenyataan sumber itu juga telah disahkan melalui tinjauan media ke kolam takungan air berkenaan dan secara mata kasar, keadaan fizikalnya dilihat sangat menyedihkan dan mampu membuat rakyat resah gelisah.

Pun begitu, masih ada lagi pihak yang prihatin yang datang memohon pada Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid “Gagap”, untuk membaikpulih bumbung yang sudah uzur ditelan dek zaman itu…

Bukan sekali syarikat itu memohon, malah sebanyak tiga kali permohonan dibuat. Malah lebih menarik, syarikat itu menawarkan khidmat baikpulih bumbung itu secara PERCUMA tanpa satu sen pun sumbangan dari pihak Kerajaan Pakatan Haram Selangor…

Namun mungkin kerana “bodoh sombong”, degil, berlagak bijak, nak tunjuk kuasa dan bebal semacam, Menteri Besar Selangor itu dengan bongkak menolak permohonan itu, seolah-olah dia mampu jadi “superman” yang bisa menahan bumbung itu dari roboh!

Begitulah sikap Khalid kepada rakyat Selangor dan Lembah Klang. Dia sanggup membiarkan bumbung kolam takungan air itu runtuh menghempap rakyat sendiri, asalkan kepentingan politik dan hatinya puas…

Apakah Menteri Besar itu lupa bahawa rakyat itulah yang memberikan undi pada Pakatan Haram sehingga dia berpeluang untuk duduk di kerusi empuk di Pejabat Menteri Besar Selangor itu?

Demi hatinya yang berajakan politik, Khalid sanggup menggadai kualiti kehidupan dan sanggup menafikan hak rakyat yang terancam gangguan bekalan air selama berbulan-bulan.

Ketika rakyat diancam malapetaka gangguan bekalan air itu, SYABAS datang menghulur bantuan. Niatnya baik untuk menolong dan dengan rendah diri memohon untuk membantu. Bukan SYABAS minta duit Khalid, malah syarikat itu ikhlas menolong secara percuma…

Itupun Khalid nak sekat? Itupun Khalid enggan? Itupun Khalid tak benarkan? Menteri Besar jenis apakah yang menolak pihak yang datang secara sukarela untuk membantu kehidupan rakyatnya?

Sudahlah sebelum ini Khalid menyekat permohonan modal (Capex) syarikat itu untuk menyelenggara dan menggantikan peralatan operasi saliran air di Selangor, khidmat percuma syarikat itu pun Khalid nak sekat juga?

Malah tanpa rasa malu, Khalid dan para pemimpin PKR baru-baru ini berburuk sangka terhadap SYABAS dan Kerajaan Pusat apabila sumber memberitahu perincian mesyuarat parti itu baru-baru ini menuduh kerajaan BN dan syarikat konsesi air itu akan mensabotaj mereka pada PRU ke-13 nanti.

Padahal jika dirujuk dari rekod krisis air yang melanda Selangor, Kerajaan Pusat dan SYABAS sering memberi komitmen dan bertungkus lumus memastikan rakyat Selangor mendapat bekalan air bersih setiap hari.

Kerajaan Pusat baru-baru ini memperuntukkan sebanyak RM120 juta kepada rakyat negeri itu bagi memastikan mereka terus mendapat bekalan air setelah menyedari Khalid dan kerajaan pimpinannya gagal membantu rakyat yang sedang menderita akibat masalah air.

SYABAS pula berusaha meminjam lori tangki dari negeri-negeri jiran bagi membantunya menyalurkan bekalan air ketika pam air rosak di rumah pam Wangsa Maju tempohari.

Sedangkan ketika itu Khalid dan konco-konconya sedang sebok berceramah mahu menstruktur semula industri air Selangor dan memburuk-burukkan SYABAS. Khalid tak habis-habis mencadangkan itu dan ini, kaji itu dan ini, tanpa sebarang tindakan untuk mengatasi masalah rakyat…

Dan kini, 1.6 juta rakyat Selangor dan Lembah Klang sekali lagi berdepan dengan ancaman gangguan bekalan air “berskala besar”.

Saya yakin, jika runtuh bumbung kolam takungan air di Sungai Langat itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan turut runtuh di Selangor dan Khalid “Gagap” sudah tentu rakyat akan menuding jari padanya sebagai punca kejatuhan rejim Anwar di Lembah Klang…

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...