Thursday, 21 February 2013

Stadium Terengganu bukan runtuh puncanya adalah Dato’ Raja Kamarul Bahrin




• Awal-awal, belum apa apa lagi dah nafi tidak terlibat atau menjadi penyebab keruntuhan
• Binaan kontraktor dibuat berdasarkan lakaran dan cadangan arktiek
• Tuding jari salahkan pihak lain, termasuk JKR- tangan yang memberi pun digigit

Arkitek yang diberi tanggung jawab dalam pembinaan Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Terengganu ini ialah milik Raja Bahrin sendiri, iaitu Senibahri Arkitek, bukan arikitek lain. Pembinaan sesuatu bangunan adalah bermula dengan lakaran dan panduan arkitek! Pembinaan adalah berdasarkan nasihat, lakaran dan panduan arkitek yang merekabentuk.

Lihat Deskripsi Tugas arkitek ialah:
Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project’s brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).

Apabila kertas laporan siasatan dikemukakan, Raja Bahrin awal awal membuat penafian bahawa dia tidak terlibat…orang Terengganu kata, pintas awal-awal. Biasanya, bila bersalah, kita cepat-cepat naïf dan melenting , belum apa apa lagi sudah membuat panafian- maka dari sudut psikologinya sebenarnya berasa buat salah dan cuba mengatakan diri kita tidak bersalah.

Senibahri Arkitek milik Dato’ Raja Baharin, syarikat perunding yang dilantik kerajaan negeri untuk mereka bentuk kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), menafikan terbabit dengan reka bentuk bumbung stadium itu yang runtuh. Pemilik syarikat itu, Raja Kamarul Bahrin Shah, mendakwa bahawa pihaknya hanya ditugaskan untuk merekabentuk struktur bangunan stadium sahaja.

Betullah dari reka bentuk itulah kontraktor jadikan panduan untuk pembinaan- maknanya rekabentuk tidak mengambilkira kesan apabila dijalankan pembinaan
Sepatut awal awal Raja Bahrin tidak merekabentuk bumbung stadium seumpama itu kerana rekabentuk yang dicadangkan dan dilakarkan itulah menjadi ikutan kontraktor binaan.

“Kita hanya bertindak sebagai perunding kerajaan dan tidak terbabit secara langsung dengan reka bentuk terperinci struktur dan pengawasan pembinaan bumbung tersebut” katanya. (lihat cepat cepat Raja Baharin menuding jari kepada pihak lain).

“Sementara kami, dilantik oleh kerajaan negeri dan tidak terbabit dengan reka bentuk terperinci struktur dan juga pengawasan bumbung tersebut,” katanya.

Sambil menyambut baik pendedahan Menteri Besar, Raja Kamarul Bahrin berkata, bahawa pihaknya sudah memberi penjelasan penuh kepada Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) berhubung kejadian tersebut.

Raja Baharin juga menuduh Jabatan Kerja Raya JKR yang bersalah.

Pemilik Senibahri Arkitek itu mendakwa JKR yang bersalah kerana dakwanya lagi bahawa sebelum ini pihaknya pernah memberi pandangannya kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung ketidaksempurnaan bumbung tersebut yang dikesan sejak dalam proses pembinaan.

Itulah sikap dan amalan buruk Raja Bahrin yang suka menuding kepada pihak lain, hatta kepada JKR yang banyak memberi kerjasama dan projek kepada beliau. Beliau sanggup ;menggigit tangan’ kepada pihak yang memberi makan kepadanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...