Tuesday, 19 February 2013

Siapa Punya Tangan Ghaib di Belakang Sultan Sulu?


Isu pencerobohan di Lahat Datu menjadi rentetan sejarah terbaru bagi negara. Pada masa yang sama, Pakatan Rakyat mengambil kesempatan dalam isu ini di ruang maya portal dan blog pro PR. Mungkin menjadi tanda tanya, mengapa sekarang? Mengapa tidak 10 tahun atau 20 tahun yang lalu?

Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka.

Apa yang menjadi persoalan teman, siapakah tangan-tangan ajaib yang memainkan peranan untuk menimbulkan isu ini semula. Mungkin semua dah sedia maklum, isu tuntutan kedaulatan ke atas Sabah telah dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan BN sebelum ini. Sejak bahang Pilihanraya Umum yang menghampiri menjadi tumpuan, tiba-tiba timbul pula pencerobohan tersebut. Isu ini timbul dilihat seakan-akan selari dengan penurunan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

What a shame! Maruah negara sanggup digadai demi perjuangan politik sempit. Fikir-fikirkan lah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...