Friday, 22 February 2013

PAS vs DAP: PAS Fikir DAP Peduli Dengan Amaran Mereka?



Makin parah nampaknya pergaduhan di antara PAS dan DAP berhubung isu penggunaan kalimah “Allah” yang mendapat liputan meluas di kalangan media. Sama ada media arus perdana mahupun pro-pembangkang, isu berkenaan sering menjadi topik utama setiap hari.

Terbaru, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menempelak dan memberi amaran kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya belajar menutup mulut berhubung isu tersebut.

Katanya, Karpal perlu belajar untuk mendiamkan diri dan jangan bercakap banyak seperti kebiasaannya.

Malah lebih pedas lagi, Nik Amar membidas Pengerusi DAP itu sebagai “gatal mulut” apabila ahli politik veteran parti “chauvinis ultra kiasu” itu mendesak PAS untuk mengenepikan keputusan Majlis Syura yang membantah keputusan mesyuarat Pakatan Haram pada 8 Januari lalu.

Persoalannya, apakah Nik Amar fikir Karpal akan mendengar dan taat pada amaran serta sindiran yang diajukan padanya?

Sejarah membuktikan bahawa Karpal tidak pernah tunduk pada mana-mana kehendak pihak yang membantah dasar DAP yang jelas mahu menidakkan hak eksklusif Islam serta keistimewaan yang dimiliki menerusi perlembagaan negara.

Sebelum PAS bersahabat dengan “syaitan” yang bergelar DAP, Karpal dan pemimpin DAP pernah memberi kata dua pada PAS untuk “melangkah mayat” mereka sebelum mengubah negara ini menjadi negara Islam.

PAS ketika itu hanya mampu “terkulat-kulat” dan tidak dapat membalas amaran Karpal itu…

Ketika pemimpin DAP membentak Datuk Dr. Hasan Ali yang ketika itu berjawatan Exco Agama Islam di dalam Kerajaan Negeri Selangor bertindak merampas arak di Shah Alam, PAS sekali lagi dilihat “hilang taring”.

Memang memalukan apabila PAS menurut kehendak Ronnie Liu (DAP) dan mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memulangkan berbotol arak yang dirampas.

Malah paling memalukan apabila PAS gagal mempertahankan dasarnya untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, sebaliknya terpaksa menurut kemahuan DAP yang jelas menentang dasar itu di dalam Pakatan Haram.

Pokok pangkalnya, para pemimpin PAS di era Hadi Awang sememangnya tidak boleh di harap dan sememangnya memalukan parti itu. Justeru itu tidak hairanlah jika ramai para penyokong PAS yang bertindak keluar parti dan ramai pula yang malu nak mengaku diri mereka sebagai Ahli PAS, kan?

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...