Monday 18 February 2013

Bukti Pakatan Rakyat Ditolak Rakyat Malaysia


Nampak sangat la Pakatan Rakyat ni suka buat fitnah. Macam-macam cara la deme ni buat nak bagi rakyat percaya kat deme. Teman rasa Pakatan Rakyat dah tak tahan menanggung malu kerana sokongan kepada Perdana Menteri DS Najib Razak meningkat dengan mendadak sekali.

Jadi, dah tenggelam punca, deme ni gunakan pulak hackers untuk mengodam laman sesawang  e-Akhbar dan e-Press milik Jabatan Penerangan dengan penyiaran dua 'kenyataan Perdana Menteri' iaitu: 'MEMO PERMOHONAN RAKYAT MALAYSIA' dan 'PERDANA MENTERI SECARA RASMINYA MELETAK JAWATAN'. 

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi Isnin, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Beliau berkata penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.' "Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut.

"Tindakan awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Ibrahim berkata satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak jabatan disusuli dengan laporan polis.-BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...