Tuesday, 19 February 2013

Mengapa Ustaz Riduan Tee?


Sejak kebelakangan ini teman perhatikan beberapa agenda Pakatan Rakyat lebih menjurus menyerang golongan agamawan yang pro kerajaan. Walaupun golongan agamawan ini memberi ulasan-ulasan berkaitan senario politik semasa khususunya melibat hukum hakam Islam, namun segera ditempelak oleh golongan sekular Pakatan Rakyat. Tapi yang lebih menyedihkan, ahli-ahli politik PR yang bukan beragama Islam turut sama memberi komen negatif kepada agamawan ini.


Terbaru, Pengerusi Biro Hak Asasi PKR, S Jayathas telah membidas tulisanDr Riduan Tee Abdullah dalam akhbar Sinar Harian yang didakwa sarat dengan nada ketaksuban agama dan perkauman. Tajuk artikel tersebut berbunyi " Kesabaran Umat Islam Ada Had".

Pada pandangan teman yang kerdil ini, adalah tidak wajar seorang yang bukan Islam mempertikaikan ketaksuban kepada agama sendiri. Ketaksuban akan menjadikan penganutnya lebih taat kepada penciptaNya. Teman nak bertanya, apakah hak agama lain mempertikaikan anutan agaman Islam? Jangan jadikan hak asasi sebagai alat untuk menghina agama Islam. Bak kata Dr Riduan Tee, kesabaran umat Islam ada hadnya. Jangan cuba nak bermain dengan api nanti buruk padahnya. Andainya mahu berpolitik dan ingin terkenal waima nak jadi calon sekalipun, berikan hujah-hujah politik dan bukannya mengaitkan agama  Islam untuk meraih undi simpati. "Dont mess around and you will get caught"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...