Friday, 18 January 2013

Sharifah Zohra Kena Beri Penjelasan, Bawani Kena Serah Video


Teman masih lagi mengulas isu di UUM. Isu Bawani agen PSM dan DAP ni tak berhenti lagi. Kenyataan  Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak rasanya boleh membuka minda semua pihak. Menurut kenyataan di Sinar Harian, beliau kesal dengan insiden membabitkan mahasiswa pusat pengajian itu dan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang heboh diperdebatkan sekarang.

Akur soalan yang diajukan oleh KS Bawani agak kasar bunyinya, Sharifah Zohra juga katanya, boleh memilih untuk menjawab secara profesional dan berhemah.

"Apa yang berlaku itu saya agak kesal kerana cara soalan itu dikendalikan, saya rasa boleh dengan cara yang lebih baik, cara soalan itu dijawab juga agak keras dan agak kasar, agak kurang sesuai.

"Saya terkilan dengan pendekatan dia menjawab soalan yang saya kira agak kurang profesional lah," ujar beliau di sini semalam.


Menurut Mustafa, soalan diajukan Bawani itu juga telah melepasi waktu sesi soal jawab, sebaliknya ketika itu sedang berlangsungnya acara cabutan bertuah.

"Masa soalan sudah habis sebenarnya tapi dia bercakap tak berhenti-henti. Panel itu cuba memberhentikan dia tetapi tidak berjaya. Jadi sebab itu berlaku seperti pertikaman lidah,"

Teman rasa video Part 1, Part 2, Part 3 perlu didedahkan untuk menggambarkan keadaan sebenar. Dimana video tu? Mengapa tidak diupload atau ada agenda tersirat atau agenda jahat pihak tertentu? Fikir-fikirkan lah!..

-

Listen Listen Listen, Sharifah Zohra Jabeen Idola Baru


Teman nak tergelak jugak. Beriya-iyalah Pakatan Rakyat untuk mengangkat hero hingus meleleh Bawani agen Parti PSM dan DAP ni. The Little Ambiga "They Said". Maksudnya sama, pemusnah keamanan negara. Tak gitu! Ambiga LBGT sibuk bagi kenyataan di petik dalam Haramkah Daily, "Hujah dia jauh lebih baik dari moderator," yang merujuk hujah Biwani semasa bertekak dan menengking Sharifah Zohra di  forum 'Seiringkah mahasiswa dan politik?' anjuran Kelab Wanita 1 Malaysia (KW1M)

"Her argument outdid the moderator’s (Sharifah Zohra)," 

Yo lah tu! Ambiga dan so call "The Little Ambiga" sama -sama bingung dan dungu! Cakap tak bertempat. Hentam suka-suka mak bapak deme aje. Kalau dah baca teks yang telah disediakan memang la hujahnya berapi. Kome juga yang buatkan. Bukannya Bawani buat sendiri pun. Bawani ni tukang cakap je.Jadi balaci dan pencacai! Adehh!! Bodohnya!

Tapi dalam masa yang sama, ungkapan "Listen, Listen, Listen" dan  entah berapa kali telah menjadi idola masa kini baik remaja ataupun orang politik. Cuba fikir, kepada siapa yang dimaksudkan. Sudah tentu kepada Sharifah Zohra Jabeen. Idola sekarang adalah Sharifah Zohra dan bukannya Bawani. Tak gitu! Tak ada satu pun ungkapan Bawani yang diangkat menjadi siulan semasa kini. Akhirnya Pakatan Rakyat menjadi terperangkap dengan mainan sendiri. Sharifah Zohra patut diberi kredit  atas ungkapan tersebut..peace..heeee..
-

PAS Main Kayu Tiga Dengan Sultan Perak


Teman pun pelik. Kenapa tiba-tiba pulak PAS Perak hantar memorandum kepada Istana Perak ekoran dakwaan media Umno perlantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak kerana rasuah dari Menteri Besar Kelantan, PAS Perak. Tapi seingat teman la, PAS ni tak hormati langsung Sultan Perak. Bersikap kurang ajar kepada Sultan Perak ketika kerajaan BN merampas semula Perak dari Pakatan Rakyat,. 

Penyokong mereka bertindak liar apabila mengadakan demontrasi dengan berbaring di atas jalanraya menhalang manjlis pertabalan Datuk Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Nizar Jamaluddin. Perlakuan biadap itu dilakukan semata-mata mahu menghalang kereta yang dinaiki oleh Sultan Perak tiba di majlis pertabalan tersebut. Ingat tak lagi? Teman sisipkan beberapa gambar sebagai tanda kenang-kenangan semula perangai dan sikap biadap PAS terhadap Sultan Perak.
Sekor Lembu PAS Berbaring atas jaanraya

Lagi Pak Lebai PAS
 
Lagi Pak Lebai PAS dan Muslimah PAS
Ini pula video pengakuan yang telah dirakam membuktikan tindakan liar PAS tersebut.


-

Isu Bawani UUM : Agen Pakatan Rakyat Yang Kantoi


CIK ZAH Bawani diangkat sebagai seorang hero hanya kerana 'keberaniannya' dalam membuat kekecohan dalam sebuah forum di University Utara Malaysia, beberapa hari lalu. Semua telah melihat bagaimana Bawani membuat kecoh di forum tersebut di saat-saat akhir forum, dan berkeras untuk mempersoalkan tentang hak berdemonstrasi, kebebasan bersuara dan pendidikan percuma, dan mahu Puan Sharifah Zohra, moderator, bukan ahli panel forum tersebut, untuk menjawab segala persoalan yang diberi. 

Jelas, Bawani telah membuat persediaan dalam memberikan hujah-hujah. Mengharapkan penjelasan daripada Puan Sharifah terhadap persoalan yang diajukan adalah seperti meminta penjelasan daripada seorang pakar Matematik tentang Undang-Undang. Apa yang menghairankan adalah publisiti yang diterima Bawani. Dari ucapan yang diberi hinggalah segala komen di Youtube dan juga artikel yang dikeluarkan tentang perkara ini, segalanya boleh Bawani dari seorang hero kepada pelajar yang gagal. Facebook Bawani menjelaskan pandangan politiknya, itu hak Bawani. Rangkaian komuniti sosial UUM pula menjelaskan minat Bawani terhadap dunia politik, juga hak Bawani. 

Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa Bawani adalah penyokong tegar Parti Sosialis Malaysia (PSM). Tidak mengapa, itu hak Bawani. Namun, rakyat sering memandang sinis terhadap PSM kerana PSM adalah dari Parti Komunis Malaya (PKM). Apabila pihak komunis mula berundur, PKM mula beroperasi melalui parti-parti politik, terutamanya, DAP, dimana rakyat dapat lihat pendirian mereka terhadap Hak Melayu, Institusi Diraja, Islam sebagai agama rasmi, dan sebagainya. Pada 13 Mei 1969, puak komunis ini telah membuat serangan terhadap musuh mereka - kaum Melayu, kerajaan dan islam. Namun, tindakan mereka gagal. Kegagalan mereka telah membawa kepada pecahan parti tersebut kepada beberapa tempat seperti Parti Buruh, Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan kesatuan pekerja. 

Kemudian, pecahan-pecahan ini disatukan semula dan dikenali sebagai Parti Sosialis Malaysia. Bagaimanapun, pendaftaran parti ini tidak dibenarkan pada tahun 1998 oleh kerana kaitan mereka dengan komunisme. Jadi, mereka bertanding di bawah DAP bagi pilihanraya 1999, dan di bawah PKR pada pilihanraya 2004. Berjaya mengambil kesempatan akibat daripada kepimpinan yang lemah pada masa itu, PSM akhirnya berjaya bertanding secara rasmi di bawah nama parti itu sendiri pada tahun 2008. Jadi, itulah Bawani. 

Segala apa yang dipersoalkan tentang Cuba, Argentina, Denmark, Finland, Sri Lanka dan Turki tentang pendidikan percuma hanyalah salah satu cara untuk memburuk-burukkan Malaysia. Kerana jika Bawani benar-benar tahu akan keadaan sebenar di negara-negara tersebut di mana rakyat terpaksa dikenakan cukai yang tinggi untuk mendapatkan pendidikan percuma, dia tidak akan menimbulkan isu tersebut. Motif Bawani? Prejudis, Publisiti, Kebencian dan Kuasa. Mudah. Dengan sikap prejudis dan kebencian yang membuak-buak, mungkin Bawani terlepas pandang akan hak eksklusif yang dapat dinikmati oleh kaumnya di negara ini, atau hak untuk berkongsi kuasa di kabinet, atau peluang untuk menguasai ekonomi lebih daripada kaum Melayu sendiri, dan juga cuti awam khas bagi perayaan agamanya, segalanya di Malaysia.
-

Malaysia destinasi paling popular



Malaysia menduduki kedudukan nombor satu daripada 50 buah negara untuk menjadi destinasi pelancongan mesra pelancong Islam menerusi satu kaji selidik yang disiarkan semalam.

Firma perunding pelancongan di sini, Crescentrating, mengendalikan kaji selidik itu.

Ia memberikan penarafan kepada negara-negara berkenaan berdasarkan layanan yang disediakan kepada pelancong-pelancong Islam seperti makanan dan perkidmatan halal.

Kaji selidik itu menggunakan beberapa kriteria seperti tahap keselamatan sesebuah negara, kemudahan mendapatkan makanan halal, mengerjakan solat dan sama ada hotel-hotelnya dapat memenuhi keperluan para penginap beragama Islam.

Berdasarkan skala satu hingga sepuluh, Malaysia menduduki tempat pertama dengan memperoleh gred 8.3. (Kosmo)
-

Khazanah Catat Paras Tertinggi RM121.6 Bilion



KUALA LUMPUR: Jumlah portfolio pelaburan Khazanah Nasional Bhd mencatatkan rekod tertinggi baharu pada 2012, dengan Nilai Aset Realisasi (RAV) keseluruhan meningkat sebanyak 12.4 peratus kepada RM121.6 bilion pada 31 Dis, 2012 berbanding RM108.2 bilion pada tempoh sama 2011.

Pelarasan nilai bersihnya (NWA) melonjak RM16.9 bilion atau 24.3 peratus kepada RM86.9 bilion pada 31 Dis, 2012 berbanding RM70 bilion yang dicatatkan pada 2011, kata Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar.

Semasa mengumumkan prestasi cabang pelaburan kerajaan pada Rebiu Tahunan Kesembilan di sini pada Khamis, beliau berkata, pertumbuhan dalam NWA tahun lepas mengatasi FBM KLCI dan beberapa indeks serantau seperti Indeks Hang Seng, MSCI Asia kecuali Jepun dan pasaran MSCI Emerging.

"Penyumbang utama kepada prestasi kukuh portfolio adalah tawaran awam permulaan IHH Healthcare Bhd dan Astro Malaysia Holdings Bhd.

"Pegangan Khazanah dalam sektor telekomunikasi dan kuasa juga menyumbang kepada pertumbuhan NWA," kata beliau.

Khazanah mencatatkan RM2.1 bilion dalam keuntungan sebelum cukai bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012, membolehkan pembayaran dividen sebanyak RM1 bilion.

Setakat ini, ia mengisytiharkan dividen berjumlah RM4.5 bilion sejak 2010, kata Azman lagi.

Khazanah membuat tujuh pelaburan utama baharu berjumlah RM6.2 bilion pada tahun lepas dan 10 pelupusan yang membawa masuk RM4.8 bilion hasil, menjana keuntungan berjumlah RM2.1 bilion.

Antara 2004 dan 2012, ia membuat 95 pelaburan bernilai RM51.4 bilion dan 55 pelepasan pelaburan bernilai RM35.7 bilion, yang mencatatkan RM15.7 bilion keuntungan bagi pelupusan itu.

Mengulas mengenai keuntungan sebelum cukai yang rendah berbanding 2011 sebanyak RM5.3 bilion, Azman berkata sebahagian besar daripada RM5.3 bilion pada 2011 adalah daripada transaksi PLUS.

Mengenai unjuran tahun ini, Azman berkata Khazanah akan meningkatkan lagi operasi perniagaannya dalam sektor yang ia sudah beroperasi.

"Kami sudah mempunyai banyak projek dalam tangan, namun ada beberapa sektor yang kami boleh tembusi lebih jauh lagi. Kami merasakan portfolio yang kami miliki sekarang sudah kukuh, seimbang, berada pada kedudukan terbaik dan mudah pulih," katanya.

Dua pertiga daripada portfolionya kini dalam negara dan satu pertiga lagi di peringkat serantau.

Azman menambah, antara projek utama yang akan dilancarkan tahun ini meliputi pembangunan santai bersepadu Desaru di Johor, penyiapan pembinaan semula Datai Resort di Langkawi selain pelaburan bersama oleh Khazanah dan Temasek Holdings Pte Ltd di Iskandar Malaysia dan Singapura.- BERNAMA
-

PRU13: SPR Kerah 240,000 Petugas



KUALA LUMPUR: Seramai 240,000 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terlibat dalam memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah itu meningkat daripada kira-kira 180,000 petugas SPR pada PRU-12 tahun 2008.

Beliau menjelaskan pertambahan petugas itu disebabkan beberapa faktor seperti jumlah pengundi yang bertambah saban tahun.

"Sehingga suku ketiga 2012, terdapat seramai 13.1 juta pengundi berdaftar dengan SPR. Sekiranya pilihan raya diadakan selepas bulan Mac, kita menjangkakan pertambahan seramai 164,000 pengundi lagi yang didaftarkan pada suku keempat tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat PRU-13 dan isu-isu berkaitan proses pilihan raya kepada petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)di Wisma Bernama di sini, Khamis.

Turut hadir ialah Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan pemangku Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong.

Pada PRU-13 akan datang, sebanyak 8,139 pusat mengundi akan dibuka di seluruh negara melibatkan 24,522 saluran tempat mengundi.

Wan Ahmad menjelaskan 80 peratus daripada pusat mengundi melibatkan bangunan sekolah, manakala selebihnya melibatkan dewan serbaguna dan balai raya.

Selain itu, katanya lebih ramai petugas juga diperlukan bagi memastikan proses pengundian awal yang pertama kali diperkenalkan dapat dijalankan sebaik mungkin.

"Kami benar-benar mahu memberikan yang terbaik. Petugas yang lebih ramai perlu untuk membantu pengundi dan pemerhati yang dilantik sepanjang proses pilihan raya berlangsung," katanya. Dalam pada itu, Wan Ahmad berkata SPR menjangkakan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri akan ditandingi, sekali gus pertambahan petugas diperlukan bagi menampung tanggungjawab yang bakal dipikul badan itu.

"Berdasarkan senario politik sekarang, kita rasa tak mungkin ada lagi kerusi yang menang tanpa bertanding," katanya.

Semasa sesi taklimat hari ini, petugas Bernama didedahkan dengan simulasi proses pengundian di mana dakwat kekal akan digunakan buat kali pertama. - BERNAMA
-

Wisma Putra Sahkan Dua Rakyat Malaysia Antara Tebusan Di Algeria



Bila teman terbaca berita mengenai rakyat Malaysia disahkan antara tebusan yang ditawan di Pangkalan Gas di Algeria, terasa amat simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat. Walupun masih dirahsiakan, namun kebimbangan keluarga mangsa dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Teman yakin Wisma Putra sedang berusaha bersungguh-sungguh dan mencari jalan penyelesaian yang sebaik mungkin. marilah kita sama-sama berdoakan keselamatan mangsa tebusan tersebut.

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan dua rakyat Malaysia merupakan antara tebusan yang ditawan di pangkalan gas In Amenas di Algeria.

Menurut kenyataan Wisma Putra pada Khamis, ia dimaklumkan bahawa kedua-dua rakyat tempatan itu merupakan pekerja di pangkalan gas itu pabila mereka ditawan oleh pengganas dalam satu serangan pada Rabu.

Kementerian telah menghubungi ahli keluarga rakyat Malaysia terbabit dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Algeria.

Menurut laporan awal daripada agensi berita AFP bahawa rakyat Malaysia dan Filipina merupakan antara tebusan yang kini menjadi tahanan di pangkalan gas di Algeria, di mana maklumat itu diperoleh daripada laporan saluran berita Perancis, France 24 pada Rabu, berdasarkan apa yang dilaporkan mengenai perbualan telefon dengan seorang lelaki warga Perancis.

Stesen itu, hanya menyiarkan sedutan perbualan mereka yang amat singkat yang dirakam dengan tebusan Perancis, berkata bahawa lelaki itu telah memberitahu mereka bahawa dia bersama-sama dengan rakyat Inggeris, Jepun, Filipina dan Malaysia.

Agensi berita France 24 itu bagaimanapun menyebut, tiada cara untuk mengetahui sekiranya tebusan telah bercakap di bawah kekangan pihak yang menahan mereka.

Menurut stesen itu, warga Perancis berkenaan memberitahu bahawa tebusan ditahan dalam sebuah bangunan yang tertutup di pangkalan gas di selatan Algeria dan mereka yang menjadi tebusan mempunyai tali pinggang berisi bahan letupan yang dipakaikan kepada mereka sebagai halangan terhadap serangan mana-mana pasukan keselamatan.

Perancis tidak mengesahkan bahawa salah satu daripada rakyatnya merupakan di kalangan tebusan berkenaan.

Satu kumpulan militan memberitahu media Mauritania bahawa mereka menawan 41 warga negara Barat, antara mereka adalah rakyat Perancis, British dan Jepun, juga tujuh rakyat Amerika Syarikat (AS), di pangkalan gas, In Amenas, yang dikendalikan bersama oleh syarikat minyak British, BP dan syarikat Norway, Statoil dan syarikat bekalan kuasa Algeria, Sonatrach.

Pihak berkuasa Algeria berkata, seorang rakyat Algeria dan warga British telah terbunuh dalam serangan itu.

Beberapa sumber sebelum ini merujuk tebusan-tebusan tersebut antara lain adalah terdiri daripada beberapa rakyat AS dan Britain, seorang warga Perancis, seorang warga Ireland, serta beberapa rakyat Jepun dan Norway.

Satu kumpulan militan, dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web Mauritania iaitu Alakhbar sebagai berkata, penculikan itu merupakan pembalasan ke atas campur tangan tentera Perancis terhadap puak bersenjata yang merampas kawalan di utara Mali. (mStar Online)
-

Farah Fauzana Bermadu?


Eh! Apa cerita nih! Farah Fauzana kena madu! Ye ke! Farah Fauzana kata bersedia untuk berkongsi suami. Biar betul Fara. Belum jadi belum tau. Nanti perang besar! Kecoh satu Malaysia nanti. Tapi macam dah ada calon je tu! Cer Citer?

Fara yang pernah berlakon dalam filem Jin Notti itu berkata di mStar Online, dia tidak mempunyai masalah untuk hidup berpoligami sekiranya tidak mendapat halangan daripada bakal madunya itu.

"Benar, saya tidak kisah untuk hidup berpoligami. Tetapi dengan syarat, isteri lelaki itu yang perlu datang untuk pinang saya. 

Adeehh! Payah la Fara! Mana ada isteri yang nak pinang calon isteri untuk suami sendiri. Ada ke? Gila ke apa? Dalam drama dan filem boleh la kot! Realitinya nak kena parang atau kena kerat 80 tak tentu lagi weh! Macam cerita P Ramlee tu cerita madu tiga, kena kelentong baru boleh dapat kahwin lebih weh! Kalau tak, jangan harap la! Tapi tak apa la Fara, asal bahagia kan. Kalau ada yang sanggup, teman doakan kebahagiaan buat Fara. Teman pun salah seorang peminat Fara jugak! Gempak gitu!heee..
-

Islam Dihina, Patrick Teoh, dan Agenda Membenci Islam



KANG NASIR Kita sedia maklum bahawa penyokong PAS percaya bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Tetapi, pelik sekali apabila PAS atau pemimpin PAS dihina mereka marah, bila Islam atau orang Islam dihina mereka membisu, atau kalau marah pun secara berlapik dengan belitan-belitan indah agar musuh Islam tidak tersinggung. Contohnya apabila pemimpin DAP mengutuk tindakan orang Islam yang berdemo menentang filem yang menghina Rasulullah SAW PAS membelanya atas alasan beliau bukan Islam dan tidak faham Islam. 

Dan baru semalam, perkara yang hampir sama berlaku, apabila Patrick Teoh menyumpah-nyumpah di dalam laman sosialnya kerana tidak puas hati dengan larangan yang dikenakan dalam persembahan hiburan di Kedah. Walaupun larangan tersebut telah ditarik balik oleh PAS, seperti yang dijangka, tetapi kemarahan Patrick Teoh telah pun diluahkan dan sudah terlambat untuk beliau menafikannya. 

Apa yang diluahkan oleh Patrick menggambarkan kebencian dan marah yang amat sangat, bukan terhadap tindakan PAS tetapi terhadap Islam kerana beliau tentunya turut terpedaya kononnya Islam itu PAS dan apa yang PAS lakukan pastinya selari dengan Islam. 

Mudah kita menyalahkan PAS dalam hal ini, tetapi kita tidak harus mengenepikan hakikat kebencian dan kemarahan Patrick yang tulen dan asli, iaitu yang datang dari dalam lubuk sanubarinya terhadap Islam. 

Mudah juga kita menepis dengan berkata Patrick bersikap demikian kerana tersalah faham mengenai Islam tetapi apakah ini benar? Kenapakah kita perlu memberi alasan bagi pihak Patrick sepertimana PAS sering memberi alasan bagi pihak DAP? 

Terdapat kemungkinan bahawa kebencian Patrick terhadap Islam itu adalah semulajadi dan tanpa sebab atas dasar Evangelisme atau perjuangan Kristian sejati? Jika benar, apakah semua penganut Kristian di Malaysia berkongsi kebencian yang sama terhadap umat Islam? Sedangkan, kedua-dua agama menyeru kepada perdamaian, malah terdapat ayat khas mengenainya yang wajib dipegang oleh orang Islam iaitu ‘untuk mu agamamu dan untukku agamaku’. 

Sekiranya kebecian seperti itu benar wujud maka tidak mustahil ia sedang merebak serta semakin membara di kalangan masyarakat Kristian. Dan kenyataan Patrick yang langsung tidak berlapik dan tidak berfikir panjang adalah bukti bahawa masyarakat Kristian semakin biadab kerana sengaja mencabar umat Islam agar berhadapan dengan mereka. 

Cabaran ini dibuat kerana mereka melihat umat Islam semakin lemah. Apatah lagi apabila PAS yang kononnya simbol Islam itu sendiri asyik membuat U-turn, flip-flop dan terhegeh-hegeh membontoti Kristian DAP. Isu murtad, Injil berbahasa Melayu dan kalimah Allah adalah ujian tertinggi dalam mencari ukuran tepat kekuatan Islam di Malaysia. 

Dan apa yang dapat dilihat ialah umat Islam begitu sukar untuk bersatu untuk mempertahankan kesemua isu yang melibatkan akidah ini, malah sanggup bertekak sesama sendiri kerana satu pihak enggan mempertahankannya. Hanya sehari dua ini, sejak bertahun-tahun lepas, PAS akhirnya turut bersetuju dengan UMNO bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab agama lain. Itupun tanpa mengakui kesilapan lalu dan tanpa menghulurkan tangan tanda berpegang pada pendirian yang sama dengan UMNO. Pendek kata, permusuhan dan perpecahan tetap kekal di kalangan umat Islam walaupun pada dasarnya mereka bersetuju dalam isu ini. 

Inilah yang UMNO khuatirkan sehingga memaksa parti itu beberapa kali sanggup merendah diri menghulur tangan persahabatan kepada PAS. Namun, setiap kali juga ditolak mentah-mentah oleh PAS sambil tangan mereka merangkul erat Kristian DAP. Mana-mana pemimpin PAS yang bernada sama dengan UMNO akan dipecat, ditekan atau dianak-tirikan, konon pembelot. 

Lebih dahsyat lagi apabila Amanat Hadi yang menjadi akar kepada perpecahan ummah yang paling tragic iaitu sehingga menyebabkan pertumpahan darah, penceraian dan putus saudara masih terus terawang-awang, iaitu boleh dipegang atau boleh juga dilepaskan, terpulang kepada penyokong PAS itu sendiri. Selagi ia terawang-awang, selagi itulah penyatuan umat Islam menjadi sukar, malah mustahil. Apatah lagi apabila dicelah-celah itu, Nik Aziz juga telah menambahkan lagi arang dan minyak ke dalam Amanat ini dengan memberi gambaran bahawa UMNO murtad. 

Atas semua yang berlaku inilah maka puak Kristian semakin naik tocang kerana mereka tahu, yang PAS akan sentiasa membela dan menyebelahi mereka biarpun mereka memijak-mijak AlQuran di hadapan mata PAS. Mereka yakin, pasti ada pemimpin PAS yang memberi alasan bahawa tindakan itu tidak salah kerana dilakukan oleh bukan Islam yang tidak faham Islam. Lalu, umat Islam lain pun menjadi serba-salah kerana yang berkata demikian adalah PAS, dan PAS itu adalah Islam, mengikut fahaman mereka. 

Apapun, Patrick Teoh tidak boleh dilepaskan begitu saja walaupun PAS mungkin akan berdemo membelanya. Kejahilan mengenai Islam bukan alasan kerana beliau tinggal di negara Islam dengan umat Islam sebagai majoriti. Patrick Teoh wajib meminta maaf, sebagai seorang yang bertamadun, berpelajaran dan sebagai Kristian yang baik. 

Semoga episod ini bukan sahaja menjadi pengajaran kepada beliau, tetapi juga kepada semua Umat Islam dan rakyat Malaysia dari berbagai kaum dan agama. Adalah penting untuk kita semua bersatu dan menghapuskan prasangka buruk serta kebencian sesama sendiri sebelum terlambat. Jangan membiarkan keghairahan pemimpin politik untuk berkuasa mempengaruhi pemikiran rasional kita. Kita telah hidup aman damai selama beberapa dekad, kenapa kita perlu menukar keadaan ini hanya kerana kebodohan orang-orang politik?

Sementara itu,
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, pihaknya berpegang pada pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...