Showing posts with label Tahun Melawat Malaysia 2014. Show all posts
Showing posts with label Tahun Melawat Malaysia 2014. Show all posts

Saturday, 19 January 2013

Sekitar Karnival Pelancaran Promosi Visit Malaysia 2014

Sebentar tadi teman sempat singgah di Karnival Pelancaran Promosi Visit Malaysia 2014. Meriah sungguh dgn kehadiran pengunjung di Bukit Jalil. Antara yg mengambil bahagian dalam pameran agensi ialah Kementerian Belia dan Sukan. Disisipkan beberapa gambar-gambar untuk tatapan kome semua..heeee

-

Friday, 18 January 2013

Malaysia destinasi paling popular



Malaysia menduduki kedudukan nombor satu daripada 50 buah negara untuk menjadi destinasi pelancongan mesra pelancong Islam menerusi satu kaji selidik yang disiarkan semalam.

Firma perunding pelancongan di sini, Crescentrating, mengendalikan kaji selidik itu.

Ia memberikan penarafan kepada negara-negara berkenaan berdasarkan layanan yang disediakan kepada pelancong-pelancong Islam seperti makanan dan perkidmatan halal.

Kaji selidik itu menggunakan beberapa kriteria seperti tahap keselamatan sesebuah negara, kemudahan mendapatkan makanan halal, mengerjakan solat dan sama ada hotel-hotelnya dapat memenuhi keperluan para penginap beragama Islam.

Berdasarkan skala satu hingga sepuluh, Malaysia menduduki tempat pertama dengan memperoleh gred 8.3. (Kosmo)
-

Thursday, 17 January 2013

Perkhidmatan LRT Percuma Untuk Orang Ramai Sertai Karnival Kempen Promosi VMY 2014



PUTRAJAYA: Perkhidmatan LRT percuma laluan Ampang ke Bukit Jalil akan disediakan untuk orang ramai yang menghadiri karnival kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY 2014), kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata perkhidmatan percuma itu akan bermula pada 6 petang hingga 12.00 tengah malam bagi menggalakkan kedatangan orang ramai dan menyedarkan mereka tentang pentingnya VMY 2014.

RapidKL akan juga menyediakan perkhidmatan pergi balik antara Taman Teknologi Malaysia ke Bukit Jalil pada hari pelancaran, katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan kempen itu pada jam 8.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil dan mencabut nombor hadiah utama.

Dr Ng berkata antara penaja hadiah terbesar ialah Naza Two Wheels Sdn Bhd yang menyumbang motosikal Naza Blade 250cc bernilai RM18,000, sementera penaja lain menghadiahkan basikal, pakej percutian, tiket penerbangan dan lain-lain.

Lagu tema bagi VMY 2014, persembahan Ella akan turut dilancarkan di majlis itu. Dr Ng berkata Malaysia mensasarkan sejumlah 28 juta pelancong antarabangsa bagi VMY 2014.

"Kami terus memfokus kepada pasaran sedia ada seperti India, China dan Timur Tengah.

"Namun, kami ingin juga membuka pasaran baru dari Kazakhstan, Rusia dan Amerika Syarikat," kata beliau. - BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...