Showing posts with label Agenda Kristian. Show all posts
Showing posts with label Agenda Kristian. Show all posts

Thursday, 28 February 2013

Manifesto Pakatan Rakyat Jadikan Kristian Agama Rasmi


Bila perhatikan balik logo manifesto Pakatan Rakyat uyang dilancarkan baru-baru ini, sungguh mengejutkan teman. Sebelum ini didedahkan logo Manifesto PR itu menyerupai lantai golongan Freemason. Tapi ini lebih jelas dan nyata lambang salib terletak antara yang lain. Apakah agenda menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian?

Teman tertanya-tanya, dimanakah peranan PAS yang begitu kecoh melaungkan negara Islam tapi senyap bila berhadapan dengan DAP dan PKR. Suara-suara pemimpin PAS bagai bisu dan tak bermulut bagai ditutup. Dimanakah terletak hudud PAS? Jelas sekali, PAS hanya bermain politik untuk mendapatkan undi tapi sebenarnya tidak berniat ikhlas untuk melaksanakan undang-undang Islam. Islam dengan mudah dipermainkan...
-

Wednesday, 30 January 2013

Kursus Kahwin Jadi Kursus Kristiankan Remaja Islam


Apa cerita der! Kantoi le pulak! Teman pun hairan mengapa cybertrooper Pakatan Rakyat yang mendakwa hebat dalam segala segi beriya-iya nak pertahankan puak-puak yang nak kristiankan remaja Islam. Pelik jugak! Berlagak pandai tapi bodoh. Kerana sekeping gambar mendakwa telah diedit oleh blogger picisan UMB. Adeehh!! Berbaloikah mengedit semula sebuah pembongkaran sebenar kononnya UMNO penyebar fitnah? Mengapa nak ditutup perkara yang sebenar?

Adakah cybertrooper Pakatan Rakyat ini ingin menutup segala pembongkaran blogger picisan yang mahu menyelamatkan saudara-saudara Islam dari terjerumus dalam lembah murtad? Sanggup pulak kome mengubah dan mengedit semata-mata untuk mengatakan UMNO berbohong? Cubalah bertaubat!!! Memang tahap Cipan betul!

Referer : ASSU dan Waris Amp
-

Friday, 18 January 2013

Islam Dihina, Patrick Teoh, dan Agenda Membenci Islam



KANG NASIR Kita sedia maklum bahawa penyokong PAS percaya bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Tetapi, pelik sekali apabila PAS atau pemimpin PAS dihina mereka marah, bila Islam atau orang Islam dihina mereka membisu, atau kalau marah pun secara berlapik dengan belitan-belitan indah agar musuh Islam tidak tersinggung. Contohnya apabila pemimpin DAP mengutuk tindakan orang Islam yang berdemo menentang filem yang menghina Rasulullah SAW PAS membelanya atas alasan beliau bukan Islam dan tidak faham Islam. 

Dan baru semalam, perkara yang hampir sama berlaku, apabila Patrick Teoh menyumpah-nyumpah di dalam laman sosialnya kerana tidak puas hati dengan larangan yang dikenakan dalam persembahan hiburan di Kedah. Walaupun larangan tersebut telah ditarik balik oleh PAS, seperti yang dijangka, tetapi kemarahan Patrick Teoh telah pun diluahkan dan sudah terlambat untuk beliau menafikannya. 

Apa yang diluahkan oleh Patrick menggambarkan kebencian dan marah yang amat sangat, bukan terhadap tindakan PAS tetapi terhadap Islam kerana beliau tentunya turut terpedaya kononnya Islam itu PAS dan apa yang PAS lakukan pastinya selari dengan Islam. 

Mudah kita menyalahkan PAS dalam hal ini, tetapi kita tidak harus mengenepikan hakikat kebencian dan kemarahan Patrick yang tulen dan asli, iaitu yang datang dari dalam lubuk sanubarinya terhadap Islam. 

Mudah juga kita menepis dengan berkata Patrick bersikap demikian kerana tersalah faham mengenai Islam tetapi apakah ini benar? Kenapakah kita perlu memberi alasan bagi pihak Patrick sepertimana PAS sering memberi alasan bagi pihak DAP? 

Terdapat kemungkinan bahawa kebencian Patrick terhadap Islam itu adalah semulajadi dan tanpa sebab atas dasar Evangelisme atau perjuangan Kristian sejati? Jika benar, apakah semua penganut Kristian di Malaysia berkongsi kebencian yang sama terhadap umat Islam? Sedangkan, kedua-dua agama menyeru kepada perdamaian, malah terdapat ayat khas mengenainya yang wajib dipegang oleh orang Islam iaitu ‘untuk mu agamamu dan untukku agamaku’. 

Sekiranya kebecian seperti itu benar wujud maka tidak mustahil ia sedang merebak serta semakin membara di kalangan masyarakat Kristian. Dan kenyataan Patrick yang langsung tidak berlapik dan tidak berfikir panjang adalah bukti bahawa masyarakat Kristian semakin biadab kerana sengaja mencabar umat Islam agar berhadapan dengan mereka. 

Cabaran ini dibuat kerana mereka melihat umat Islam semakin lemah. Apatah lagi apabila PAS yang kononnya simbol Islam itu sendiri asyik membuat U-turn, flip-flop dan terhegeh-hegeh membontoti Kristian DAP. Isu murtad, Injil berbahasa Melayu dan kalimah Allah adalah ujian tertinggi dalam mencari ukuran tepat kekuatan Islam di Malaysia. 

Dan apa yang dapat dilihat ialah umat Islam begitu sukar untuk bersatu untuk mempertahankan kesemua isu yang melibatkan akidah ini, malah sanggup bertekak sesama sendiri kerana satu pihak enggan mempertahankannya. Hanya sehari dua ini, sejak bertahun-tahun lepas, PAS akhirnya turut bersetuju dengan UMNO bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab agama lain. Itupun tanpa mengakui kesilapan lalu dan tanpa menghulurkan tangan tanda berpegang pada pendirian yang sama dengan UMNO. Pendek kata, permusuhan dan perpecahan tetap kekal di kalangan umat Islam walaupun pada dasarnya mereka bersetuju dalam isu ini. 

Inilah yang UMNO khuatirkan sehingga memaksa parti itu beberapa kali sanggup merendah diri menghulur tangan persahabatan kepada PAS. Namun, setiap kali juga ditolak mentah-mentah oleh PAS sambil tangan mereka merangkul erat Kristian DAP. Mana-mana pemimpin PAS yang bernada sama dengan UMNO akan dipecat, ditekan atau dianak-tirikan, konon pembelot. 

Lebih dahsyat lagi apabila Amanat Hadi yang menjadi akar kepada perpecahan ummah yang paling tragic iaitu sehingga menyebabkan pertumpahan darah, penceraian dan putus saudara masih terus terawang-awang, iaitu boleh dipegang atau boleh juga dilepaskan, terpulang kepada penyokong PAS itu sendiri. Selagi ia terawang-awang, selagi itulah penyatuan umat Islam menjadi sukar, malah mustahil. Apatah lagi apabila dicelah-celah itu, Nik Aziz juga telah menambahkan lagi arang dan minyak ke dalam Amanat ini dengan memberi gambaran bahawa UMNO murtad. 

Atas semua yang berlaku inilah maka puak Kristian semakin naik tocang kerana mereka tahu, yang PAS akan sentiasa membela dan menyebelahi mereka biarpun mereka memijak-mijak AlQuran di hadapan mata PAS. Mereka yakin, pasti ada pemimpin PAS yang memberi alasan bahawa tindakan itu tidak salah kerana dilakukan oleh bukan Islam yang tidak faham Islam. Lalu, umat Islam lain pun menjadi serba-salah kerana yang berkata demikian adalah PAS, dan PAS itu adalah Islam, mengikut fahaman mereka. 

Apapun, Patrick Teoh tidak boleh dilepaskan begitu saja walaupun PAS mungkin akan berdemo membelanya. Kejahilan mengenai Islam bukan alasan kerana beliau tinggal di negara Islam dengan umat Islam sebagai majoriti. Patrick Teoh wajib meminta maaf, sebagai seorang yang bertamadun, berpelajaran dan sebagai Kristian yang baik. 

Semoga episod ini bukan sahaja menjadi pengajaran kepada beliau, tetapi juga kepada semua Umat Islam dan rakyat Malaysia dari berbagai kaum dan agama. Adalah penting untuk kita semua bersatu dan menghapuskan prasangka buruk serta kebencian sesama sendiri sebelum terlambat. Jangan membiarkan keghairahan pemimpin politik untuk berkuasa mempengaruhi pemikiran rasional kita. Kita telah hidup aman damai selama beberapa dekad, kenapa kita perlu menukar keadaan ini hanya kerana kebodohan orang-orang politik?

Sementara itu,
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, pihaknya berpegang pada pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.
-

Sunday, 13 January 2013

Akibat Kalimah Allah Digunakan Oleh Kristian

Inikah Yang Kome Mahu?


Teman nak berkongsi pengalaman seorang sahabat yang pernah tinggal dan belajar di Indonesia. Sahabat ini ingin berkongsi pengalaman mengenai penggunaan Kalimah Allah yang digunakan oleh agama Kristian di Indonesia. Baca dengan berlapang dada.

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..

wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..

Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia

Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi jika masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.

Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.

MOHON SEBARKAN DAN SHARE
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...