Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Friday, 22 March 2013

U Ulang I Saman! I Saman! U Ulang! Apa Macam?



Adeeh! Macam mana nih! U Ulang, I Saman, I Saman, U Ulang! Ok tak! Baru la fair and square. Patut-patut la, Ingat dia sorang je boleh buat macam-macam. orang lain tak boleh! Semua video dah nak keluar! Warna lagi tu! Apa macam? Sandiwara jugak kah? heee

Menurut laporan Utusan,

Menurut Rahim, Datuk Shazryl Eskay memberitahu beliau bahawa dia telah diekori dan dihubungi oleh beberapa orang individu yang tidak kenali yang meminta beliau agar menandatangani satu surat pengakuan sumpah, bahawa video tersebut hanyalah satu konspirasi dari pihak tertentu.

“Cerita Datuk Eskay pada saya, beliau telah diekori dan dihubungi oleh beberapa individu yang tidak dikenali untuk tukar pengakuannya. Kata Datuk Eskay, individu tersebut cuma mahu dia menandatangi satu surat yang telah pun disiapkan untuk menukar dakwaannya tentang video seks tersebut.

“Ceritanya lagi pada saya, jika dia menandatangani surat pengakuan sumpah tersebut, dia boleh sebut berapa sahaja jumlah wang yang dia mahu sebagai imbuhan dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaunnya baik di dalam ataupun di luar negara,” jelas beliau dalam satu sidang media yang diadakan di bangunan Risda Jalan Ampang di sini hari ini.

Sidang media tersebut pada awalnya dijadualkan diadakan bersama dengan Datuk Shazryl Eskay namun di atas faktor-faktor keselamatan, beliau dinasihatkan untuk tidak hadir di dalam sidang media itu.

Bagaimanapun Rahim memberitahu, setakat ini hanya Datuk Eskay sahaja yang dihubungi oleh individu tersebut manakala beliau dan Datuk Shuib Lazim masih tidak mendapat tawaran sebegitu dari mana-mana pihak berhubung pendedahan video seks tersebut.

Seterusnya, beliau menegaskan bahawa cubaan pihak tertentu untuk memujuk dengan menawarkan imbuhan sejumlah wang yang besar itu adalah satu perbuatan yang sia-sia kerana beliau, Datuk Shazryl Eksay dan juga Datuk Shuib Lazim tidak akan berganjak dari kenyataan mereka sebelum ini.

“Saya nak nasihatkan mereka jangan buang masa. Apa yang kami dedahkan itu adalah satu perjuangan dan pengorbanan kami bertiga dan ianya bukanlah untuk dijual beli. Kami hanya mahu menegakkan kebenaran.

“Kami bukan seperti sesetengah orang yang boleh membuat u –turn dengan menjual harga diri mereka. Melihatkan dengan usaha intensif sesetengah pihak ini untuk memujuk Trio Dato T, khususnya Datuk Eskay, maka saya mengadakan sidang akhbar ini untuk mendedahkan modus operandi mereka,” tegasnya.

Beliau hari ini sekali lagi mengulangi kenyataan, bahawa beliau, Datuk Eksay dan Datuk Shuib menegaskan bahawa Anwar Ibrahim adalah individu yang terlibat di dalam video tersebut.

“Video tersebut sudah kita hantar kepada beberapa pakar untuk diperiksa baik di dalam mahu pun di luar negara untuk membuktikan video tersebut adalah tulen, bukannya diedit dan sebagainya. Jika sebelum ini Anwar berkata, U Ulang I saman, maka hari ini saya nak ulang sekali kenyataan kami sebelum ini, bahawa beliaulah individu di dalam video tersebut.

“Dan jika Anwar mahu menyaman kami dipersilakan dan sekiranya ini berlaku, maka kita mempunyai peluang untuk menegakkan kebenaran tentang siapa fitnah siapa dalam isu video seks ini di dalam mahkamah,”akhiri beliau. (UTUSAN)
-

Sunday, 17 March 2013

PANAS: Babak Jijik Homoseksual Yang Patut Kome Ketahui!


Teman pun tak tahu bagaimana cara dan kaedah golongan jijik Homoseksual ini berinteraksi sesama mereka. Babak ini didedahkan oleh facebooker ASSU yang menunjukkkan formula yang sama digunakan dalam babak yang tersebar meluas baru-baru ini yang didakwa mirip Ketua Pembangkang.

Di sebelah kiri adalah gambar yang didakwa Ketua Pembangkang bersama pasangan lelakinya dan cara mereka menyerupai cara yangg sebelah kanan sebelum babak jijik itu bermula. Adeeh! Nak muntah der!!!!wekwekwek!!!..
-

Saturday, 16 March 2013

ADEEH! Anwar Nafi Tapi Gambar Macam Dia Je! Macamana ek?



Adeeh! Macam serupa! Tak mengaku! Mungkin silap orang la kot! Wajah dalam video ni mirip-mirip je. Perutnya buncit sikit dan punggungnya tak berisi pun! Bukan dia..mesti bukan..Sebab apa? Sebab dia dah nafi, jadi bukan la. Adusss! Senang je! Kome nilaikan lah..Orang yang buat aksi ngeri dan geli dalam video ni pun UMNO yang salah. Sandiwara je tu!heee...

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau lelaki di dalam gambar yang disiarkan beberapa blog awal minggu ini, kononnya diambil dari sebuah video seks.

"Saya sudah katakannya (saya menafikannya).

"Ini adalah gimik politik jijik yang dilakukan oleh Umno," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog anjuran Kelab Anwar Ibrahim di Hotel One World pada Sabtu.

Anwar menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan cubaan untuk memburuk-burukkan beliau bagi tujuan politik.

Ketika ditanya jika beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Anwar berkata beliau akan membiarkan peguamnya untuk memutuskan mengenai perkara itu.

"saya tidak tahu lagi. Saya akan biar peguam saya menguruskannya," kata Anwar.
-

VIDEO PANAS : Video Aksi Panas Mirip Ketua Pembangkang Pula Tersebar!

Adeeh! Dah jadi bualan hangat sejak semalam di alam maya. Gambar panas yang menjijikkan aksi hubungan sejenis sesama lelaki yang didakwa mirip Ketua Pembangkang tersebar hangat di pasaran.

Terkini video aksi tersebut pula tersebar di ruang maya. Mari kita ikuti bibit-bibit aksi jijik lelaki-lelaki yang nabi tak mengaku umat! Jauhi la pemimpin ini jadi PM..ptuii!!!
-

VIDEO PANAS! Portal Pakatan Rakyat Siar Full Version, Ada Berani? U Ulang I Saman!

Teman perhati-perhati dan singkap-singkap akhbar dan portal online milik dan pro Pakatan Rakyat, tiada satu pun mengulas tentang isu gambar mirip Ketua Pembangkang yang tersebar sejak semalam lagi (KLIK SINI). Teman pun hairan deme ni tak nak pertahankan Bos deme ke? Habis semua facebook, twitter dan blogdihujani dengan gambar-gambar jijik hubungan sejenis lelaki sesama lelaki bertebaran di alam maya.

Teman rasa la, deme dah tak larat nak pertahankan Bos deme ni sebab memang perkara jijik tu terjadi . Bukan direka-reka. Video tu besi der! Tapi mahkamah tak kira tu der! Bos deme pun tak berani nak bersumpah laknat. Nanti takut jadi macam P Bala yang terus kojol sebab termakan sumpah..adehh!!!
-

Thursday, 14 March 2013

XCLUSIVE VIDEO: Wajah Talibarut Pengganas Sulu Terbongkar!


Tu dia! Video perancangan pengganas Sulu untuk menyerang Sabah kini terbongkar. Punya celakanye pengganas ini. Tengok muka-muka laknat ni. Mohon sebar-sebarkan supaya anggota keselamatan dapat kenalpasti sekor-sekor pengganas yang mungkin sedang menyamar sebagai orang awam di Lahad Datu..

Ikuti terjemahan perbualan pengganas Sulu dalam video ini

Di awal perbualan...


"bang kamu awn pustu/pusu (kurang jelas awal perbualan)

klu kmu ada pusu (pusu=pengangkutan jenis laut yg mampu menampung 20-30 org)

manjari kumandan = boleh pinjam

yang tua keparat yang menanggalkan topinya....


berkata "kita tak boleh ke lahad datau buat je la panggilan suruh mereka ke lahad datu di sana PUSU kita"



http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=xu62haEiXyQ
-

Saturday, 23 February 2013

Video : Giliran Anwar Ibrahim Pula Dimalukan


Hah! Baru padan muka. Baru tau rakyat dah tak suka kat Pakatan Rakyat. Kali ini Pakatan Rakyat nak buat gimik gila. Tapi rakyat kata "NO". Apa nak kata. Pedih der!!!

Speaker: Are You Ready For Pakatan Rakyat!

Crowd: No

Speaker: Are You Ready For Pakatan Rakyat!

Crowd: No No No..

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TySNPKIK6LI
-

Video Terbaru Anwar Ibrahim Tersebar

Wah! Ada video terbaru Anwar China Doll ni. Video-video ni menggambarkan wajah sebenar Anwar. Ada 4 video yang berbagai-bagai versi watak Anwar. Fikir-fikirkan lah..

-

Friday, 22 February 2013

PANAS! Dr Fadzillah Kamsah Dimalukan..



Teman terasa apa yang Datuk Dr Fadzilah Kamsah rasa. Teman turut bersimpati apa yang telah menimpa Dr Fadzillah ni. Apa yang teman nak ulas mengenai puak-puak PAS ni yang tak boleh nak terima kritikan hingga ada yang sanggup menjadi keluarga Dr Fadzillah Kamsah ni dalam bahaya. Teman rasa ini sudah melampau. Adakah puak-puak dalam PAS ni maksum hingga tak pernah membuat dosa. Dah confirm ke masuk syurga ke? Silap haribulan neraka jahanam lah tempatnya! Baik sangat kah? Apa yang telah dibongkar sebelum ini, macam-macam perangai tak senonoh pemimpin-pemimpin PAS hingga berzina dan curi bini orang pun ada. Itu apa? 

Jangan jadikan agama sebagai batu loncatan untuk menghalalkan cara. Pada puak-puak PAs ni, deme aja yang boleh masuk syurga. Semoga Allah membalas ketaksuban deme-deme ni.

KENYATAAN MEDIA DR FADZILAH KAMSAH

Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.

Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam. 

-Dr Fadzilah Kamsah-
-

Monday, 18 February 2013

GEMPAR : Video Panas Perdana Menteri Masuk Pasaran Antarabangsa


Adeeh! Macamana boleh jadi gini ni. Video ni pun laku ke? Ada ke orang nak beli. Teman sendiri pun tak larat nak tengok. Siapa punya video ni? Cepat mengaku. cepattt!!!

Siapa lagi kalau tak video yang dikaitkan dengan Anwar China Doll tu la. Hebat jugak ek! Dah masuk pasaran antarabangsa. Boleh bangga weh! heee...

Sumber Foto
-

Sunday, 10 February 2013

Video Tok Pa Kena Sebat!



Kejadian ini berlaku di dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Pasir Pekan, Kelantan petang semalam dan amay memalukan bila kehadiran yang tidak sampai 100 orang.

Berlaku satu kejadian yang amat mengaibkan apabila satu patung replika ber"muka"kan Menteri MITI, Datuk Mustapha Mohamed disebat oleh Aktivis R yang mana menurut sumber hanya tahu mengambil duit dana ceramah untuk menjalankan aktiviti yang tiada impak langsung dalam menarik anak muda kepada pakatan haram.

MI dengar ketua kumpulan ini pun bukannya asal anak Kelantan dan isterinya agak seksi satu ketika dulu, betul ke isterinya xxx dulu baru nikah ? (tunggu MI keluarkan gambar ketua kumpulan ini dan cerita isterinya sebelum nikah)

Lihat video pendek kurang ajar dan biadap DISINI.

-

Sunday, 27 January 2013

Video Kucing Tengah tut.tut..Hangat di Internet

Teman tak nak komen apa-apa. Teman nak gelak guling-guling. Sakit peruk tengok telatah kucing ni. Macam-macam la dunia sekarang. Ini teman dapat dari blog Katak Comel. Seekor kucing berdiri tegak sambil menggosok-gosok kaki depannya di perut menjadi topik trending yang hangat di China. Kucing itu kelihatan seolah-olah sedang melakukan onani. adeeeh!! Biar betul! Cerita macam ni pun jadi trending ek!heee..

Kome tengok la video kucing gatal tu DISINI
-

Thursday, 24 January 2013

JANGAN TIRU AKSI INI : Video Alvin Tan dan kekasihnya Vivian Lee Kembali!


Kisah  Alvin Tan yang tidak serik kena maki hamun dari penduduk Singapura dan penyingkiran beasiswanya tidak menghentikan "kenakalan" mahasiswa undang undang National University Singapore (NUS) itu. Kali ini Alvin and The Chipmunk meneruskan video-video lucah dan haram menunjukkan keegoan dan mencabar batasan kemaluan manusia. Kali ini Alvin memilih untuk tidak memaparkan perbuatan intimnya. Mahasiswa kontroversi ini memilih video yang lebih "halus" kandungannya. Bersama dengan Vivian, dia melancarkan program khusus di Youtube dengan nama "SexcussionAlvivi". Dalam ertikata lain, perbincangan seks secara terbuka.

Teman nak ulas tentang  Alvin and The Chipmunks ni, kalau kome nak tengok selanjutnya, tengok kat SINI. Cuma teman nak ulas bagaimana hak kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang dimanipulasi dan disalahguna oleh individu-individu. Inilah perjuangan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang berdemo dijalanan menuntut kebebasan bersuara dan hak asasi manusia seperti acuan barat ini. Apa yang berlaku di Singapura sewajarnya dijadikan panduan dan teladan supaya anak-anak bangsa kita tidak terikut-ikut dan bagaimana jika hak kebebasan bersuara dan hak asasi manusia ciptaan barat itu mempengaruhi anak-anak bangsa Malaysia.
-

Friday, 18 January 2013

Sharifah Zohra Kena Beri Penjelasan, Bawani Kena Serah Video


Teman masih lagi mengulas isu di UUM. Isu Bawani agen PSM dan DAP ni tak berhenti lagi. Kenyataan  Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak rasanya boleh membuka minda semua pihak. Menurut kenyataan di Sinar Harian, beliau kesal dengan insiden membabitkan mahasiswa pusat pengajian itu dan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang heboh diperdebatkan sekarang.

Akur soalan yang diajukan oleh KS Bawani agak kasar bunyinya, Sharifah Zohra juga katanya, boleh memilih untuk menjawab secara profesional dan berhemah.

"Apa yang berlaku itu saya agak kesal kerana cara soalan itu dikendalikan, saya rasa boleh dengan cara yang lebih baik, cara soalan itu dijawab juga agak keras dan agak kasar, agak kurang sesuai.

"Saya terkilan dengan pendekatan dia menjawab soalan yang saya kira agak kurang profesional lah," ujar beliau di sini semalam.


Menurut Mustafa, soalan diajukan Bawani itu juga telah melepasi waktu sesi soal jawab, sebaliknya ketika itu sedang berlangsungnya acara cabutan bertuah.

"Masa soalan sudah habis sebenarnya tapi dia bercakap tak berhenti-henti. Panel itu cuba memberhentikan dia tetapi tidak berjaya. Jadi sebab itu berlaku seperti pertikaman lidah,"

Teman rasa video Part 1, Part 2, Part 3 perlu didedahkan untuk menggambarkan keadaan sebenar. Dimana video tu? Mengapa tidak diupload atau ada agenda tersirat atau agenda jahat pihak tertentu? Fikir-fikirkan lah!..

-

Tuesday, 15 January 2013

Bawani UUM Acuan Anarki Parti PSM dan DAP Didedah

Macam adik abang..heee
Kisah satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bertajuk ‘Seiringkah Mahasiswa Berpolitik’ menjadi topik panas kebelakangan. Memang panas.  Video Youtube Sharifah Zohra Jabeen Vs Miss Bawani yang memuatkan rakaman forum telah dimuat naik dan telah mendapat komen-komen panas mengutuk Sharifah Zohra Jabeen yang juga Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M).

Teman tak berminat untuk mengulas tentang siapa yang salah, dan siapa yang benar. Sharifah Zohra bukanlah ahli politik yang mempunyai cara yang kurang menyenangkan menangani forum-forum seperti itu. Yang menjadi tanda tanya, siapakah seteru Sharifah Zohra ini? Mis Bawani..Seorang macai ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Mis Bawani dikatakan sebagai sebagai alat Parti Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan DAP melalui bukti-bukti yang didedahkan oleh Blogger Daeng Selili. Dakwaan Blogger Daeng Selili ada asasnya dan teman rasa Blogger Daeng Selili lebih arif dengan agenda Mis Bawani yang digelar "The Little Ambiga" ini.   Mis Bawani dikatakan adalah alat kepada parti PSM dan DAP untuk meracun pemikiran pelajar UUM dan ternyata pelajar UUM tidak termakan dengan dakyah sosialisnya. Akhirnya beliau telah ditendang keluar (Kick-out) KALAH didalam pilihanraya kampus September 2012 lepas. Rupanya dah kalah weh!
Logo Parti PSM

Lagi Bukti Bergambar Bawani sebagai Proksi DAP dan PSM

Untuk menjadi terkenal dan dilihat oleh mahasiswa, macam-macam cara Mis Bawani ni buta termasuk lah insiden di forum tersebut.Bukti dah nyata didepan mata bahawa Mis Bawani ini adalah macai yang digunakan untuk memporak perandakan apa-apa juga majlis dan agenda yang dijalankan di UUM. Fikir-fikirkan..

Continue Reading (CLICK HERE)

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...