Monday 1 April 2013

Calon Parachute PKR: Kesian Pemimpin Akar Umbi


PKR dan PAS adalah 2 parti yang kerap menggunakan kelebihan sedia ada orang lain untuk kepentingan politik mereka sendiri, lebih lagi dalam nak mencari calon pilihanraya.  Berbeza dengan DAP yang bergantung kepada gerak kerja di kawasan yang diidamkan dan sentimen perkauman – dalam banyak hal orang cinalah, untuk penentuan calon.

Sebab itulah, walaupun banyak yang digebang DAP tentang status parti tersebut sebagai parti pelbagai kaum, DAP tidak pernah mencabar UMNO di kawasan majoriti Melayu, dia pun pandai takut kalah.

Tapi penulis akan jelaskan tentang perkara tersebut di lain masa, malam ini tujuannya nak mengajak rakyat melihat sendiri bagaimana mudahnya menjadi calon pilihanraya PKR.  Lupakan sekejap PAS sebab parti itu hakikatnya tidak lagi mampu memberi saingan kepada UMNO/BN berikutan isu kalimah Allah dan hudud yang digugurkan dari Manifesto Rakyat, Pakatan Rakyat.

Ahli PKR perlu bertanya, apakah tidak ada pemimpin akar umbi parti tersebut di Sabak Bernam, Johor Bahru dan Pasir Gudang sehingga calon-calon parachute diletakkan sebagai calon di kawasan tersebut.

Yang dimaksudkan ialah bekas professor Undang-Undang UIA, Aziz Bari (Sabak Bernam), bekas panglima-panglima ATM, Jen (B) Md Hashim dan Lt Jen (B) Abdul Ghafir, masing-masing di calonkan PKR di Johor Bahru dan Pasir Gudang

Walaupun ketiga-tiga kawasan tersebut secara hakikatnya adalah kawasan yang sukar untuk dimenangi calon pembangkang dan pencalonan ketiga-tiga mereka ini diibaratkan seperti ‘menyerahkan kepala untuk dipenggal’, tapi ketiadaan pemimpin akar umbi PKR di kawasan tersebut untuk dicalonkan, masih menjadi tanda soal.

Penulis katakan ‘menyerahkan kepala’ sebab BN menang dengan majoriti besar di dua dari tiga kawasan parlimen tersebut.  Di Pasir Gudang, calonnya Datuk Seri Khaled Nordin menang dengan majoriti 17,281, Johor Bahru, Tan Sri Shahril Samad menang dengan majoriti 25,349.

Sementara di Sabak Bernam, kerusi itu memang tradisi di menangi dengan majoriti besar oleh BN tapi kerana protes dan masalah yang melanda BN di Selangor  pada 2008, menyebabkan BN hanya menang dengan majoriti rendah iaitu sebanyak 1,335 undi sahaja.  Kita yakin dengan banyak pemulihan yang berlaku sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih, keadaan akan kembali seperti sedia kala dalam PRu13.

Orang PKR dikawasan terbabit dan kawasan lain yang mempunyai sindrom yang sama, perlu bertanya kembali kewajarannya pimpinan masing-masing melayan mereka seperti itu.  Ghafir, Hashim dan Aziz Bari tidak sampai 2 tahun menjadi ahli PKR tapi telah diberikan penghormatan sedemikian.

Itu cakap secara amnya saja sebab Aziz Bari dah masuk PKR awal tahun sudah.  2 jeneral bersara itu masing-masing baru sertai PKR awal tahun ini sahaja tapi dah diberi ‘penghormatan’ sebagai calon pilihanraya PKR.  Kalau dia memang aktivis parti dari tapi calon luar kawasan, itu lain, masalahnya nak jadi aktivis parti macam mana, masuk pun tak sampai 3 bulan.

Dah jadi calon.

Penulis bukan nak kata apalah, tapi inilah nilai orang PKR yang sebenarnya. Hanya layak jadi penyokong rusuhan jalanan dan buat kerja-kerja kotor yang lain, bahagian yang sedap-sedap, Anwar serah pada orang lain untuk lahap.

Mykmu.net

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...