Sunday 31 March 2013

TU DIA! Janji Guan Eng Macam Hampas!


Janji Guan Eng macam-macam! Nak mansuh itu ini, Nak hapuskan Tol. Janji palsu untuk raih undi semata-mata. Bila dah menang, terus diam membisu bagi pelbagai alasan yang tak munasabah. Akhirnya Kerajaan BN akan dipersalahkan.

Isu tol Sungai Nyior pun masih tak boleh nak selesai. Macam-macam janji macam hampas. Terbaru, Sekumpulan penduduk Bagan, di sini mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang menunaikan janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya lepas untuk menghapuskan tol Sungai Nyior, di sini.
Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan, David Chua berkata, penduduk di kawasan berkenaan kecewa dengan sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng yang gagal menunaikan janji itu.
Katanya janji yang diberikan ialah sekiranya memenangi pilihan raya umum, tol Sungai Nyior akan dihapuskan dalam tempoh tiga tahun tetapi sehingga hari ini Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan masih gagal memansuhkan tol.
"Pengguna masih tetap membayar 50 sen setiap kali melalui tol berkenaan.
Bagaimana mereka (pakatan pembangkang) mahu mansuhkan tol lebuh raya utara selatan kalau tol 50 sen pun gagal dimansuhkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman berkenaan hari ini.
Kumpulan itu turut membawa pelbagai sepanduk dalam beberapa bahasa bagi menunjukkan ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan negeri yang gagal menunaikan janji itu.
"Mereka hanya pandai berjanji itu dan ini tetapi gagal menunaikannya dan saya berharap rakyat Pulau Pinang dapat membuka mata dan lihat apa yang mereka telah lakukan sepanjang tempoh lima tahun mentadbir negeri ini,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...