Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Saturday, 16 March 2013

Misi 'Trek For A Cause' Berlepas Ke Pergunungan Annapurna Nepal


Dua belas orang pendaki amatur Malaysia pada Khamis telah berangkat ke Kathmandu Nepal dalam misi menawan Laluan Thorung atau Thorung Pass di Pergunungan Annapurna, setinggi 5,416 meter.

Tetapi misi mereka ini bukan sekadar satu aktiviti riadah biasa.

Pasukan yang menamakan diri mereka sebagai The Monyets and Yaks atau The MY meletakkan misi untuk menawan salah satu laluan tertinggi di dunia itu dengan objektif tersendiri iaitu bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak yang tidak bernasib.

Mereka menamakan misi mereka ini sebagai 'Trek For A Cause'.

Misi ini dilancarkan dengan kerjasama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.


Misi Trek For A Cause ini berhasrat mengumpul dana sebanyak RM100,000.

Dan mereka menegaskan, kos pendakian dan misi mereka ini ditanggung sepenuhnya oleh diri mereka sendiri.

Hasil kutipan dana dari projek ini akan disalurkan sepenuhnya bagi tujuan membantu meningkatkan taraf kehidupan kanak-kanak yang tidak bernasib baik termasuk anak Orang Asli.

Sehingga kini program Trek For A Cause telah berjaya mengumpul sebanyak RM75,000 dari pelbagai pihak yang amat memahami tujuan misi ini dilaksanakan.

Salah seorang peserta projek, Azree Anis Zubedy, 42, berkata, misi ini amat penting bagi memastikan objektif sebenar mereka tercapai.

"Mungkin sebelum ini banyak program amal dilakukan, tetapi dalam pelbagai bentuk.

"Tetapi program kali ini dibuat bagi mengutip dana dan sekaligus disalurkan kepada tiga bahagian berlainan yang melibatkan pendidikan kanak-kanak kurang bernasib baik.

"Ia hanya fokus kepada satu tujuan sahaja iaitu pendidikan kanak-kanak yang tidak bernasib baik dan bagi saya ia adalah amat penting," jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui di LCCT, Sepang pada Khamis.

Azree yang mengendalikan syarikat perundingan pemasaran kepada individu atau organisasi berkata, pengalaman ini amat bermakna baginya kerana inilah buat pertama kali dia ke Nepal bersama pasukan The MY sejak mula aktif dalam aktiviti lasak ini dua tahun lalu.

"Sebelum ini saya pernah mendaki di Fuji dan Gunung Kinabalu dengan pasukan lain.

"Kali ini saya dapat rasakan perasaan agak lain sedikit kerana kali ini kami mendaki dengan satu misi penting," jelas Azree.

Menurut Azree, sebelum berangkat ke Nepal, dia telah menjalani persiapan bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

"Biasanya saya akan melakukan latihan di Bukit Gasing, Petaling Jaya. Ia sekurangnya-surangnya mampu mengekalkan tahap kecergasan yang mana kita tahu ia penting bagi aktiviti seperti ini," tambahnnya.

Turut menyertai program kali ini termasuk salah seorang peserta dari Pulau Pinang, Casey Ngo Saik Peng, 35 tahun.

Casey yang baru setahun mula aktif dalam aktiviti 'outdoor' ini amat teruja untuk menyertai "Trek For A Cause" kerana ia pengalaman pertama kali menawan laluan yang dianggap mencabar ini.



Tetapi pada masa yang sama, saya sedar tujuan untuk ke Nepal dan saya yakin program ini mampu menarik minat orang ramai bagi membantu pendidikan kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

"Mungkin banyak cara lain untuk membantu mereka, tetapi saya gembira kerana kami memilih dengan cara ini," jelasnya yang telah menjalani latihan di Penang Hill sebelum ke Nepal.

Seorang lagi peserta, Fong Chuen Fat yang mula menyertai pasukan ini pada tahun 2010 berkata, misi ini amat penting bagi memastikan masa depan kanak-kanak tidak bernasib baik diberi perhatian.

Chuen Fat yang bertugas sebagai Perunding Alam Sekitar turut memuji orang ramai yang sedar tentang kepentingan program ini.

"Dengan sokongan orang ramai yang turut menghulur bantuan, ia sekurang-kurang membuatkan kami lebih bersemangat bagi mencapai objektif program ini.

"Saya semenangnya menyukai aktiviti outdoor ini dan ia dianggap masa yang tepat untuk sama-sama membantu," jelas gadis kelahiran Kuala Lumpur ini.

Mengimbas kembali aktiviti mendakinya sebelum ini, Chuen Fat berkata, pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah ketika berda di Himalaya pada tahun 2011.

"Dengan cuaca dan pemandangan indah yang pernah saya lalui sepanjang hidup saya. Ia sukar digambarkan kerana panoramanya sangat cantik," jelasnya teruja.

Selain itu, Sathyabama isteri kepada ketua pasukan merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Perunding ERE, Dr G.Balamurugan turut menyertai program kali ini.

Sathyabama merupakan 'orang lama' dalam pasukan ini dan menganggap misi kali ini berbeza dengan program yang disertai tahun-tahun sebelumnya.

"Setiap program yang kami anjurkan mempunyai misi tersendiri dan peserta-peserta yang mengikuti kami adalah orang yang berlainan.

"Kami melakukan kerja-kerja amal tanpa paksaan dan saya gembira kerana program ini mendapat sambutan positif.

"Trek For A Cause ini adalah satu misi yang dianggap berlainan kerana kami bekerjasama dengan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.

"Sumbangan yang kami terima daripada orang ramai ini disalurkan terus kepada yayasan tersebut.

"Kami gembira dengan sumbangan setakat ini walaupun sasaran belum mencapai jumlah yang disasarkan," jelas Sathya.

Jelas ibu kepada dua anak ini, bersesuaian dengan minatnya dalam aktiviti outdoor ini, program ini diharapkan berjalan lancar.

"Kami akan berada di Nepal selama 17 hari dan berharap semuanya berjalan seperti yang dijadualkan.

"Setakat ini semua peserta berada dalam keadaan baik dan segala persiapan telah dibuat mengikut keperluan masing-masing.

"Malah saya sendiri juga turut menajalani persipaan fizikal dengan persiapan di Bukit Gasing, berenang, berjalan dan juga latihan gimnasium," tambahnya.

mstar




-

Wednesday, 13 March 2013

Match For Hope : Bolasepak Malaysia-Palestin Untuk Tabung Palestin @shaberyc


Pasukan bola sepak negara akan berentap dengan pasukan Palestin di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 26 Mac ini dalam satu perlawanan amal bola sepak antarabangsa bagi mengutip dana untuk Tabung Bantuan Rakyat Palestin dan Tabung Wira Negara Lahad Datu. 

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata hasil kutipan tiket dan derma, termasuk sumbangan badan swasta bagi menjayakan acara itu, akan dibahagi untuk dua tabung berkenaan. 

Beliau meminta orang ramai datang beramai-ramai memeriahkan acara itu sebagai simbolik dalam memapar semangat patriotik di samping menzahirkan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. 

Katanya, kejayaan penganjuran perlawanan amal itu akan menyerlahkan lagi keprihatinan seluruh rakyat Malaysia berbekal semangat 1Malaysia, yang berdiri teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin. 

Ahmad Shabery berkata ia juga akan menyerlah penghargaan seluruh rakyat kepada anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam mempertahan negara tercinta di Lahad Datu, Sabah sekali gus mengajak semua masyarakat menghayati nilai kedaulatan negara untuk sama-sama dipertahan. 

"Ini julung kali Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan perlawanan amal antarabangsa seumpama ini, ia diharap dapat menjadi satu usaha berterusan dalam membantu inisiatif keamanan, bukan sahaja untuk negara tapi juga buat keamanan di peringkat antarabangsa," katanya. 

Ahmad Shabery berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan logo acara perlawanan itu yang bertema "Voices of Malaysia, Match For Hope" di bilik mesyuarat bangunan Kementerian Belia dan Sukan di sini. 

Acara anjuran kementerian dengan kerjasama Majlis Sukan Negara, yang ditauliah Persatuan Bola Sepak Malaysia itu, bermula pada 8.45 malam dan jualan tiket grandstand RM150, terrace RM20 dan kanak-kanak RM10 diurus Ticket Hotline, Wisma FAM Kelana Jaya. 

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia, di ranking 159, bertemu Palestin, di ranking 153, ialah pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2011, yang berakhir dengan keputusan Palestin menewaskan Malaysia 4-3. -- BERNAMA
-

Thursday, 28 February 2013

Artikel 88 FAM tidak wajar canggah Fifa



MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memastikan Artikel 88 dalam statutnya tidak bercanggah dengan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Katanya, jika benar bercanggah, FAM harus melakukan pengubahsuaian.

"Kita perlu lihat isu ini, saya bimbang nanti sebuah organisasi seperti FAM akan mengalami masalah lain yang mungkin parah," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman penyerahan hak penganjuran sukan ekstreme Sasuke 2013, di Putrajaya, hari ini.

Artikel 88 itu yang memperuntukkan hanya presiden dan setiausaha FAM boleh mengkritik badan berkenaan mencetuskan kontroversi apabila ramai pemimpin anggota gabungan FAM dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan tersebut.

Terkini ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang digantung dua tahun enam bulan serta didenda RM39,000 kerana mengkritik badan induk bola sepak tanah air itu.

Tahun lepas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan digantung dua tahun setengah kerana kesalahan sama.

Sebelum ini dua bekas naib presiden FAM iaitu Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil turut dihukum FAM.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery juga menyarankan anggota gabungan FAM agar menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berhubung Artikel 88 itu pada mesyuarat agung badan berkenaan.

Mengulas isu lain, Ahmad Shabery meminta semua pasukan negeri meneliti dengan sebaik-baiknya latar belakang calon pemain import sebelum dibawa masuk ke negara ini.

Langkah itu bagi mengelak insiden yang menimpa pasukan Selangor apabila pemain importnya Ramez Dayoub dikenakan tindakan penggantungan seumur hidup oleh Persatuan Bolasepak Lubnan kerana mengatur perlawanan ketika mewakili negaranya.

"Kalau sudah digantung oleh persatuan di sana, peraturan disiplin itu perlu dipatuhi oleh Selangor. Kita tidak boleh ambil pemain yang telah dikenakan tindakan di negara asal," katanya. - Bernama
-

Tuesday, 19 February 2013

Sieh Kok Chi Disiasat SPRM Isu Dana MOM



KEMENTERIAN Belia Dan Sukan (KBS) menyerahkan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) untuk menyiasat dakwaan penyalahgunaan kemudahan dan dana oleh Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata PPS mempunyai kepakaran untuk melakukan siasatan dari sudut perspektif pengurusan.

"Adalah lebih baik jika kita serahkan kepada PPS dan bukannya diputuskan menteri," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Akademi Kemahiran Belia Golf dan Universiti Malaya, semalam.

Ahmad Shabery berkata, MOM merupakan badan yang paling penting untuk pembangunan sukan negara dan ianya perlu dikendali dengan baik dari sudut intergriti mahupun dari segi pengurusan.

"Sebarang aduan berkaitan dengan aspek pengurusan sukan boleh dilaporkan terus kepada PPS," katanya ketika diminta mengulas laporan media sebelum ini  bahawa Sieh dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperjelaskan aduan bahawa beliau menerima tajaan yang tidak mengikut peraturan untuk kontinjen negara ketika Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India.

Kok Chi juga didakwa memberi keterangan kepada SPRM berhubung laporan bahawa beliau membawa anak perempuannya ke Sukan Komanwel 2010.

Sementara itu, ketika dihubungi malam tadi, Kok Chi menyangkal kesemua dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu bentuk gangguan terhadap beliau.

"Kenapa saya diganggu dan saya sahaja menjadi sasaran oleh pihak tertentu yang saya sendiri tidak tahu siapa," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pemimpin veteran itu menafikan sekeras-kerasnya sebarang unsur salah guna kuasa atau dana seperti didakwa oleh pihak-pihak tertentu sejak memegang jawatan penting dalam badan induk pentadbiran sukan negara selama 21 tahun.

Bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berusia 74 tahun itu berkata, beliau memberi keterangan kepada SPRM pada lewat tahun lepas berhubung aduan mengenai tajaan pakaian trek untuk kontinjen negara ke Sukan Asia Guangzhou dan membawa anak perempuannya ke Sukan Komanwel di New Delhi.

Kok Chi berkata, beliau sudah memberi semua dokumen berkaitan termasuk akaun audit yang diluluskan dan resit-resit pembelian tiket penerbangan untuk anaknya kepada SPRM.

Beliau berkata, selepas memberi keterangan, pihak SPRM belum  menghubunginya untuk sebarang tindakan susulan.

Katanya, beliau dan pemimpin tertinggi MOM semenangnya diberi hak oleh tuan rumah penganjur temasya sukan untuk membawa isteri atau tetamu ke sesuatu temasya sukan.

Bagaimanapun, katanya, beliau menanggung segala perbelanjaan semasa membawa anak perempuan bersama ke temasya sukan kerana anaknya itu memerlukan pemerhatian khas.

"Kami termasuk Presiden MOM menjadi tetamu jawatankuasa penganjur untuk melawat sesuatu temasya sukan di luar negara atas perbelanjaan pihak penganjur.

"Kami diberi hak untuk membawa isteri atau tetamu atas tanggungan pihak penganjur," katanya.

"Saya tidak mengambil sesen pun duit MOM atau sumbangan penaja untuk kontinjen negara. Saya tidak perlu berbuat demikian kerana saya bernilai lebih sejuta ringgit," tegasnya.

Kok Chi berkata semasa mengambil alih jawatan itu dari mendiang Tong Poh Yen pada 28 November 1992, MOM hanya mempunyai sebuah bangunan dan akaun bank sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, katanya, badan itu kini mempunyai aset dua bangunan dan lebih RM20 juta dalam akaun badan itu.

Ditanya sama ada dakwaan yang dilemparkan oleh pihak tertentu sebagai usaha mencalar imej menjelang pemilihan MOM pada Jun ini, Kok Chi berkata, beliau tidak tahu sekiranya ada komplot untuk menjatuhkannya.

"Saya bangga untuk berkhidmat sebagai sukarela dan MOM adalah kebanggaan saya," katanya. - Bernama
-

Saturday, 9 February 2013

PANAS! Nazmi Faiz Hanya Makan Maggi di Portugal


Kepulangan Nazmi Faiz dari Portugal untuk beraksi di Malaysia sememangnya menjadi bualan mulut peminat bolasepak tempatan. Ramai yang mengkritik tindakan pemain muda ini yang dilihat sebagai satu langkah ke belakang untuk kariernya. Nazmi juga lebih banyak berdiam diri dari meluahkan faktor sebenar dirinya menamatkan kontrak bersama SC Beira-Mar.
Namun, tidak ramai mengetahui hal sebenar mengenai kesengsaraan Nazmi dalam meneruskan kehidupan di Portugal. Krisis kewangan yang dihadapi kelab Portugal itu menyaksikan gajinya sebanyak 2500 Euro sebulan dipotong hingga akhirnya tinggal 500 Euro sebulan.
Sumber rapat memberitahu, keadaan ini seterusnya mengakibatkan Nazmi sendiri mempunyai masalah untuk mendapatkan makanan hingga terpaksa makan maggi untuk mengalas perut. Dengan sumber kewangan yang terhad ini, Nazmi juga bermasalah dalam membayar sewa rumahnya sehingga akhirnya terpaksa merempat di rumah kawan.
Boleh dikatakan, kebajikan Nazmi disana terabai dan harus diingat, usia Nazmi masih terlalu muda berbanding beberapa pemain negara yang berkelana di Eropah sebelum ini. Kakak beliau yang menemani beliau pula hanya bertahan 3 bulan sebelum dihantar pulang ke Malaysia.
Kesusahan Nazmi ini telah dirujuk ibu bapa beliau kepada beberapa pihak yang berkenaan namun tiada tindakan yang diambil namun Nazmi tetap bertahan hampir enam bulan lamanya bagi merealisasikan impian dan harapan seluruh rakyat Malaysia.
Diberitakan lagi ketika cuti Krismas lalu dimana Nazmi dibenarkan bercuti, kebetulan seorang individu yang rapat dengan Nazmi sendiri iaitu datuknya telah meninggal dunia tetapi Nazmi tidak dibenarkan pulang ke Kuala Lumpur oleh Beira Mar pada waktu itu walaupun sudah mempunyai tiket penerbangan pulang.
Selepas episod sedih ini berlaku, Nazmi diminta pula untuk menandatangani satu kontrak baru dalam bahasa Portugal yang mana meragukan beliau. Selain itu Nazmi mahu dijual Beira Mar ke kelab Divisyen 4 Jerman. Setelah berbincang dengan ejen dan keluarga, pemain muda ini memilih pulang ke Malaysia buat masa ini untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
Situasi ini akhirnya diselamatkan PKNS FC yang menerima tawaran dari ejen Nazmi, Marco Guimaraes untuk membawa pulang Nazmi ke Malaysia dengan membayar wang perpindahan kepada Beira Mar.

Sumber : duniasukan.com
-

Thursday, 31 January 2013

Nama Datuk Eddy Choong akan diabadikan di Akademi Badminton

Kementerian Belia dan Sukan bercadang mengabadikan nama lagenda badminton negara, Datuk Eddy Choong Ewe Beng pada gelanggang di Akademi Badminton di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu akan dibentangkan dalam mesyuarat peringkat kementerian dan kabinet akan datang.
"Kita di peringkat terakhir untuk membina Akademi Badminton di Bukit Kiara. Mungkin di sana banyak tempat sama ada gelanggang, gelanggang utama yang boleh kita namakan di atas nama tokoh badminton dan sudah tentu nama Datuk Eddy Choong tidak boleh ditinggalkan.

"Sebelum ini pun kita telah abadikan nama Datuk Nicol Ann David bagi pusat squash iaitu Arena Nicol David," katanya selepas memberi penghormatan terakhir di rumah mendiang di Jalan Bell di sini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan pandangan daripada semua pihak bagi menghargai jasa lagenda badminton negara itu.

Ahmad Shabery menyifatkan mendiang sebagai seorang penggerak semangat rakyat Malaysia kerana berjaya mengubah pemikiran bahawa sukan badminton merupakan sukan yang boleh diterokai dan dikuasai orang Asia.

"Beliau mengubah pemikiran dunia badminton yang selama ini mengganggap permainan ini dikuasai oleh orang Eropah kerana orang Eropah menganggap mereka mempunyai kelebihan dari segi ketinggian, saiz badan yang besar.
"Tetapi Eddy Choong yang dianggap kecil pada waktu itu dan tidak mungkin dapat mengalahkan orang yang berbadan besar berjaya mengalahkan mereka. Orang kecil, tetapi bersemangat besar mampu mengalahkan kuasa besar," katanya.

Eddy Choong, 83, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan pendarahan di dalam perut di pusat pakar Loh Guan Lye di sini, Isnin lalu.

Mayat mendiang dijadual dibakar di Krematorium Batu Gantung, esok pada 2 petang. - BERNAMA

-

Tuesday, 29 January 2013

Twitter Nazmi Faiz telah dihack? Apa Barang der!


Teman malas nak campur urusan peribadi selebriti bolasepak negara ni. Macam-macam la deme ni. Terkenal bukan kerana kehebatan bermain bolasepak tapi terkenal dengan gossip dan skandal dengan perempuan. Popular kerana kes mahkamah dan penceraian yang tak selesai-selesai. Hebatnya bolasepak Malaysia.

Cerita terbaru skandal mengenai dakwaan Nazmi Faiz yang bekas kekasihnya yang dikenali dengan nama Tengku Fiella menjalinkan hubungan dengan Aidil Zafuan. Teman tak payah la cerita siapa deme ni sebab dah melambak-lambak blog dan media hiburan lain dah mencanang siapa selebriti sukan yang "terhebat" ini. Apa yang teman nak komen, isu-isu penafian dan tuduhan macam mulut tempayan nak pecah. Main hentam ikut suka. lama sosial jadi medan membuka aib masing-masing. Itu sudah bagus. Buat la selalu. Lain  kali apa yang ada dalam kain,pun cerita kat laman sosial masing-masing. Biar semua orang tahu apa ada dalam kain sendiri. Adeesss!!

Soal percaya atau tidak tentang skandal deme ni, terpulang kepada penilaian masing-masing. Teman secara peribadi susah nak cakap der! Kata kan tak, macam  je, Katakan ya, kira ya la jugak. Almaklumlah..(tak nak komen panjang, nanti kena saman der!). She said, "Only people that were close to me know me better", Yes.. rite. Kira ok la tu. Siapa yang kenal rapat dengan mike yang tau mike tu siapa. Ok fine. "For those outhere", you should know better than me, You know what I'm saying! ..peace...
-

Friday, 25 January 2013

KBS Dan AISA Beri Ransangan Besar Sukan Skuasy


Kementerian Belia dan Sukan telah menandatangani satu memorandum tiga tahun persefahaman (MoU) dengan Azlan Iskandar Skuasy Academy (Aisa) untuk melahirkan lebih ramai pemain bertaraf dunia.

Dengan kerjasama, Menteri Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, mereka berharap Malaysia akan berupaya untuk menghasilkan lebih banyak pemain bertaraf dunia untuk menggantikan tujuh kali juara dunia Nicol David.

“Terdapat 500 orang pelajar kini latihan di akademi di seluruh negara dan ini merupakan petanda baik bagi masa depan sukan di Malaysia,” tambah Shabery selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mohid berkuatkuasa Sabtu Mohamed dan Azlan Iskandar di Putrajaya semalam.

Tiga akademi telah dibuka di Bau (Sarawak), Kemaman (Terengganu) dan Seremban II (Negri Sembilan) tahun lepas.

Lima lagi akademi akan ditubuhkan tahun ini di Johor, Kota Baru, Pahang, Melaka dan Kuala Terengganu.

Shabery berkata Azlan Iskandar juga akan memperkenalkan Litar Skuasy Jelajah Malaysia yang melibatkan 10 negeri.

“Setiap kaki akan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM30, 000 dan ia akan dibuka kepada peserta antara umur 17 hingga 25,” kata Shabery.

Kaki pertama akan diadakan di Kemaman dari 15-17 Februari.

Azlan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan untuk membantu beliau untuk membiayai akademi.

“Saya akan terus mengenal pasti bakat-bakat baru dan memberi tumpuan kepada dandanan pemain kelas dunia,” kata Azlan, yang bersara dari bermain skuasy tahun lepas.

Azlan kelahiran Sarawak-pernah juara Asia dan pemenang pingat emas dalam Sukan Asia 2010 di Guangzhou.

Beliau juga memenangi 14 gelaran profesional dalam kerjayanya 13-tahun. Kedudukan kerjaya terbaik dunia beliau adalah 10.

Sumber
-

Tuesday, 22 January 2013

Lee Chong Wei : Pemain terhebat negara



PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul sebagai pemain terbanyak merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia.

Semalam, Chong Wei membuktikan statusnya selaku pemain terhebat negara apabila merekodkan kejuaraan buat kali kesembilan pada Terbuka Malaysia 2013.

Kejayaan itu hadir selepas dia melakar kemenangan ke atas pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-7, 21-8 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Lebih membanggakan, dia berjaya melepasi rekod legenda badminton negara, yang sebelum ini merekodkan lapan kejuaraan pada Terbuka Malaysia.

“Saya sangat bangga dengan kejayaan ini. Terima kasih kepada para penyokong kerana sanggup hadir ke stadium bagi menyaksikan final serta memberi sokongan kepada saya.

“Sebenarnya saya berasa sedikit tertekan kerana harapan yang diletakkan untuk saya bergelar juara kali ini agak tinggi.

“Mungkin orang tidak nampak kenapa saya menang mudah ke atas Sony tetapi itulah yang saya rasakan.

“Mujur, setiap kali Sony melakukan serangan saya boleh mengatasinya. Saya memang mahu menghabiskan perlawanan dengan cepat,” kata Chong Wei pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan semalam.

Tahun lalu, Chong Wei telah meletakkan namanya sebaris dengan Peng Soon apabila merangkul kejuaraan buat kali kelapan di gelanggang yang sama.

Sebagai rekod, Chong Wei mula bergelar juara Terbuka Malaysia pada 2004 diikuti 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Ini merupakan kejuaraan kedua berturut-turut buat Chong Wei selepas membuka tirai kalendar 2013 penuh bergaya dengan meraih gelaran juara pada Terbuka Korea 13 Januari lalu.

Menurut Chong Wei, dia akan cuba untuk melakukan yang terbaik untuk bergelar juara Terbuka Malaysia buat kali ke-10 pada edisi tahun depan.

Hasratnya itu adalah untuk menyamai rekod kejuaraan yang dimilikinya selaku juara kebangsaan.

“Saya akan cuba tetapi semua kena sedar bahawa Sirkit Kebangsaan dan Terbuka Malaysia adalah dua kejohanan yang berbeza,” kata Chong Wei yang kini akan memberi fokus sepenuhnya kepada persiapan menghadapi Seluruh England Mac depan.

Chong Wei telah dua kali bergelar juara pada Seluruh England iaitu edisi 2010 dan 2011.

Dengan kemenangan semalam, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$30,000 (RM90,389).

Sumber
-

Sunday, 13 January 2013

Misbun Sidek Dicabar @shaberyc


Weh kome! Macamana ni! Misbun dicabar oleh Menteri Belia dan Sukan. Apa cer? Ini berikutan keputusan Misbun Ramdan Misbun anak kepada Misbun Sidek yang nekad keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Isnin lalu. Kementerian Belia dan Sukan menghormati keputusan pemain muda itu yang ingin mendapatkan bimbingan daripada ayahnya, Misbun Sidek di Kelab Nusa Mahsuri.

Misbun Sidek terbukti berjaya melahirkan pemain bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei melalui sistem yang berbeza dari apa yang dikendalikan BAM. Dato Sri Ahmad Shabery Cheek yakin Misbun Sidek mampu melahirkan Chong Wei yang baru melalui Akademi badminton Nusa Mahsuri.

"Kalau Misbun boleh lahirkan Chong Wei, maka kali ini adalah cabaran baharu bagi Misbun untuk lahirkan Chong Wei lain sama ada anak beliau atau orang lain melalui Nusa Mahsuri,"

Hah! Apa lagi Misbun! Buktikan pada Menteri dan BAM. Teman begitu yakin dan percaya Misbun boleh lakukan. Sejarah telah membuktikan kejayaan Misbun Sidek. Go! Go! Misbun!..
-

Thursday, 10 January 2013

HANGAT :Mat Yo Kena Bayar RM299,000 pada KAFA


Apa lagi kisah Mat Yo ni? Tak habis-habis la. Semua pasal duit. FAM arah Mat Yo bayar RM299,000 sahaja sedangkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) minta RM1 Juta. Adoii!! mana satu betul ni? Kesian Mat Yo. Sebab perpindahan, kena bayar la pulak. Apa nak buat Mat Yoo. Sabar je la..

NORSHAHRUL Idlan Talaha, yang turut dikenali sebagai Mat Yo, hanya perlu membayar RM299,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), bukannya RM1 juta seperti yang dituntut oleh badan itu baru-baru ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan.

"Apabila seorang pemain menamatkan kontrak sebelah pihak dengan pasukannya, pemain tersebut hanya perlu membayar bayaran tebus kontrak sahaja.

"Pasukan asal tidak berhak menuntut bayaran perpindahan, jadi Kelantan hanya berhak menuntut tebusan (nilai)kontrak kepada Mat Yo (yang berbaki) selama 13 bulan sahaja.

"Maka jawatankuasa yang bersidang hari ini memutuskan bahawa bayaran yang dituntut Kafa  tidak dapat dibenarkan kerana ia bukan melibatkan perpindahan pemain, ia cuma tamat kontrak ," katanya ketika pemberita di Wisma FAM, hari ini. (Sinar Harian)
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...