Showing posts with label Sandiwara. Show all posts
Showing posts with label Sandiwara. Show all posts

Friday, 22 March 2013

PANAS! Tian Chua Lagi Bertambah Kurang Ajar!


Teman pun tak tau nak kata apa! Bertambah kurang ajar! Tian Chua masih lagi tak boleh terima hakikat insiden berdarah di Lahad Datu sebagai realiti!! Ingat perkara tu main-main ke hingga menyebabkan kematian anggota keselamatan. Bab mati pun boleh berlakon ke? Masih lagi menuduh sebagai sandiwara. Tian Chua bagai mempermainkan institusi mahkamah..Apakah jenis pemimpin politik yang tidak menghormati mahkamah dan undang-undang?

Laporan Utusan,

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Ia hanya seminggu selepas prosiding pendakwaan terhadap Tian Chua bermula pada 14 Mac lalu apabila beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.

Tian Chua didakwa membuat kenyataan kepada portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily pada 1 Mac lalu bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO.

Pada masa sama, Tian Chua tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang mana sejak 1 hingga 20 Mac lalu, 1,361 laporan polis telah dibuat terhadapnya. Ia ekoran kenyataannya itu yang ternyata mengguris hati banyak pihak terutama keluarga perwira negara yang terkorban dalam Operasi Daulat memerangi kumpulan pengganas Kiram.

Dalam ucapan terbarunya malam tadi, Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan di Sabah itu sebagai konspirasi UMNO dan BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu mendakwa, insiden pencerobohan yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas Kiram itu digunakan oleh UMNO dan BN bertujuan mengalih perhatian masyarakat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada orang asing di Sabah.

"Nampaknya, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih pandangan orang awam daripada isu pokok iaitu satu tajuk yang sangat hangat (iaitu) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah iaitu projek IC (kad pengenalan) kepada orang asing secara banyak. Itu saya sifatkan sebagai konspirasi.

"Atas sebab itu saya tetap menyatakan adalah konspirasi UMNO untuk mencemarkan pihak pembangkang bukan sahaja dalam kes Lahad Datu tetapi setiap kes dari awal lagi. Kita lihat tiap kali pilihan raya mesti ada konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkan imej pakatan pembangkang," katanya.

Malah, dalam ceramahnya kali ini, Ahli Parlimen Batu itu menambah tohmahan liar apabila mengaitkan tragedi Memali pada 1985 sebagai salah satu daripada konspirasi UMNO.

Seterusnya beliau mendakwa tidak pernah menghina anggota keselamatan sama ada polis atau tentera.

"Pada zaman reformasi berapa kali saya dihentam, dipukul, dibelasah oleh polis. Berapa kali saya ditahan. Pernah ke saya balas kekerasan itu. Pernah ke kita lakukan keganasan terhadap polis. Pernahkah kita baling batu kepada pihak polis.

"Ini adalah kerana kita menghormati peranan mereka (polis). Kita memahami mereka hanya menjalankan tugas apabila diarah," ujarnya.
-

PANAS! Rupa-Rupanya Tian Chua La Yang Pernah Gigit Polis Dulu ek!


OOOOOOoooooohh………. Rupa-rupanya Tian Chua la yang pernah GIGIT POLIS dulu ! Duk baca blog rakan Mymassa, ada sepintas lalu ditulis aksi ala ANJING oleh Tian Chua itu. Yalah, ANJING suka gigit kan ? Sesiapa nak refresh cerita Tian Chua berkelakuan macam ANJING bolek KLiK http://www.malaysiakini.com/news/104520, dikatakan –

Katanya, keterangan Dr Norzilawati Ahmad, yang merawat Rosyaidi, menyatakan bahawa gigitan yang terdapat pada lengan anggota polis itu adalah kuat sehingga memberikan kesan.

Peeeergh…. Gigi Taringkah atau Gigi Kapak yang menggigit kuat hingga memberikan kesan ? Persoalan utama sekarang – adakah perbuatan menggigit Polis itu KEGEMARAN Tian Chua atau ia cuma satu kejadian terpencil ? Sebab kalau Tian Chua jenis SUKA Gigit Polis …. hmmmmm KLiK -

Oh and another 5K for someone who is willing to go give that kurang ajar AhBeng suka gigit polis a slap in the fucking face…..to claim send in a video of you doing it.

Apapun saya harap mangsa gigitan ala anjing oleh Tian Chua itu dah SAMAK lengannya.

Kalaulah ayat diatas berbunyi – RM5K kepada sesiapa yang sanggup menampar muka apek yang berperangai macam anjing yang suka gigit polis …. rasanya TIAN CHUAlah ORANGNYA !

Seperti yang dipaparkan dalam blog Mymassa, hanya yang berperangai binatang saja yang sanggup buat kerja fitnah sebegini -
walaupun dah kantoi masih tetap TIDAK MAHU bertanggungjawab dan minta maaf


Tian Chua pernah juga melanggar MATI seorang anggota Tentera ! Eeeerrr….. NAJIB/UMNO ? POLIS ? TENTERA ? BIADAP ?

Macam ada satu trend la pulak …apakah anda hairan Tian Chua boleh mengucapkan ini dan memaksudkan sebagaimana yang tersurat ? Elemen2nya sama !

tapi peliklah, macamana orang begini masih boleh jadi seorang wakil rakyat ?

Mungkin KUASA POLITIK mampu menyerlahkan sifat2 KEBINATANGAN orang2 tertentu ..

PS – Macamana orang Pas masih boleh terima orang sebegini sebagai Pemimpin untuk dipilih oleh pengundi Islam ? ?

http://dinturtle.blogspot.com/2013/03/ooooooh-tian-chua-lah-yang-pernah-gigit.html


-

Saturday, 16 March 2013

PANAS! Tian Chua Kena Halau Macam Anjing Di Pulau Pinang!


Tu dia! Semua orang dah marah! Kehadiran Tian Chua di Pulau Pinang disambut dengan bantahan rakyat. Siapa yang tak marah! Tapi tak apa, semua itu sandiwara je kan..kahkahkah

Menurut laporan Utusan, kekecohan berlaku di luar Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang iaitu lokasi majlis Makan Malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Jalan Masjid Kapitan Keling dekat sini apabila lebih 100 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah kehadiran Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Mereka berkumpul sejak pukul 8 malam dan melaungkan slogan anti Tian Chua ketika ketibaan beliau.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng yang turut berada di lokasi mengesahkan seorang lelaki turut ditahan.

-

Friday, 15 March 2013

VIDEO Bagaimana Tian Chua Jadi Babi Panggang!

Aduyaaii!!! Report polis dah beribu ke atas Tian Chua ni. Bila nak dakwa, mula lah macai-macai PR buat cerita yang UMNO nak aniaya Tian Chua Babi ni. Apa la BODOH! Ada jugak Melayu BODOH sokong Tian Chua Cina Babi ni.

Malaysia ada undang-undang der! Tian Chua ni kebal undang-undang ker? Kome ingat jadi pambangkang akan kebal dengan undang-undang negara. Kepala HOTAK KAU!!!

Kome tengok la video Tian Chua jadi babi panggang! Kesian...

-

Thursday, 14 March 2013

Lahad Datu: Antara realiti dan sandiwara.


Sebuah kereta perisai tentera di Kampung Tanduo, Lahad Datu berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh Sulu, baru-baru ini.

SEJAK menjadi wartawan profesional (sepenuh masa) lebih 24 tahun lalu, saya terlalu banyak bergelumang dengan politik. Saya dikelilingi oleh orang politik yang berbagai warna dan corak.

Maka itu kami sudah tidak hairan dengan permainan sepak-terajang, auta, silap mata dan sandiwara politik.

Namun, sepanjang kerjaya itu jugalah Anwar Ibrahim dilihat sebagai pemain yang cukup hebat. Permainan beliau cukup dengan muslihat yang licik. Permainannya sukar dikesan. Namun para wartawan cukup arif dengan pergerakan beliau.

Semasa "pemerintahan" beliau selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dahulu, rata-rata kalangan wartawan seusia dan sezaman dengan saya ketika itu cukup "tidak begitu gemar dengan beliau".

Setiap kali duduk di meja minum, tiada perkara lain yang digossipkan, kecuali mengenai si Anwar ini. Pendek kata, semasa beliau dalam Kabinet lagi, kami para wartawan sudah mula menggossipnya. Ada sahaja yang tidak kena dengan gelagat si Anwar ini, baik dari segi perwatakannya, sikapnya, cara menovering-nya, penguasaannya terhadap "bos-bos" media kami, mengenai lingkungan sahabat-sahabat kroninya dan pelbagai lagilah.

Beliau dilihat cukup rakus dan kemudian kelihatan gelojoh. Cara hidupnya berubah sekelip mata daripada corak ABIM kepada korporat. Kroni-kroninya juga turut berubah.

Setiap kali minum teh tarik di atas meja (pada masa itu), ada sahaja kami mengata mengenai beliau. Ia termasuklah mengenai cara beliau berucap. Berbunga-bunga dan berfalsafah sehinggalah kami tidak faham apa yang mahu diucapkan.

Selepas beliau dipecat, maka terserlah lagi sikap beliau yang sebenar. Warna-warna sebenar kulit Anwar sudah terjelma. Terus-terang kami katakan itulah sebenarnya Anwar Bin Ibrahim. Beliau lebih licik lagi.

Beliau suka berdrama. Beliau suka berteater. Beliau suka bersyair. Beliau suka berpuisi. Sehingga dalam hal-hal realiti pun beliau suka bersandiwara.

Oleh itu tidak hairanlah, beliau pernah menuduh kerajaan meracunnya dengan racun arsenik. Sepanjang tempoh perbicaraannya dulu, dia memakai pendakap leher dengan imej mata lebam untuk menunjukkan simpati kepada rakyat. Drama sakit pinggangnya cukup mendebarkan dan macam-macam lagi.

Drama beliau cukup hebat. Disingkatkan cerita yang panjang, kini isu pencerobohan di Lahad Datu juga mahu didramakan.

Puak-puaknya tiba-tiba mengatakan itu semua sandiwara. Hulu balangnya, yang gemar tidur di depan trak FRU, Tian Chua mengatakan ia hanyalah ploy (muslihat) UMNO untuk menarik perhatian rakyat. Ada yang sanggup mengatakan tugas polis dan tentera adalah untuk mati dan berbagai-bagai lagi.

Tian Chua enggan memohon maaf kepada pihak keselamatan polis dan tentera apabila membuat tuduhan itu. Saya difahamkan beliau ada menghantar SMS kepada satu pihak mengatakan "saya serahkan nasib saya kepada Yang Maha Esa" namun tidak sekali-kali akan memohon maaf.

Orang Anwarinas dalam Pas juga mendakwa tragedi di Lahad Datu sebagai sandiwara.

Berikut ialah petikan berita Tian Chua yang ditulis oleh lidah rasmi PKR, Keadilan Daily.

KUALA LUMPUR 1 MAC: Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO.

"Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.

"Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya," kata Tian kepada Keadilan Daily.

Namun peliknya, sepanjang tempoh tragedi Lahad Datu itu tiada siapa pun daripada kalangan PKR mahupun Pas yang berkunjung ke Sabah mahupun Sarawak untuk menunjukkan rasa simpati mereka. Yang dilaporkan pergi hanya Lim Kit Siang ke Sabah iaitu dua hari selepas kejadian dan tokoh kerdil PKR, CheguBard hujung minggu lalu. Selain daripada itu tiada.

Tapi yang hairannya, sebelum tragedi Lahad Datu itu Anwar dan konco-konconya sering berulang-alik ke Sabah. Anwar ke Sabah pada Disember 2012 lalu bersama-sama Azmin Ali dan beberapa yang lain, sambil bergembira menyanyi dan menari lagu 'Sabah Akan Hilang'.

Benarkah beberapa ketika sebelum itu, Anwar difaham dan dikatakan beberapa kali ke Filipina. Tidak diketahui untuk tujuan apa?

Selepas daripada itu Anwar mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Januari lalu, sebelum meletusnya tragedi di Lahad Datu baru-baru ini.

Semuanya berlaku secara kebetulan. Pihak pembangkang terus menerus mengatakan bahawa BN akan kehilangan simpanan tetapnya (fixed deposit) di Sabah. Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen.

Tiba-tiba, nak jadikan cerita lebih kalut. Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) balik dari tempat persembunyiannya di luar negara. Setibanya dalam negara, dia dibawa mengadakan ceramah di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur untuk mengaitkan PM dengan kes Altantuya. Malah semasa tiba di lapangan terbang dia secara terus terang mengatakan "pulang untuk membantu pembangkang".

Namun, ceramah itu dikatakan tidak mencapai matlamat yang dikehendaki. Apa yang dia cakap sebelum ini dan pada ceramah itu tidak konsisten. Tahu-tahu PI Bala dikatakan diserang sakit jantung pula semasa berceramah di Bachok, Kelantan. Dia kini berada di hospital.

Aktivis PKR, CheguBard dalam blognya kelmarin mendakwa PI Bala mungkin menjadi mangsa sihir(?!)

Berikut petikan CheguBard dalam Kedailan Daily kelmarin: Katanya, terdapat dakwaan mengatakan Balasubramaniam jatuh sakit kerana terkena ilmu sihir.

"Ada kawan-kawan sebut, angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Bala) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakal kepada Maha Pencipta," kata Badrul.

Secara kebetulan atau sengaja mahu mengalihkan perhatian penduduk Malaysia daripada isu Lahad Datu, PKR tiba-tiba mengadakan sidang akhbar bapa Saiful, Azlan Bukhari.

Melihatkan tiada impak besar pendedahan Azlan berbanding pendirian anaknya Saiful yang terus mendakwa dia diliwat oleh Anwar, Azlan membuat satu lagi sidang akhbar di pejabat PKR kelmarin.

Itu juga tidak berjaya untuk menutup pendirian Saiful yang terus menuduh Anwar meliwatnya. Saiful pernah bersumpah laknat di dalam masjid diiringi oleh bapanya, Azlan.

Selagi saya berada dalam lingkungan kewartawanan Malaysia dan politik Malaysia maka sandiwara demi sandiwara ini akan terus berlaku.

REALITINYA: Tragedi pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna serta kawasan sekitarnya telah mengorbankan lapan nyawa anggota pasukan keselamatan kita. Ia bukan main-main. Kita tidak tahu mengapa ada orang yang bermain sandiwara dalam hal ini? (Berita terbaru pagi semalam melaporkan seorang lagi anggota perajurit kita terkorban).

Anggota-anggota polis itu dibunuh, juga dengan penuh tipu muslihat melalui serangan gerila. Pengganas ini dikatakan cukup ganas dan kejam sehingga sanggup mencederaparahkan anggota badan anggota-anggota keselamatan yang dibunuh dan semasa mereka masih nazak. Tak perlulah saya perincikan keadaan jenazah para syuhada itu, terlalu sedih.

Hasil daripada tragedi pencerobohan itu, rakyat Malaysia telah bersatu. Soal keselamatan negara dianggap tidak boleh dikompromi.

Keselamatan berada di paras tertinggi keperluan hidup rakyat, mengatasi politik dan ekonomi.

Rakyat pelbagai bangsa termasuk kaum Cina yang menguasai ekonomi negara, mula menunjukkan sokongan secara semula jadi kepada peristiwa pencerobohan tersebut. Security First, kata mereka.

Tian Chua yang cuba mengalihkan perhatian daripada isu Lahad Datu itu ditolak rakyat. Lebih 1,000 repot polis dibuat di seluruh negara.

Tian Chua dikutuk di sini-sana.

DAP nampaknya cuba pejam mata dengan isu ini. Jika isu-isu lain, termasuk kes ahlinya terjun bangunan di Shah Alam dulu mereka mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja, isu Lahad Datu mereka hanya meminta supaya ditubuhkan Jawatankuasa Parlimen. DAP senyap sunyi dalam isu kedaulatan negara yang dicerobohi ini.

Dalam PKR sendiri berlaku krisis antara ahli Melayu dan Cina. Ada sesetengah pemimpin Melayu mendesak Tian Chua dikenakan tindakan disiplin di atas keceluparannya. Ahli-ahli Cina hanya berdiam diri.

Semoga Malaysia yang indah dan kaya ini, terus aman dan damai.

Terima kasih diatas artikel menarik ini
-

Tuesday, 12 March 2013

KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA


Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diurunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb .

SEBARKAN...
-

Monday, 11 March 2013

Editor Keadilan Daily HENTAM Tian Chua, Kenyataan Tian Chua benar seperti disiarkan kata Editor Keadilan Daily


PETALING JAYA 10 Mac - Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit mendakwa kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua yang menyatakan insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah, merupakan satu konspirasi UMNO seperti yang disiarkan di dalam portal itu adalah benar.

Fazallah yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini berkata, wartawan yang menulis berita itu, Aisha Geoffry menghubungi sendiri Tian Chua dan membuat laporan berdasarkan kenyataan ahli politik tersebut.

Fazallah berkata, kenyataan yang telah dibuat dalam konteks sebelum dua anggota pasukan keselamatan ditembak mati iaitu pada 1 Mac lalu itu bagaimanapun telah dimanipulasikan oleh para blogger sehingga memberi pemahaman yang berbeza kepada pembaca.


"Ketika dihubungi Aisha, komen Tian Chua itu adalah sebelum polis mengeluarkan pengesahan rasmi yang mengatakan terdapat anggota polis yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu," katanya ketika ditemui di sini.

Fazallah dan Aisha hadir di pekarangan IPD Petaling Jaya pada pukul 2 petang bagi membantu siasatan berhubung perkara itu, sebelum mereka keluar hampir tiga jam kemudian.

Tian Chua sebelum ini mengeluarkan kenyataan di dalam portal Keadilan Daily bahawa insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah merupakan konspirasi UMNO bagi mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Difahamkan, buku nota Aisha yang menyalin segala percakapan Tian Chua ketika dihubungi telah diambil polis untuk tujuan siasatan.


-

Sunday, 10 March 2013

HOT : Tian Chua Celaka Sama Perangai Dengan Pengganas Sulu


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumpamakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu adalah sandiwara Umno, sebagai manusia yang sudah hilang nilai baik dan nilai kemanusiaan.

Beliau berkata walaupun insiden pencerobohan di Lahad Datu itu telah mengakibatkan lapan anggota keselamatan negara terkorban, namun terdapat juga "manusia-manusia yang tidak berhati perut yang tidak ada perasaan kasih sayang langsung".

"Saya nak tanya Tian Chua...apakah gambar-gambar yang saya lihat sendiri dengan mata saya, puluhan yang bergelimpangan mati katak di tengah-tengah hutan juga satu sandiwara?

"Sakitnya kita tengok keluarga, anak tercinta, isteri tercinta yang ditinggalkan. Jadi ini merupakan sesuatu kesedaran bagi kita, nak berpolitik ada tempat dan masanya, dan saya tengok ini budaya kebencian yang sanggup menggadaikan segala-galanya gara-gara kerana jawatan dan rakus serta angkuh, mengenepikan sentimen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi balu Allahyarham Sarjan Baharin Hamit, Sumiati Suarah dan anggota keluarga Allahyarham di Inanam Laut, dekat sini, Ahad.

Allahyarham Sarjan Baharin dari cawangan khas ibu pejabat polis kontinjen Sabah di Kepayan, dekat sini, merupakan antara enam anggota polis yang terkorban dalam serang hendap pengganas di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac lepas.

Sambil menyatakan ada hikmah di sebalik insiden itu, Hishammuddin berkata: "Tuhan tidak akan mengizinkan manusia-manusia sebegini berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia yang mencintai keamanan, sayang sahabat sesama agama, sama bangsa.

"Kita seharusnya melihat ke hadapan, bukan untuk diri kita tetapi anak cucu cicit kita yang kita tinggalkan selepas ini," katanya.

Sementara itu, Sumiati yang mempunyai dua orang anak berterima kasih kepada Hishammuddin yang datang sendiri melawat anggota keluarga Allahyarham.

"Lawatan ini sekurang-kurangnua memberi semangat kepada kami untuk menghadapi detik-detik kehilangan orang yang tercinta.

"Anak-anak semua dah boleh terima dan kira okay, dah stabil. Sedih-sedih...tapi dah stabil, semangat dah ada. Kita dah faham...rasa bangga sebab dia (anak-anak) tengok ayah (gambar) di TV...balik-balik dia kata Perwira Negara," katanya. BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...