Showing posts with label Kampung Tanjung Batu. Show all posts
Showing posts with label Kampung Tanjung Batu. Show all posts

Friday, 29 March 2013

TERKINI : Penduduk Tanjung Batu Dibenarkan Melihat Kampung



Lebih 30 keluarga dari Tanjung Batu buat pertama kali dibawa melihat kampung halaman mereka hari ini selepas insiden pencerobohan oleh kumpulan pengganas Kiram.

Kumpulan penduduk dibawa masuk dengan diiringi anggota keselamatan termasuk Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. 

Penduduk Kampung Tanjung Batu dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, Sabtu ini selepas kampung berkenaan diisytiharkan bersih oleh pasukan keselamatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib bagaimanapun berkata, hanya penduduk yang mempunyai dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia sahaja dibenarkan berbuat demikian, manakala yang tidak mempunyai dokumen akan ditempatkan di satu kawasan penempatan khusus yang akan ditentukan nanti.


-

Saturday, 16 March 2013

UPDATED: VIDEO Op Daulat di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu

Video ini menunjukkan beberapa aktiviti ketenteraan di Kampung Tanjung Batu dan keadaan semasa di sekitar kampung tersebu termasuk kisah 2 beradik berkurung 12 hari dan bersembunyi daripada Pengganas Sulu.

Terdapat beberapa kelongsong peluru dan beberapa kerosakan kenderaan awam dan rumah di sekitar..Ikuti video ini..

KLIK SINI
-

Wednesday, 13 March 2013

UPDATED 12.00 PM : Agbimuddin Kiram Diburu Dipercayai Bersembunyi Di Tanjung Batu


Agbimuddin Kiram yang mengetuai pengganas Sulu dipercayai masih bersembunyi bersama anak buahnya di sekitar Tanjung Batu dan beberapa kampung sekitar Felda Sahabat 16, Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata Agbimuddin dipercayai berusaha melepasi kepungan pasukan keselamatan tetapi diyakini tidak akan mampu berbuat demikian berikutan kepungan ketat di darat dan laut oleh pasukan keselamatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media, di Felda Sahabat 16, pada pagi Rabu.
-

Tuesday, 12 March 2013

OP DAULAT : Kenyataan Media Polis Diraja Malaysia


Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini. 

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi. "Seorang anggota keselamatan gugur," katanya. 

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran. 

Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati. 

Zulkifeli berkata Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. - BERNAMA
-

UPDATED 4.35 PM Op Daulat: Seorang Tentera Disahkan Terkorban


Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga pengganas sulu ditembak mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.

Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media pada petang Selasa. Namun nama anggota tersebut tidak dijelaskan.  Teman dimaklumkan pengganas Sulu bertindak pengecut dengan menyamar sebagai orang awam dan membuat serang hendap dan lari.

Semoga Allah Mencucuri roh wira negara ini...Allahuakbar!!
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...