Showing posts with label Wong Tack. Show all posts
Showing posts with label Wong Tack. Show all posts

Saturday, 16 March 2013

HOT! Muka Wong Tack Bertukar Warna! Adeeh!!


Barisan Nasional (BN) Pahang mengalu-alukan hasrat pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Wong Tack terpaksa menghadapi penyandang Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berwibawa dan diterima masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Niat Wong Tack untuk bertanding atas tiket DAP bertentangan dengan prinsip Himpunan Hijau sendiri, malah ada anggota mendesak beliau meletakkan jawatan pengerusi organisasi itu. "Pengundi sudah tentu dapat menilai kebaikan dan ketokohan Liow (Tiong Lai)yang telah memberi khidmat terbaik kepada masyarakat dan pengundi di Parlimen Bentong," katanya yang juga Pengerusi BN Negeri.

Adnan, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangi, berkata demikian kepada pemberita selepas majlis mesra kasih warga DUN Pelangai di Felda Kemasul di sini, Jumaat. Beliau berkata Liow, yang juga Menteri Kesihatan, mampu mempertahankan kerusi Parlimen Bentong dengan majoriti yang lebih besar berdasarkan reputasinya dan kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Wong Tack telah menggunakan Himpunan Hijau untuk mempopularkan diri sendiri dengan menentang projek Lynas sedangkan dia 'ada udang di sebalik batu'. "Orang ramai akan menilai keikhlasan dan niat pengerusi Hijau itu untuk bertanding di Parlimen Bentong iaitu kawasan kubu kuat parti MCA," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata BN Pahang tidak mengamalkan formula peratusan muka lama dan muka baharu dalam pemilihan calon asalkan calon yang dipilih itu boleh menang.

"Sasaran utama BN Pahang ialah untuk memenangi semua 42 kerusi DUN dan 14 Parlimen di negeri ini," katanya.

Beliau yakin BN dapat merampas dua kerusi Parlimen - Kuantan dan Indera Mahkota serta empat kerusi DUN - Triang, Tras, Kuala Semantan dan Beserah yang dimenangi pembangkang pada PRU 2008 memandangkan angin perubahan politik kini berpihak kepada BN. -BERNAMA
-

Thursday, 14 March 2013

PANAS! Pengerusi Anti Lynas Kena Sepak! Kahkahkah

Alahai! Kesian..Sekor kepala Anti Lynas, Wong Tack Pengerusi Himpunan Hijau tempelak dengan ahli sendiri. Ini berikutan keputusan Wong Tack akan bertanding dalam Pilihanraya ke 13 mewakili DAP bagi Parlimen Bentong. Aduyaii!! Ahli-ahli dah marah da weh!

Menurut laporan The Star, ahli-ahli Himpunan Hijau mendesak Wong Tack meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Himpunan Hijau di atas keputusannya terlibat dengan politik. hahaha...Kesian..Dah la kena tipu dengan Pakatan Rakyat. Lynas tak jadi la kena bakar la kot! Pakatan Rakyat pun sokong dengan Kilang Lynas. Apa cer? Bodoh! Buta je kena tipu dengan Pakatan Rakyat..Dalam diam Wong Tack tipu ahli-ahli Himpunan Hijau untuk berjuang demi kepentingan diri sendiri..kahkahkah!!
-

Tuesday, 12 March 2013

GEMPAR! Presiden Anti Lynas Nak Bakar Parlimen Bentong


Wong Tack yang nak halau pekerja Melayu di Lynas!!
Muka haramjadah ni jadi calon! ptuii!! Patut la beiya-iya benar berdemo bagai naik rak, rupanya ada udang sebalik batu. Nak jadi calon..nak jadi calon. Adeeh! Rupanya kalau nak jadi calon Pilihanraya mewakili Pakatan Rakyat mudah aje, cuma perlu berdemo dan berdemo. Nak bakar Loji Lynas. Bergaduh dan maki hamun dengan Polis dan penguatkuasa. confirm dapat jadi calon bagi mewakili Pakatan Rakyat. Contoh dah banyak. Calon-calon Pilihanraya dari Pakatan Rakyat lahir daripada perusuh dan pendemo. Pemaki hamun polis dan penguatkuasa. Penentang dan melanggar undang-undang negara. Tak payah teman senaraikan disini sebab terlalu banyak..Muka macam ni kome nak pilih! NO WAY MAN!!!
Kalau yang ini jadi calon macamana? Meletop tak?kehkeh

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack akan bertanding di Parlimen Bentong, Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang atas tiket DAP.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika mengumumkannya hari ini berkata DAP percaya meletakkan calon daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai objektif memulihara alam sekitar bakal memberi kesan positif terhadap sokongan pembangkang di kawasan itu.

Parlimen Bentong pada masa ini diwakili Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Timbalan Presiden MCA.

Pada pilihan raya umum 2008, Liow menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, G Ponusamy dengan majoriti 12,549 undi.

Wong Tack pada bulan lepas menimbulkan kontroversi apabila dilaporkan mengancam untuk membakar loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan sekiranya kilang itu masih beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau kemudian dilaporkan meminta maaf atas kenyataan itu.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...