Showing posts with label Op Daulat. Show all posts
Showing posts with label Op Daulat. Show all posts

Friday, 29 March 2013

OP DAULAT : Sidang Media 28 Mac, Pasukan Keselamatan Diserang Pengganas Dengan Parang


Keadaan keselamatan di Negeri Sabah adalah terkawal dan selamat.

Pada jam lebih kurang 9.00 pagi, semasa membuat pemeriksaan di salah sebuah rumah di Kampung Simunul, pasukan keselamatan telah diserang oleh seorang pengganas dengan bersenjatakan sebilah parang. Pasukan keselamatan tersebut sempat mengelak dan serangan hanya terkena baju kalis peluru dan pengganas tersebut telah ditembak mati.

Dalam kejadian ini, pihak polis telah berjaya menangkap enam orang pengganas dengan pecahan empat lelaki dan dua perempuan serta turut telah merampas sebilah parang. 

Daripada enam orang pengganas yang ditangkap, dua orang perempuan disiasat di bawah SOSMA dan empat orang lelaki lagi di bawah Akta Imigresen.

Statistik terkini jumlah tangkapan yang di siasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) adalah seramai 121 tangkapan. tangkapan kes-kes lain seramai 322 orang.

Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 41 orang dan 02 mayat kanak-kanak serta jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 65 orang dan 02 orang mayat kanak-kanak.

Orang ramai dinasihati jangan mendengar khabar angin yang tidak benar dan sekiranya terdapat apa-apa maklumat sila lapor kepada pihak polis atau balai polis yang berdekatan.
-

PANAS! Pembangkang Sokong Pengganas?


Pelik juga. Kerana mahu mencari salah utk menyalahkan pemerintah. Akhbar-akhbar pemimpin-pemimpin yang taksub kepada pembangkang sentiasa menganggap tindakan penceroboh itu betul. Kalau tidak betul pun mereka berusaha memperbetulkannya.

Hampir keseluruhan org melayu islam PEMBANGKANG seolah-olah menyokong penceroboh.

Apa motif anda sebenarnya? Persoalan saya. Kenapa tidak mempersoalkan sultan sulu tidak mahu menuntut kemerdekaan dari pemerintah filipina? Kenapa dan utk apa pula mereka bersusah-payah mempertaruhkan nyawa rakyatnya utk menuntut konon hak mereka sedangkan hak mereka sedia ada sendiri tidak dituntut?

Kemana hilangnya rasa kasih kpd tanah air tercinta? 
Tidak mustahil, jika Amareka yahudi menyerang negara, ANDALAH TALIBARUTNYA.

Usah ditanya apa jasa negara utk kamu,
Tapi tanyalah diri 
apakah jasa kamu utk Negara?

Credit to Facebook
-

Thursday, 28 March 2013

XCLUSIVE Ops Daulat : Polis Buru Pengganas Kiram III Mula Menyamar Jadi Orang Awam !!


Pasukan keselamatan negara akan meningkatkan lagi operasi bagi menghapuskan saki-baki kumpulan pengganas Kiram yang menyamar sebagai orang awam untuk melepaskan diri daripada ditangkap.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain berkata, kumpulan pengganas berkenaan telah berpecah kepada kumpulan kecil dan cuba menyamar sebagai orang awam.

"Ops Daulat masih berterusan dan sebagaimana dalam tempoh empat hari ini, kita dalam usaha untuk membersihkan saki-baki pengganas dalam kawasan operasi.

"Mereka sekarang ini berpecah kepada kumpulan kecil dan cuba melarikan diri, saki-baki pengganas ini juga ada yang memakai pakaian awam dan senjata mereka telah disembunyikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini.

Berhubung pertempuran yang berlaku semalam, beliau berkata, sekumpulan pengganas telah dikesan dan pihaknya akan terus menjejaki mereka.

Semalam, sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang dirampas pasukan keselamatan selepas berbalas tembakan dengan saki-baki pengganas Kiram di Sungai Bilis di Lahad Datu, Sabah.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, tiga pengganas Kiram melarikan diri selepas melakukan serang hendap terhadap sepasukan anggota pasukan keselamatan yang menjalankan operasi pembersihan dan penggeledahan di kawasan itu.

Dalam pada itu, Zulkifeli berkata, beliau yakin kerajaan Sabah dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengenal pasti kawasan baharu untuk penempatan sementara penduduk Kampung Tanduo, Lahad Datu yang kini masih lagi berada di pusat pemindahan sementara.

"Kita juga telah menghantar pasukan penilaian kerosakan ke Kampung Tanjung Batu untuk menilai kemusnahan harta benda, tanaman serta haiwan peliharaan penduduk kampung.

"Dalam masa terdekat ini juga, kita akan membawa orang kampung melihat rumah masing-masing," katanya.

-

UPDATED : Dalang Lahad Datu Harus Dihukum Mati!


Beberapa orang pengganas Sulu yang berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan sudahpun dihadapkan ke mahkamah. Mereka ini bakal berdepan hukuman mati mahupun penjara seumur hidup.

Jika dibandingkan dengan kekejaman yang telah dilakukan oleh pengganas-pengganas Sulu ini terhadap anggota keselamatan yang telah terkorban ketika berjuang mempertahankan kedaulatan negara, bagi penulis hukuman yang bakal mereka terima tidaklah seberapa.

Seandainya negara Malaysia ini tidak mempunyai undang-undang, penulis percaya, pengganas-pengganas Sulu yang berjaya ditangkap hidup-hidup ini sudah pasti tidak bernyawa lagi. Penulis sangat pasti, ketika pasukan keselamatan berjaya mengesan mereka, bedilan senjata sahaja yang akan menyinggahi tubuh mereka.

Namun, dek kerana negara ini merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan memuliakan undang-undang, maka terselamatlah para pengganas Sulu yang tertangkap itu daripada bedilan senjata pasukan keselamatan.

Pengakuan salah seorang daripada pengganas yang berjaya ditahan bahawa sebenarnya dia telah diupah oleh seseorang untuk menjadi pengganas. Tetapi malangnya, menurut beliau pemberi upahnya tidak pula dikenali.

Penulis percaya dengan kehebatan pasukan keselamatan kita dalam mencari siapa sebenarnya dalang yang berada di belakang insiden pencerobohan Sabah oleh pengganas Sulu ini, apatah lagi saban hari semakin banyak petunjuk yang timbul, tidak lama lagi sudah pasti kes ini berjaya diselesaikan.

Apabila dalang sebenar di sebalik insiden pencerobohan Sabah ini yang telah mengorbankan serta mencederakan beberapa orang anggota keselamatan kita dapat dibuktikan kesalahannya, seeloknya jatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya itu. Tiada bezanya dia dengan pengganas yang diupah untuk menjalankan kerja-kerja jahatnya.

Justeru, jika pengganas yang diupah itu dijatuhkan hukuman mati ataupun penjara seumur hidup, jatuhkan juga hukuman mati kepada dalangnya!

Suara Generasi Baru
-

BREAKING NEWS! Datu Piah adalah Jeneral di Semporna


Anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu Piah merupakan antara seorang daripada 30 jeneral yang dihantar oleh ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah.

Menurut satu sumber, sebelum menceroboh Sabah, kumpulan pengganas tersebut telah mengatur strategi serangan mereka secara terancang.

"Datu Piah dibantu anak saudaranya, Datu Amirbahar Hushin Kiram untuk koordinasi pasukan pengganas di Simunul (Semporna), manakala Azzumuddie dibantu Komander Habib Musa A. Abdullah pula mengatur pergerakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu," katanya.

Baki 28 lagi jeneral kumpulan pengganas itu dipercayai ditugaskan untuk mengerakkan rancangan jahat mereka di wilayah lain seperti Kunak, Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Difahamkan, jeneral-jeneral pengganas tersebut merekrut ahli-ahli untuk menyertai kumpulan pengganas dalam kalangan penduduk Suluk yang tinggal di perkampungan atas air di negeri ini.

Kosmo
-

Wednesday, 27 March 2013

TERKINI : Kampung Tanduo Ditutup, Penduduk Dipindah Ke Lokasi Baru

Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.
"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.
Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.
Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.
Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.
Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi Rabu.
Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.
Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. BERNAMA
-

Tuesday, 26 March 2013

Seorang Lagi Pengganas Serah Diri Di Tanjung Batu


Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, lewat hari Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak GempurKhas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu.

Dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri.

Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangandan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya. Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasipemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain.

Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yangdilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakanterhadap pasukan keselamatan.

Bagaimanapun, sebaik mendapati tiada yang mencurigakan dan tidak membahayakan, pasukan keselamatan menahan pengganas berkenaan.

Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokaptahanan sementara untuk disoal siasat.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato' Seri Zulkifli Zainal Abidin ketikadihubungi mengesahkan kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata pasukannya(VAT69) telah menerima pengganas tersebut dari GGK ATM dan sidang media bersamaATM akan diadakan esok.

Sehingga kini, jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) meningkat kepada 111 orang, pengganas ditembak mati 67 dan mayat dibawa keluar 42. - BERNAMA
-

Lahad Datu : Kenali RPZ Condor APC Tentera Darat Yang Pertama Turun


Dalam Ops. Daulat di Sabah baru-baru ini, Condor yang antara kenderaan berperisai pertama turun ke Lahad Datu. Ramai antara Rakyat Malaysia mengenali kenderaan ini, tapi tidak semua memahami dokrin yang digunakan ketika dalam peperangan. Jadi, admin mahu jelaskan serba sedikit mengenai Lagenda Condor yang telah banyak menabur bakti di Malaysia.

1. Condor 4x4 merupakan kenderaan berperisai kategori APC, berkelajuan 95Km/j di atas jalan dan amfibi 10 km/j di atas air dengan jarak operasi 900km..

2. Merupakan APC rekaan asal Thyssen-Henschel of Germany dan dikilangkan oleh Henschel Wehrtechnik, dari German. Ia berdasarkan casis model UNIMOG dan digunakan oleh Kor Armor Diraja dan RAMD sejak 1981 sebagai penganti Cadilac Cage V-150 Commando. 

3. Turut dioperasikan oleh Kuwait 8 unit, Portugal 12 unit (Polis), Thailand 19 unit, Turkey 25 unit dan Uruguay 64 unit. Tetapi Malaysia adalah pengguna terbesar di dunia dengan mengoperasikan sehingga 457 unit~!!!

4. Selalu digunakan untuk misi pengaman PPB, United Nation (UN) dan pernah terlibat dalam Battle of Mogadishu atau Black Hawk Down dalam misi menyelamatkan US Ranger yang terperangkap di Bakhara Market, Somalia. 

5. Di Malaysia, antara varian yang digunakan ialah Personnel Carrier (APC) , Ambulan (AMB), Command and Control (ACV), Anti-tank (AKK) dan bagi versi Montar (AMC) pula tidak dibeli utk RAMD.

6. Dilengkapi dengan turet jenis TH-1 yang diperlengkapkan dengan senjata twin GPMG (General Purpose Machine Gun), 1 laras GPMG sebagai senjata Rear Gunner, dan selaras 20 mm Oerlinkon sebagai senjata anti armor.

Credit to Admin amRF
-

BREAKING NEWS : Pesawat Bawa Anwar Ke Manila dan Hotel Perjumpaan Dengan Nur Misuari Didedahkan

Pada 16 Julai 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Nur Misuari - rakan rapat Anwar sejak  Anwar dalam kerajaan - dan komander tentera MNLF. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Jakarta dan telah diatur oleh Ahli Parlimen Indonesia - satu lagi kawan rapat Anwar - mengikut arahan Anwar. Mesyuarat kedua telah diadakan di Manila pada 4 Ogos 2012 untuk memuktamadkan dan menandatangani perjanjian.


16 Julai 2012 : Anwar Ibrahim didedah terbang ke Jakarta berjumpa dengan Misuari di Hotel Crowne Plaza

4 Ogos 2012 : Anwar terbang ke Manila menggunakan pesawat MH 704 untuk memeterai perjanjian dan memerrlukan bantuan Misuari pada PRU 13. 

Di atas adalah sedutan pendedahan RPK terhadap penglibatan Anwar Ibrahim dalam Isu Lahad Datu. Ikuti pendedahan RPK di SINI


-

Monday, 25 March 2013

UPDATED 6.00 PM: Azzimudie Kiram Akan Hadapi Perbicaraan Atas Kesalahan Jenayah


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Azzimudie Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Raja Muda Kesultanan Sulu akan berhadapan dengan perbicaraan di Malaysia kerana mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Februari lepas.

“Saya tidak kisah sekiranya (dia) rakyat Malaysia atau tidak... dia melakukan kesalahan dan dia akan didakwa,” katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Isnin.

Azzimudie, yang turut digelar Agbimuddin, dilaporkan telah meninggalkan negara dan pergi bersembunyi sejak 11 Mac apabila pasukan keselamatan Malaysia melancarkan operasi serangan ofensif untuk menyingkirkan 200 anggota pengganas bersenjata Sulu yang diketuainya dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Pembangkang kemudiannya mendakwa bahawa terdapat maklumat yang mendakwa Azzimudie pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai daerah di Sabah.

mStar
-

Pencerobohan Lahad Datu lebih sukar diselesai berbanding insiden Sauk


Isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah lebih sukar dan rumit untuk diselesaikan dan ia adalah kes yang jauh berbeza dengan insiden Sauk di Perak pada tahun 2000.

Bekas Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Zaini Mohd. Said berkata, peristiwa di Sauk dapat diselesaikan dengan mudah kerana keseluruhan anggota kumpulan militan terlibat didapati berada di dalam kawasan kepungan pasukan keselamatan ketika itu.

"Sebagai Panglima Medan ATM ketika itu, ia satu perkara mudah kerana ketika kita harap untuk menangkap kumpulan militan itu dan apabila dikepung, keseluruhan mereka berada di tempat sama," katanya ketika berucap pada Forum Negara anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini.

Beliau membuat penjelasan itu ekoran kenyataan rakan seperjuangannya, Tan Sri Md. Hashim Hussein yang sebelum ini berkata, pencerobohan Lahad Datu sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa singkat dengan mengambil peristiwa serangan militan di Sauk sebagai perbandingan. - UTUSAN
-

Video Khas Ops Daulat sempena Hari Polis Ke 206

Jom kita tengok Video Khas Ops Daulat sempena Hari Polis ke 206. Mari kita bertafakur bersama-sama dan mendoakan keselamatan anggota-anggota PDRM dan ATM yang sedang memastikan kedaulatan negara terjamin di Lahad Datu.

-

Sunday, 24 March 2013

UPDATED : ketua Pengganas Sulu Disahkan Ditangkap


Gerakan pengganas Sulu kini lumpuh berikutan penangkapan ketua utama mereka berpangkat jeneral lima bintang di sebuah kawasan paya bakau Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna dekat sini awal pagi semalam.

Suspek dikenali sebagai Datu Amirbahar Hushin Kiram, berusia 40-an dikatakan anak saudara kepada ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III dan memiliki kad pengenalan Filipina.

Ketika serbuan pada pukul 1.30 pagi itu, dia dan isteri, Gina Taves Kiram yang bersembunyi di satu kawasan paya cuba melarikan diri tetapi gagal. Difahamkan Amirbahar juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan turut menahan seorang penduduk tempatan dan isterinya yang menjadi tali barut yang berperanan menyediakan segala keperluan kepada pengganas berkenaan.

-

RAHSIA KEHEBATAN TENTERA MALAYSIA YG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU..!!


1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando² Malaysia sentiasa diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera² asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.

2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme .

3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL.

4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas² lain tanpa mengambil masa yang lama.

5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu²nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan ranking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…

ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal seba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!

6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .!

7 – Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.

8 – Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged para)

9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.

10 – Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch”percaya atau tidak?

11 – Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

12 – ATM menjadi rebutan Amerika dan Britain.Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY.

13 – Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.

14 – Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amt memalukan mereka…

15 – Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini.

-

Saturday, 23 March 2013

Terkini 2.45 PM: Foto Menteri Pertahanan Kiram Di Tangkap Hidup-Hidup


Tahniah dan syabas kepada anggota keselamatan kita baik PDRM mahupun ATM atas kejayaan mereka menangkap hidup-hidup perancang utama pengganas Sulu di Semporna dan Lahad Datu pada pagi ini.

Tertangkapnya Datuk Amir Baha@Datuk Bahang yang dianggap seorang Jeneral Perang dan Menteri Pertahanan Sulu kononnya, akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Inilah wajah pengganas yang mahu berunding dengan pihak Malaysia tempohari dan menjanjikan tidak akan berlaku keganasan, berbincang cara baik dan berjanji akan meletakkan senjata mereka. Namun rupa-rupanya mulut manis mereka menyebabkan nyawa anggota keselamatan kita melayang.

-

UPDATED: Laporan Penuh Penangkapan Komander Tertinggi Pengganas Sulu #rempuh243

Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari ini.
   
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.
   
Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.
   
Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam tadi.
   
"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
   
Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.
   
Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.
   
Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.
   
Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.

Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
   
"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.
   
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.
   
Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.
   
Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.  - Bernama
-

UPDATED 12.30 PM : Lapan Lagi Mayat Pengganas Dikeluarkan, Pasangan Pengganas Kena Cekup


Sepasang suami isteri yang bertanggungjawab mengatur keperluan puak pengganas sepanjang pencerobohan ditahan di Kampung Tunku di sini malam tadi. Kedua-kedua pengkhianat yang merupakan rakyat Malaysia itu berusia lingkungan 40an.


Sementara itu, lapan lagi mayat pengganas yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu di sini berjaya dikeluarkan menerusi operasi penggeledahan semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jumlah keseluruhan mayat yang berjaya dikeluarkan sejak Ops Daulat diadakan meningkat 38 orang.

-

UPDATED 11.00 PAGI : Komander Kiram III Di Tangkap Bersama Isterinya #rempuh243


Operasi awal pagi semalam berjaya menahan Komander Kiram III bersama dengan isterinya..tiada nyawa terkorban..

Yang mengejutkan "Local Coordinator"..talibarut juga turut d tangkap..

Berita lanjut bakal menyusul...Timbalan Ketua Polis Negara, menggesa agar penduduk Felda Kencana Sakti agar pulang ke rumah masing-masing..isyaAllah tiada apa yang perlu d bimbangkan kerana Felda Kencana Sakti da "clear" katanya...


-

WAJIB BACA! Nur Misuari Musuh Negara, Bang Nuar Subahat? #rempuh243 #jomsokongbn


Krisis pencerobohan yang berlaku di Sabah kian menarik untuk diikuti apabila bekas pemimpin utama MNLF iaitu Nur Misuari semakin berani memperlihatkan sikap permusuhannya dengan negara ini.

Rakan baik kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim itu tanpa berselindung telah menuduh Malaysia adalah penjajah di Sabah, satu tuduhan yang jelas bermotifkan niat jahat selain tersirat keinginan Misuari untuk merampas Sabah.

Baru-baru ini media perdana telah mendedahkan perancangan Nur Misuari sekitar tahun 2007 untuk menawan Sabah dalam tempoh beberapa jam. Dan pencerobohan yang berlaku kali ini juga menunjukkan wujudnya kaitan langsung dengan bekas pemimpin MNLF itu.

Itu cukup membuktikan Nur Misuari bukannya seorang rakan sejiran yang baik sebaliknya bekas pemimpin MNLF itu lebih layak digelar sebagai musuh negara yang wajar diperangi.

Menariknya selepas kenyataan Nur Misuari yang memperolokkan Malaysia, tiba-tiba sahaja Ketua Umum PKR mengeluarkan kenyataan seperti bersetuju dengan pandangan rakannya itu apabila menyatakan kesediaannya merundingkan kedudukan Sabah dengan Filipina.

Jika isi rundingan bertujuan untuk membincangkan pasukan pengganas Sulu pro Jamalul Kiram III menyerah diri, tentunya rakyat menyambut baik, tapi bila tujuannya bermaksud merundingkan kedudukan Sabah sesuai dengan tuntutan Filipina dan Jamalul Kiramm III, itu namanya pengkhianatan.

Siapa Anwar dan siapa Misuari? Adakah kedua-duanya rakyat Sabah? Tentu sahaja bukan. Jadi mereka tidak berhak untuk menentukan kedudukan Sabah. Apa lagi yang hendak dirundingkan, sedangkan keputusan Suruhanjaya Cobbold pada 1963 telah mengesahkan rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia.

Bagi rakyat Sabah isu penjajahan langsung tidak timbul sejak 1963 secara automatik Sabah adalah milik sah Malaysia. Itu kehendak rakyat Sabah yang tidak perlu dipertikaikan oleh Anwar dan tidak layak di tukar ganti oleh Nur Misuari.

Malah tuduhan Misuari kononnya Malaysia memperalatkan MILF semata-mata untuk mengekalkan penguasaan ke atas Sabah juga tidak benar sama sekali memandangkan perjanjian damai di antara MILF dengan Kerajaan Filipina sama sekali tidak melibatkan isu mengenai Sabah.

Sekalipun Filipina pernah menuntut kedaulatannya ke atas Sabah konon dengan menggunakan alasan ia milik Kesultanan Sulu, namun perkara ini sudah pun selesai selepas Filipina menggugurkan tuntutannya pada 1989, manakala Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2001 pula berpihak kepada Malaysia.

Berdasarkan rentetan sejarah ini jelas sekali Sabah kekal milik Malaysia dan isu penjajahan langsung tidak timbul. Sebaliknya yang terang-terangan cuba mengganggu ketenteraman di Sabah ialah geng pengganas Sulu Jamalul Kiram III yang mendapat dukungan Nur Misuari.

Isu yang sepatutnya ditekankan sekarang ialah Misuari dan Jamalul Kiram III telah menceroboh kedaulatan Malaysia, dan mereka adalah musuh negara. Soalnya sekarang kenapa Anwar beria-ia mahu merundingkan kedudukan Sabah dengan musuh negara?

Suara Generasi Baru
-

UPDATED 23 MAC : Kampung Tanduo Berjaya "Di Ambil" Kembali 100% #rempuh243 #jomsokongbn


Anggota tentera akan mendiami Kampung Tanduo sebagai jaminan bahawa kampung yang menjadi lokasi pendaratan penceroboh militan itu bebas daripada ancaman pengganas, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan penduduk yang mendiami 12 rumah di kampung itu kembali yakin dan bersedia untuk menjalani rutin harian mereka.

"Sebagai permulaan penempatan itu akan dilakukan dalam tempoh seminggu atau dua minggu dan tempoh itu sedia dipanjangkan bergantung kepada keadaan semasa.

"Ini bagi memastikan penduduk tidak berasa takut untuk menyambung semula rutin harian mereka selepas insiden pencerobohan itu," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kebimbangan sesetengah pihak kemungkinan "ada sesuatu yang disembunyikan dan belum diselesaikan" di kawasan itu selepas pasukan keselamatan enggan membenarkan penduduk kampung terbabit pulang ke rumah walaupun Kampung Tanduo diisytihar bersih dan bebas daripada ancaman kumpulan pengganas sejak 11 Mac lepas.

Sambil menafikan andaian itu, Zulkifeli berkata, tindakan itu dibuat kerana tentera dan polis terlalu komited dalam memastikan keselamatan penduduk benar-benar terjamin sebelum mereka dibenar pulang.

Beliau berkata, sebagai bukti kesungguhan pasukannya, beliau akan memastikan nelayan yang turun ke laut juga akan dikawal dan diringi pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia sepanjang tempoh itu.

Katanya, apa yang diharapkan adalah penduduk sama-sama menyalurkan maklumat bagi membolehkan pasukan keselamatan bertindak sekiranya terdapat individu atau berlaku insiden mencurigakan di kawasan mereka.

Pada sidang akhbar sebelum itu, Zulkifeli menjelaskan, penduduk Kampung Tanduo akan dibenar pulang selepas berakhirnya penilaian yang dilakukan Majlis Keselamatan Negara, Majlis Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat Polis Lahad Datu di kampung itu yang akan bermula selewat-lewatnya esok.

Katanya, kelewatan membenarkan penduduk pulang ke rumah ialah bagi memastikan kewasan kampung itu yang di kelilingi paya, hutan dan semak samun, benar-benar selamat daripada ancaman selepas ia menjadi sasaran utama militan selain berlaku banyak pertempuran di situ sebelum ini.

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...