Monday 24 December 2012

PANAS: PENIPUAN KHALID IBRAHIM TERBONGKAR



Khalid Ibrahim lagi tak tidur lena.  Semakin ramai telah berpaling tadah kepada BN.  Mana taknya, janji-janji Pakatan Rakyat semasa Pilihanraya 2008 masih tidak ditunaikan.  Ye la! Manifesto bukan janjikan.  Rakyat dah melihat dan sedar penipuan demi penipuan Pakatan Rakyat.  bercakap kosong gah dengan ceramah, asyik berpolitik tapi habuk pun tarak!..tapi Bas Mewah untuk anwar Ibrahim boleh buat le pulak.. Itu tak ada dalam manifesto tu der!..

Barisan Nasional (BN) Selangor dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) mesra BN telah mengenal pasti 5,000 individu di negeri ini yang berminat menyertai BN.

Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata mereka akan menyertai BN secara keahlian terus pada majlis yang akan diadakan sempena Karnival Sayangi Selangor di i-City di sini.

"Ini adalah salah satu usaha BN bekerjasama dengan NGO untuk mendekati rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ulang tahun ke-11 Kuil Hindu di Kapar di sini hari ini.

Mohd Zin berkata BN telah banyak menyelesaikan kes rakyat tanpa negaramembabitkan India Malaysia dan meminta pihak-pihak tertentu tidak mempolitikkanisu itu.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi harapan baru kepada rakyat melalui program kerajaan dan transformasi ekonomi untuk meningkatkan kualiti hidup di negara ini.

Mengulas mengenai karnival selama empat hari yang akan diadakan 29 Dis ini,Mohd Zain berkata orang ramai boleh menikmati kemudahan parkir percuma sepanjangkarnival itu berlangsung. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...