Wednesday 26 December 2012

GUAN ENG TERKENTUT ALIH ISU RASUAH TANAH KELANTAN



Pelan-pelan kita akan perasan.  Bila ada isu yang membabitkan Pakatan Rakyat, deme akan mula mengelabah untuk menjawab isu tak tentu hala.  Apa sahaja isu-isu yang terpalit pada Pakatan Rakyat, memang sukar deme nak jawab.  Terkelu lidah kerana cukup dengan segala bukti nyata. Rakyat mula memahami bahawa Pakatan Rakyat ini lebih sudu dari kuah.  Pandai bercakap kosong, menjaja fitnah ke seluruh pelusuk kampung.

Pakatan memang dah kalut sangat.  Jadi untuk "Divert" isu supaya tidak menjadi parah, Pakatan sanggup mengulangi isu-isu yang kan mewujudkan ketegangan kaum dan agama.  Hanya itu sahaja senjata yang ada pada Pakatan Rakyat bagi "Divert" atau mengalihkan pandangan rakyat daripada isu sebenar.  Terbaru, isu penyelewengan tanah di Kelantan yang diberi kepada dua pemimpin kanan DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.  Ngeh dan Nga sedang berhadapan kecaman daripada pelbagai pihak berhubung tuduhan menerima habuan daripada kerajaan negeri Kelantan membabitkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang.

Jadi terpaksa lah Guan Eng yang membangkitkan semula isu menuntut agar Kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil versi bahasa Melayu adalah satu taktik untuk mengalihkan pandangan rakyat.  Sebenarnya rakyat ingin tahu penjelasan daripada Guan Eng atau DAP tapi Guan Eng tak berani nak jawab kerana hal tersebut benar-benar berlaku dan mengakui rasuah Nik Aziz kepada Ngeh dan Nga memang terbukti.  Itu le, cakap banyak sangat, kan dah kena batang hidung sendiri.  Ini la bak kata pepatah " baling batu sembunyi tangan".  Cuba tuduh orang lain, tapi sebenarnya sendiri yang buat.  Apa la!..

Pemimpin yang sebeginikah yang mahu kome pilih!  Hancur negara weh!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...