Friday 28 December 2012

BUKTI PAS PEMBELIT: MAHU KELUAR SEMULA AMANAT HJ HADI


Teman pun tak faham la. Sekejap kata begini, sekejap kata begitu.  Mana satu betul ni weh!  Dah sah PAS ni pembelit.  Sejah isu mengkafirkan UMNO, sejak Amanat Hj Hadi, habis diputar belitkan semua kenyataan.  Hj Hadi cakap lain, Nik Aziz cakap lain.  Teman tak nak ungkit mengunit, tapi sekejap kata amanat Hj HAdi tu, isu lama dan sesuai pada masa itu, tak sesuai zaman sekarang ni sebab dulu tan bersengkongkol dengan DAP.  Maka UMNO lah yang kafir.  Lepas dan join Pakatan bersama DAP, lain pulak jadinya.  Amanat Hj Hadi dikatakan pulak tak lagi digunakan sekarang.  Pening la teman!

Terbaru, kenyataan Dewan Ulama Pas Kelantan di Sinar Harian memberi sokongan penuh sekiranya dikeluarkan semula kenyataan berkaitan, yang berusia tiga dekad, kepada rakyat.

Timbalan Ketua Ulama Pas Negeri, Hassan Mahmood berkata, saranan itu dibuat  memandangkan suasana dan realiti umat Islam yang suka mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama Islam.

 “Amanat Haji Hadi sebenarnya tidak merosakkan akidah tapi sebaliknya  amanat pemimpin Umno yang mempermainkan hukum Islam boleh merosakkan akidah. Oleh kerana ramai yang suka mempermainkan isu Islam, adalah tepat dikeluarkan semula pada hari ini(sekarang),”

PAS ni macam-macam lah.  Isu Guan Eng nak tunjuk belang mengenai isu Kalimah Allah pun tak boleh nak PAS selesaikan.  Amanat Hj Hadi tu ada kata ke Kristian boleh guna Kalimah Allah. Kalau nak kata Kerajaan BN tak guna perundangan Islam dalam perlembagaan, tak ada pulak teman tengok.  Ada undang-undang syariah dan termaktub dalam perlembagaan Agama Islam adalah agama resmi.  Jika isu hudud dipertikaikan, kenapa PAS gugurkan slogan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan?  Kenapa pulak dalam Buku LBGT Jingga Pakatan Rakyat tu tak sebut pun nak tubuh negara Islam dan laksanakan perundangan Islam.  Buku LBGT Jingga yang parti-parti dalam Pakatan Rakyat sendiri menerima dan bersetuju dengan perlembagaan yang ada. 

Jangan la kome bagi pening rakyat.  Kalau nak bercakap tu kaji dulu, Ini tidak, main sedap mulut mak bapak mike je. Rakyat bukannya bodoh dan mudah diperbodohkan. Pemimpin beginikah kome nak pilih?  Jauh panggang dari api!  Jangan harap..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...