Monday 24 December 2012

PANAS: GUAN ENG JANJI HAPUSKAN TOL JAMBATAN PULAU PINANG


Teman anggap cerita Guan Eng berjanji ni, macam cerita lawak.  Kalau sesuainya suruh Zizan Rajalawak yang buat, boleh keluarkan fatwa sekaligus.  Confirm Guan Eng dapat syurga PAS sebab sedikit masa lagi, Zizan pun nak jadi Ustaz Segera PAS.  Apa nak heran.  Agak-agak nye, Zizan dah dijanjikan pulak Syurga PAS oleh Nik Aziz.  Syabas Zizan!

Guan Eng buat janji nak hapuskan Tol Sungai Nyior jika menang dalam Pilihanraya 2008 semas kempen Guan Eng bertanding di Parlimen Bagan.  Bila dah menang, bagi alasan tak boleh hapuskan tol tersebut kerana dibawah bidangkuasa Kerajaan Pusat.  Bila tak boleh nak tunaikan janji Guan Eng buat pulak yag didakwa jalan altenatif iaitu Jalan Bagan 29 (KLIK SINI), lebih kurang 1 kilometer panjangnya bernilai RM5.7 juta.  Sedangkan jalan alternatif dah melambak dibuat oleh Kerajaan BN.  Begitu juga janji nak selamatkan Kampung Pisang, tinggal janji kosong aje..

Oleh kerana takut rakyat marah pada Pakatan Rakyat sekali lagi, kali ini deme desak pulak hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang.  Dengan cara ini, rakyat akan melihat Pakatan Rakyat sebagai hero dan pejuang kepada rakyat.  Pakatan Rakyat tak payah buat janji apa-apa, lebih selamat.  Serah kepada Kerajaan BN untuk selesaikan.  Bijak sungguh taktik kotor yang dirancang oleh yahudi ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...