Sunday 2 December 2012

APA CERITER? INDONESIA TAK PUASHATI KALAN DENGAN HARIMAU MALAYA



Apa ceriter ni!  Ada yang tak puashati Indonesia kalah dengan Harimau Malaya 2-0 di AFF Suzuki Cup 2012.  Harimau Malaya patut diberi pujian walaupun penuh dengan tekanan peminat.  Tapi ada peminat Indonesia melabelkan Harimau Malaya dengan perkataan yang bukan-bukan.  Teman dapat mention tweet yang buat teman bara..Adat permainan, ada menang dan ada yang kalah.  Terimalah kenyataan.  Walau apa pun, tahniah Harimau Malaya..

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Malaysia dan Singapura mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan terakhir Kumpulan B malam ini.

Malaysia yang membenam Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk berada di tangga kedua di belakang Singapura hasil perbezaan gol selepas masing-masing mengutip enam mata.

Gol-gol Harimau Malaya diperoleh pada minit ke-26 hasil jaringan Azamuddin Mohd Akil manakala Mahali Jasuli menambah derita Garuda, tiga minit kemudian.

Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Thailand manakala Singapura pula berhadapan Filipina pada aksi separuh akhir. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...