Showing posts with label Sukan AFF Suzuki CUP 2012 PAU 2012. Show all posts
Showing posts with label Sukan AFF Suzuki CUP 2012 PAU 2012. Show all posts

Sunday, 2 December 2012

APA CERITER? INDONESIA TAK PUASHATI KALAN DENGAN HARIMAU MALAYA



Apa ceriter ni!  Ada yang tak puashati Indonesia kalah dengan Harimau Malaya 2-0 di AFF Suzuki Cup 2012.  Harimau Malaya patut diberi pujian walaupun penuh dengan tekanan peminat.  Tapi ada peminat Indonesia melabelkan Harimau Malaya dengan perkataan yang bukan-bukan.  Teman dapat mention tweet yang buat teman bara..Adat permainan, ada menang dan ada yang kalah.  Terimalah kenyataan.  Walau apa pun, tahniah Harimau Malaya..

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Malaysia dan Singapura mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan terakhir Kumpulan B malam ini.

Malaysia yang membenam Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk berada di tangga kedua di belakang Singapura hasil perbezaan gol selepas masing-masing mengutip enam mata.

Gol-gol Harimau Malaya diperoleh pada minit ke-26 hasil jaringan Azamuddin Mohd Akil manakala Mahali Jasuli menambah derita Garuda, tiga minit kemudian.

Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Thailand manakala Singapura pula berhadapan Filipina pada aksi separuh akhir. - UTUSAN


-

Saturday, 1 December 2012

PENYOKONG PERLU LEBIH PROFESSIONAL



Ate..betui jugak.  Penyokong bolasepak Malaysia ni perlu lebih rasional.  Jangan ikutkan emosi sangat-sangat.  Kalau apa-apa pun, bior le dengan lebih rasional dan professional.  Menteri Belia dan Sukan berharap peminat bagi sekongan padu hingga tamat perlawananan.  Pada teman menang kalah adat pertandingan.  Kalau boleh jangan ada pemain menganggap diri tu "SUPERSTAR" dan banyak sangat masalah peribadi hingga silap jaga gawang dan cari gawang..heeee..peace..

KUALA LUMPUR — Penyokong pasukan bola sepak negara ‘Harimau Malaya’ perlu lebih profesional dan tidak emosi ketika memberikan sokongan mereka, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Harimau Malaya memerlukan sokongan padu penyokong tempatan untuk mereka terus menampilkan persembahan terbaik ketika menentang Indonesia.

“Bagaimanapun, mereka (penyokong) perlu bersikap profesional. Mereka perlu terus memberi sokongan sehingga tamat perlawanan dan bukannya meninggalkan stadium, bila saja pasukan kita kalah.

“Janganlah hanya bersama pasukan kita bila menang dan mencemuh atau marah bila pasukan kita tewas. Sebaliknya mereka perlu terus memberikan sokongan walau dalam apa situasi sekalipun,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.

Terdahulu, Ahmad Shabery bersama-sama timbalannya, Datuk Razali Ibrahim melakukan cabutan bertuah kepada pengunjung ruang pameran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Persidangan Agung Umno.

– BERNAMA
-

PAU 2012 : CABUTAN BERTUAH HABIS-HABISAN KBS


Hari akhir Perhimpunan Agong UMNO 2012 di PWTC, Booth KBS menawar lagi cabutan bertuah termasuk Jersi Harimau Malaya, Tiket perlawanan bolasepak antara Malaysia vs Indonesia dan banyak lagi hadiah-hadiah untuk direbut.  Moh kita serbu bagi peghabih hadiah-hadiah tu..heeee..
-

Friday, 30 November 2012

MOH WEH! ADA LAGI CABUTAN KBS SEKARANG!!!!


Moh kome ooii..Ada lagi cabutan bertuah di Booth KBS PWTC.  Dah nak start le weh!   Pukul 3 petang ni..Kalau kome nak Jersi Harimau Malaya, Tiket percuma perlawanan Bolasepak Malaysia vs Indonesia AFF Suzuki Cup 2012 dan banyak lagi hadiah-hadiah menarik.. Siapa cepat dia dapat..Jom le kome..teman ada kat sana..heeee..peace..
-

Thursday, 29 November 2012

LEKAS! CABUTAN BERTUAH SEMPENA AFF SUZUKI CUP 2012


Jangan Lepaskan Peluang.  Kalau kome nak dapat tiket free perlawanan bolasepak Malaysia vs Indonesia, kome datang la esok, 30 November 2012 jam 11 pagi dan 4 petang dan pada 1 Disember 2012 jam 10 pagi dan 12 tengahari.  Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan bertuah sempena AFF Suzuki Cup 2012 di Booth Pameran KBS di Tingkat 3, PWTC, Kuala Lumpur.  Banyak lagi hadiah-hadiah menarik seperti T-Shirt, Barangan Sukan dan jersi Malaysia.

Moh kite pergi serbu Booth Pameran KBS esok dan lusa..Apa lagi ditunggu..
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...