Wednesday 5 December 2012

MOH KITA! REBUT PELUANG FREE DI AKADEMI GOLF


Teman ghase teruja bila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menubuhkan satu Akademi Golf khususnya melahirkan kedi professional di Malaysia.  Profesion kedi tidak lagi dipandang sebagai pekerjaan kelas bawahan.  Kalau kome nak tau bidang ni mampu menjana pendapatan hingga mencecah jutaan ringgit.  Best tu beb!  Kat Malaysia ada lebih kurang 250 Kelab-Kelab Golf dan akan bagi peluang pada anak-anak muda Malaysia berkecimpung dalam bidang ni.  Sekarang ni banyak kedi Indonesia, dari bagi deme elok bagi anak-anak muda Malaysia.  KBS dah buat pengambilan sejak 2011 dah!  Ramai yang tak tau la kot!  Pengambilan untuk Februari 2013 telah dibuka.  Moh cepat..Daftar Sekarang ..online je..


Siapa yang layak? Semua belia warganegara Malaysia berumur 18 hingga 25 tahun untuk mengikuti kursus sepenuh masa Pengurusan Kemahiran Golf (caddy) dan Golf Club Fitter Tempoh kursus adalah selama 6 bulan dan 3 bulan latihan industri.  Kome pilih mana yang kome nak.

Peserta kursus berpeluang untuk mempelajari teknik asas kemahiran golf, pendedahan kepada permainan golf, kemahiran pengendalian peralatan di lapangan golf dan membantu pemain golf dengan memberi khidmat nasihat kepada pemain golf.

Kome akan dibagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 2) bila dah tamat le. Syarat utama memohon kursus ini adalah  berumur 18 hingga 25 tahun, tamat tingkatan 5, sihat dan bujang.  Mudah nye!.  Peserta akan ditempatkan di Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) Bukit Kiara, Kuala Lumpur.  

Makan free, tempat tidur free, dapat elaun pulak lagi.  Inilah Kerajaan BN, Janji Ditepati. , bagi belajo free lepas tu bagi elaun la pulak.  Pembangkang ada buat! Cakap kosong je.  Hampagas ade le..heee..

Kalau kome nak maklumat lanjut kome boleh klik banner Akademi Kemahiran Belia Golf kat atas blog ni atau Klik SINI.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...