Thursday 6 December 2012

HOT: Johan As'ari Minta Tidak Dituduh Bercinta Dengan Kaka




Pelakon Johan As'ari menganggap pasangannya menerusi program Fear Factor Selebriti Malaysia iaitu Kaka Ashraff seperti adik dan dia selesa bergandingan dengan penyanyi itu.

Johan, 26, berkata dia berharap hubungan baik itu tidak disalah anggap oleh sesetengah pihak dengan menuduh mereka bercinta apabila program itu disiarkan kelak.

"Kami sangat serasi bergandingan dalam Fear Factor dan hubungan itu tidak lebih seperti adik-beradik. Saya juga kagum dengan semangatnya yang kental semasa mengharungi pelbagai cabaran dalam pertandingan itu," jelasnya kepada mStar Online.

Fear Factor Selebriti Malaysia bakal disiarkan pada 29 Disember ini pada setiap Sabtu pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).

Dalam pada itu, Johan berkata, dia menyertai program tersebut bagi mengatasi ketakutannya terhadap ketinggian selain cuba meluahkan rasa negatif yang ada dalam dirinya kepada aktiviti lasak.


Menurut Johan, ia sedikit sebanyak dapat membantunya berfikiran lebih positif apabila berjaya melakukan sesuatu cabaran.

"Saya menyedari dengan melakukan aktiviti lasak ia sebenarnya membantu terhadap keyakinan diri kita sendiri dan menukar kuasa negatif yang ada pada diri kepada positif.

"Walaupun ada kalanya rasa seperti putus asa namun sokongan daripada rakan-rakan lain membuatkan saya lebih bersemangat untuk menghadapi cabaran," katanya.

Sementara itu, Johan berkata, dia berdebar menanti kehadiran tahun 2013 kerana empat filem lakonannya iaitu Juvana, Tokan, Pencinta dan Paku bakal menemui penonton di pawagam.

"Saya harap kesemua lakonan dalam empat buah filem itu akan digemari oleh peminat dan mendapat sambutan," katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...