Saturday 8 December 2012

GELEK WEH! TERGELAK TENGOK ADIK NI! (7 Gambar)

Posing sikit  dik..peace..
Teman nak tergelak tengok adik kecik ni bersemangat sungguh buat senamrobik.  Adik ni pun join Senamrobik Perdana Anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang sempena Jelajah Janji Ditepati Peringkat Pulau Pinang yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini.  Teman teruja jugak acara kecergasan dan gaya hidup sihat  ini mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat Pulau Pinang.
Tepuk tangan sama-sama
Hampir seribu orang peserta telah sama-sama menyertai Senamrobik Perdana tersebut.  Seronok betul tengok adik-adik yang turut sama join.  Chaiyok!!!...Hadiah cabutan bertuah juga turut memeriahkan acara pada awal pagi itu.  Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan  Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Rosli Ismail yang turut sama dalam Senamrobik Perdana tersebut.
Bersemangat Timbalan Pengarah ni!..heee

Kanan, Kiri cergaskan badan
Antara peserta yang join..
Goyang dik, jangan tak goyang..heee
En Rosli Ismail Menyampaikan Hadiah Cabutan Bertuah


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...