Tuesday 4 December 2012

PANAS! RUGI BESAR WEH SIAPA YANG JOIN



Teman ghase ramai oghang tak tau kisah sebenar tentang Geneva Malaysia.  Sejak Geneva Malaysia kena serbu, ramai pelabur marah-marah dengan kerajaan.  Pada masa yang sama, Geneva Malaysia siap buka satu Facebook Fab Page Geneva Malaysia Supporters hingga mencecah 15 ribu like. Apasal pula marah-marah tak tentu arah. Dah kome buat benda haram, tak kan nak diam kan aje.  Undang-undang tetap undang-undang.  Kalau Malaysia tak ada undang-undang, punah la akibatnya.  Dari hasil laporan forensik Bank Negara, Geneva Malaysia menanggung kerugian yang besar dan mempunyai liabiliti aset melebihi 10 kali asetnya.  Baru la terbongkar kisah sebenar.  Siapakah dalang sebenar Geneva Malaysia ni!Kome fikir-fikir la dan melibatkan negara jiran yang terdekat dengan Malaysia.  Siapa pulak dalangnya di Malaysia?  Kome try fikir-fikir!heeee...

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Laporan awal perakaunan forensik oleh pihak berkuasa terhadap Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia) menunjukkan syarikat itu telah mengalami kerugian besar pada tahun 2012 dan syarikat tersebut mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan bersama di sini berkata, operasi sebenar syarikat tersebut adalah menjual emas pada kadar 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

Jelas kenyataan itu, syarikat berkenaan juga membayar pulangan kira-kira dua hingga tiga peratus sebulan kepada pelanggan serta membeli balik emas daripada pelanggan pada harga asal belian emas.

Tambah kenyataan bersama itu, dalam keadaan sedemikian, aliran tunai yang membolehkan syarikat itu meneruskan operasinya adalah melalui kebergantungan pada wang pelaburan daripada pelanggan baharu.

“Dokumentasi yang disita menunjukkan bahawa lebih daripada 8,000 pelabur syarikat tersebut yang telah membuat pembayaran untuk pelaburan emas masih belum menerima emas mereka yang jumlahnya melebihi 4,000 kilogram.

“Selain itu, didapati bahawa terdapat pelabur yang telah menyerahkan emas mereka kepada syarikat tersebut tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai yang jumlahnya melebihi RM80 juta,’’ kata kenyataan bersama tersebut.

Laporan awal forensik tersebut merupakan susulan serbuan pihak berkuasa baru-baru ini terhadap beberapa syarikat yang disyaki mengendalikan skim pelaburan haram menggunakan emas. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...