Thursday 6 December 2012

SIAPA BAWA SYIAH DI PERLIS?




Pening teman mikio nye.  Jadi tanda tanya pulak.  Mengapa tiada tindakan terhadap penularan ajaran Syiah yang difatwakan haram tu.  Kalau dah terbukti, tunggu apa lagi!  Teman ghase benda ni dah berlarutan lama tapi tiada penguatkuasaan yang berkesan.  Kuatkuasa segera dan tangkap deme yang bawak ajaran-ajaran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Tak mau nanti anak cucu kita tersesat sama.  Ini asyik berbalas-balas kenyataan dalam paper je.  Sampai bila weh!!!heeee...

KENYATAAN MUFTI PERLIS

Jabatan Mufti Perlis mengesan gerakan membawa masuk fahaman Syiah yang difatwakan haram ke negeri ini. 

Beberapa pengikut Syiah dikesan mengedar risalah berkaitan fahaman itu di beberapa majlis terutama anjuran jabatan itu sejak dua hari lalu. 

Timbalan Mufti Perlis, Roslan Esa, berkata risalah bertajuk Forum Hal Ehwal Islam (Mencintai Sahabat Rasulullah)‘ yang diedar itu turut mengguna pakai nama Jabatan Mufti Perlis sebagai penganjur bagi mengelirukan umat Islam. 

Roslan berkata, ratusan risalah diedar kumpulan yang disyaki penganut Syiah dari Kedah itu dalam dua majlis anjuran pihaknya di sekitar daerah ini.

“Kali pertama risalah itu diedar pada majlis di Masjid Tuanku Syed Putra, di sini, malam kelmarin, sebelum tindakan itu sekali lagi dikesan ketika seminar 'Mencintai Sahabat Nabi' di Dewan Warisan di sini, pagi tadi.

“Kita sudah buat laporan polis berhubung tindakan kumpulan terbabit termasuk penggunaan nama Jabatan Mufti Perlis yang dikhuatiri bukan saja mengelirukan, malah berpotensi menimbulkan ancaman. 

“Malah, perkara itu akan turut dimaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) untuk tindakan susulan kerana dakyah dibawa kumpulan itu berbahaya dan boleh menyesatkan akidah umat Islam,” katanya di sini, semalam. 
Risalah bertajuk ‘Forum Hal Ehwal Islam (Mencintai Sahabat Rasulullah)’ itu mengandungi empat tajuk utama iaitu Pandangan Syiah Terhadap Sahabat, Tuduhan Terhadap Syiah Tentang Kemurtadan Para Sahabat, Pendirian Syiah Terhadap Perbalahan Para Sahabat dan Mengisahkan Keburukan Para Sahabat.

“Kita percaya wujud gerakan tersembunyi yang berusaha menyebarkan fahaman berkenaan dan kumpulan itu dilihat semakin berani melakukan aktiviti itu secara terbuka termasuk di majlis rasmi serta tempat ibadat.

“Kita yakin kumpulan ini sedang berusaha menerapkan ajaran Syiah ke seluruh Malaysia dan mereka kini mula menyebarkan fahaman berkenaan di Perlis selepas didakwa semakin kukuh di Kedah,” katanya.

KENYATAAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI


PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan negeri Perlis boleh mengambil tindakan awal untuk membendung gerakan membawa masuk fahaman Syiah yang difatwakan haram di negeri itu.

Ini bagi memastikan fahaman itu tidak berkembang sehingga membimbangkan banyak pihak, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat Kumpulan Tradewinds (M) Berhad kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di sini hari ini. 


"Saya dapat laporan dari Perlis, pihak Majlis Agama Islam mempunyai kesedaran maklumat tentang Syiah yang sedang berjalan dan mereka sedang mengawasi untuk mengambil tindakan perlu," katanya. 

Akhbar hari ini melaporkan Jabatan Mufti Perlis mengesan gerakan membawa masuk fahaman Syiah di negeri itu. 

Timbalan Mufti Perlis, Roslan Esa, dipetik sebagai berkata risalah bertajuk Forum Hal Ehwal Islam (Mencintai Sahabat Rasulullah) yang diedar di beberapa majlis, turut mengguna pakai nama Jabatan Mufti Perlis sebagai penganjur, bagi mengelirukan umat Islam. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...