Friday, 29 March 2013

Kesian! Rakyat Kedah Kena Tipu Bulat-Bulat Dengan Ulama Pembohong!



MasyaAllah! Apa nak jadi dengan pak lebai berkopiah Pas Kedah ini, dalam buku terbitannya yang bertajuk ‘Sayangi Kedah’, yang secara jelas menunjukkan bahawa mereka telah berbohong dengan berkata bahawa kerajaan negeri telah membina 12 buah masjid di Kedah. Maka menjeritlah para pencacai mereka keseronokan kerana merasakan ‘fakta’ tersebut dapat digunakan untuk ditebarkan kepada masyarakat bagi menolak BN/Umno.

Namun apa yang tidak di ketahui oleh para pencacai ini ialah, mereka telah ditipu ‘hidup-hidup’ oleh pemimpin yang diangkat sebagai ulama itu. Ternyata serban dan jubah yang dipakai itu tidak menghalang pimpinan mereka melakukan perkara keji semata-mata untuk mengharapkan sokongan agar terus diberi peluang mentadbir kerajaan negeri.

Walaupun ada yang mengatakan Pas yang selama ini kononnya berjuang atas landasan Islam main wayang kerana sanggup mempolitikkan agama Islam semata-mata demi kepentingan kuasa politik sekutu DAP dan PKR. Namun penulis merasakan mereka bukan setakat bermain wayang, tetapi tergamak ‘melacurkan’ hanya untuk memastikan mereka terus berada dipuncak kuasa.

Sedangkan pada hakikatnya, berdasarkan fakta diperoleh, sebenarnya kesemua masjid yang dinyatakan di dalam buku tersebut telah dibina oleh kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana pembohongan yang jelas dan nyata ini telah dibuktikan melalui satu surat kelulusan dari Jabatan Perdana Menteri yang telah memberikan peruntukan terhadap pembinaan masjid yang dinyatakan itu.

Bukanlah niat untuk mempertikai bantuan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat itu, kerana umum mengetahui ia adalah merupakan wang dan hak rakyat sebagai pembayar cukai. Namun apa yang dipertikai ialah tindakan Azizan cuba menipu rakyat. Inilah yang dinamakan ‘lembu punya susu, sapi dapat nama.

Tambahan pula, apa kejadahnya, Pas Kedah yang diketuai Ustaz Azizan lakukan, sepanjang tempoh pentadbiran bermula dari 2008? Apakah hanya menghabiskan harta rakyat dan menjual aset kerajaan?

Penulis hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala dan mengucap banyak kali bila membaca pendedahan tersebut nama saja parti Islam tapi pasal masjid pun nak menipu. Ini ke ciri-ciri pemimpin Islam yang perlu kita sokong dan agung-agungkan?

Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah mungkin seorang mukmin bersifat penakut?” Beliau menjawab, “Ya, mungkin.” Baginda SAW. ditanya lagi, “Apakah mungkin ia bersifat kikir?” Nabi SAW. menjawab, “Ya, mungkin.” Baginda ditanya lagi, “Apakah mungkin seorang mukmin bersifat pembohong?” Nabi SAW. menjawab, “Tidak, tidak mungkin.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Sedutan hadith di atas memberi gambaran bahawa seseorang yang mukmin itu tidak akan sama sekali bersikap pembohong. Maka malang buat penyokong Pas khususnya rakyat Kedah kerana telah ‘dianugerahkan’ dengan pemimpin pembohong yang jelas bukan seorang yang mukmin.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) takkan pemimpin pak haji berkopiah yang bertopengkan syaitan sebegini yang rakyat Kedah nak undi? Mari kita beramai-ramai tolak pemimpin sedemikian rupa yang jelas berselindung di sebalik tabir Islam untuk menghalalkan

Pas semakin terdesak. Tolak Pas! Tukar Kedah!

Suara Generasi Baru

1 comment:

  1. Salam, artikel anda sangat menarik dan sentiasa up-to-date.. Tahniah..
    Mohon pautan blog saya disini..

    http://perakrawk.blogspot.com/

    Saya sudah pautkan blog saudara disana..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...