Monday 11 March 2013

PANAS! Azmin Jumpa Jam Omega di Hospital!


Strategi jijik pilihanraya Pembangkang yang dibongkarkan oleh ahli Parlimen Bebas Kulim Badar Baru, Zulkifli Nordin baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak termasuka dari Pembangkang sendiri.

Penulis yakin dikalangan pemimpin Pakatan Pembangkang sendiri ada yang tidak tahu mengenai rancangan Anwar ini yang direka dengan begitu rapi. Apa yang lebih memeranjatkan ialah Anwar sanggup menjadikan ahli keluarganya sebagai bahan 'eksperimen' agar rancangan jijiknya itu berjaya. Manusia jenis apakah Anwar ini?

Apa yang pasti sebahagian daripada rancangan jijik yang direka Anwar ini telah pun direalisasikan baru-baru ini antaranya ialah kemunculan bapa Saipul Bukhari membuat pengakuan bahawa Anwar tidak bersalah dalam kes liwatnya dan lakonan Azmin Ali yang sebelum ini dicop sebagai 'anak derhaka' telah muncul bersama video 'anak soleh' yang begitu prihatin terhadap ibunya yang sedang terlantar sakit disebuah hospital.

Rakyat perlu melihat amaran ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin mempunyai merit yang kuat terhadap perancangan dan strategi jijik Anwar Ibrahim menjelang pilihanraya umum kali ini.

Di bawah ini penulis senaraikan strategi jijik Anwar yang akan digunakan pada PRU13 akan datang untuk kita renung, sebar dan fikirkan bertapa terdesaknya Anwar dan Pakatan Pembangkang dalam usaha mereka  memenangi pilihanraya.


Pembangkang rancang untuk Anwar bersumpah. Tapi sumpah beliau tidak mengikut syarie. Anwar akan kata "Demi Allah, saya tidak buat apa yang UMNO tuduh (meliwat saiful). Ini Anwar akan buat.

Anwar rancang satu suasana tembak-menembak sewaktu kempen. Tembakan akan terkena Wan Azizah atau Nurul Izzah. Beliau akan bangkit mengatakan kerajaan umno zalim.

Anwar akan guna seorang pegawai badan kehakiman buat kenyataan bahawa memang kes liwat Saiful Azlan, kes liwat Azizan dahulu direka.

Pembangkang rancang untuk Anwar bersumpah. Tapi sumpah beliau tidak mengikut syarie. Anwar akan kata "Demi Allah, saya tidak buat apa yang UMNO tuduh (meliwat saiful). Ini dia akan buat.

Anwar akan keluarkan Jam Omega. Mereka sudah beli jam yang sama seperti dalam simpanan dato' eskay. anwar akan tunjukkan jam omega di saat akhir kempen pilihanraya. "Ini dia jam Omega, saya difitnah sebenarnya".

Pembangkang sedang pujuk beberapa wakil rakyat bekas PKR dengan bayaran yang sangat lumayan. Wakil Rakyat ini akan beri kenyataan bahawa Najib telah bayar mereka.

Azmin Ali akan keluar satu video semasa ibunya sedang pengsan. Azmin datang bawa media, kamera ambil gambar kononnya dia cium tangan ibunya. Azmin dakwa dia telah balik sebenarnya.

Pembangkang sedang memujuk beberapa orang peguam yang terlibat dengan kes Altantuya. Dan berkemungkinan besar polis dari pihak atasan sehingga ke bawah yang menyiasat kes Altantuya. Saya dapat maklumat pembangkang sedang pujuk dan cuba membayar mereka suapa mereka keluar buat kenyataan "Memang Najib Terlibat".

Pembangkang akan guna seorang bekas pegawai kanan Rosmah. Bekas pegawai ini sedang dipujuk dan ditawarkan habuan untuk buat satu kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal.

Jering Daily


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...